Assalammualaikum,
Semalam penat aku berdebat dengan kawan aku yang sorang ni. Masing-masing mempertahankan statement sendiri. Aku tahu aku statement aku tu bukan betul sangat. Alah dia pun sama.....Hehehe. Cuma masing2 tak mau mengalah....
Apa pendapat yang lain?........
Orang tua kita slalu kata kalau masa makan tak elok bercakap atau berbual. Apatah lagi kalau nak ketawa kuat-kuat. Tak sopan dik oiiii? Hmmmmm....
Nak dijadikan cerita aku bawa kawan aku ni dan dia terkejut beruk bila aku bawa dia joint family aku makan tengahari. Melihat kami yang berbual dan ketawa masa makan rasa pelik katanya, sebab dalam family dia tak macam tu. Silap haribulan telinga dia kena piat.
Kurang sopan ke? Bukannya kami ketawa kuat-kuat. Adab masih dijaga. Makanan dalam mulut dah habis dikunyah sebelum bercakap, takut tersemburlah pulakkan...
Terus aku keluarkan statement aku. Entah betul atau tak tapi ini sekadar pendapat dari aku.
Makan sekeluarga digalakkan dalam islam sebab ia boleh mengeratkan tali silaturahim. Betulkan? Tapi sekarang ni dah ramai sangat yang kurang mengamalkan cara ni. Kalau ada pun lepas makan je terus dengan aktiviti masing. Yang perempuan tu sibuk mengemas dan aktiviti di dapur, manakala yang lelaki pula ada yang merokok, baca paper dan ramai juga terus keluar lepak dengan kengkawan atau terus main komputer games kat dalam bilik. Jadi kesimpulannya waktu makan nilah mereka berbual-bual dan bertanya khabar dan bertukar cerita. Janji janganlah sampai tersembur makanan atau ketawa sampai tersedak. Pendek kata adab dan tatasusila tetap dijaga.
Hmmmnnnnn......TATA
Danisha-betweenus : Kalau time makan kat rumah aku mesti riuh-rendah. Andaikata waktu tu sunyi sepi aje mesti ada yang tak kena. Pelik aku........