Tuesday, January 23, 2007

CONFUSSION

Halloooo….
Kalau nak tahu aku memang excited sesangat dengan topik ni. Nak tahu kenapa? Hmnnn... Salah satu sebabnya kerana dah lama idea ni dalam kepala otak aku, tapi peluang untuk mengeluarkannya belum sampai. Hari ini kot……hehehe. Yang lain tu sebab aku sendiri mengalami masalah ini. Keliru dalam beberapa keputusan penting dalam hidup aku. Macam lagu Ajai dan Nurul tu….

Confussion atau kekeliruan pasti ada dalam diri setiap orangkan? Cuma bergantung pada orang itu. Ada sesetengah orang bijak menyembunyikannya. Sesetengah pula lebih suka berbincang dengan orang terdekat atau kawan-kawan. Pendapat dari orang sekeliling kadangkala membantu tetapi ia juga dapat memberi tekanan dalam diri kita. Yelah bila pendapat-pendapat tu bercanggah dengan keputusan kita. Hmmnnnnn…

Aku rasa ramai antara kengkawan kita yang juga mengalami masalah ni samada kita sedar ataupun tidak. Tapi ada juga yang sedar tapi malu nak mengakuinya. Betulkan? Terpulanglah pada individu tu. Kekeliruan itu hanya dia yang bisa merungkaikankannya.

Umur kita yang kian meningkat ni antara factor kenapa masalah ini terjadi. Desakan dan persekitaran kadang-kala banyak memberikan tekanan dalam keputusan kita. Misalnya masalah yang sering ditanya ( KAHWIN ). Susah nak jawapkan bila kita masih belum bersedia tapi sentiasa didesak untuk mengakhiri zaman solo kita. Ataupun kita masih tak dapat memberi keputusan sebab jawapannya bukan pada kita. Maka kadang-kadang timbul banyak masalah yang menyebabkan kita mencari jalan penyelesaian. Kelirukan? Nak ikut kata hati ataupun terus dengan keputusan yang kita dah buat sebabnya hati kita masih memerlukannya. Aku sendiri dah banyak kali ikut kata hati aku daripada mengikut apa yang aku dah decided. Kalau dalam kes ni aku nak imbas satu falsafah cinta yang kawan aku pernah forward kat aku.

“ Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba dan jangan sesekali menyerah jika kamu merasa sanggup.”

Ini baru satu bab. Kalau bab lain bila kita kadang-kdang merasakan yang kita masih belum menemui orang yang kita cari dan keliru samada kita hanya harus memilih yang sedia ada jer. JAngan tangkap muat jer. Ini soal pasangan seumur hidup.

Sebenarnya kekeliruan ini wujud bukan dalam bab kahwin jer. Skopnya lebih besar lagi Cuma aku memberi contoh yang aku sendiri alami. Kalau dalam bab kerjaya pun ada kekeliruan. Bila lain kita ingin lain pula yang kita terokai. Rezeki dalam bidang lain ler tukan? Tak apa. Jadikan pengalaman. Mungkin nanti suatu hari kita dapat mengabung kedua-dua benda yang kita minat dan terokai tu kepada sesuatu yang lebih menguntungkan.

Okaylah. Rasa macam dah panjang sangatlah. Mungkin aku boleh kupaskan isinya lagi pada masa yang akan datang. Sebelum tu aku harap sangat pada kengkawan supaya turut bagi comment. Rasanya ramai yang alami masalah nikan???huhuhu..

Tata
Danisha-betweenus:- Kekeliruan selalu berlaku pada aku sebab aku sentiasa jer nak jaga perasaan orang sekeliling aku. Tapi macamana dengan aku. Kawan aku kata kadangkala kita ni kena pentingkan diri sikit……..

Monday, January 22, 2007

It' Me

Asslammualaikum,

Hallooooo.....
Dah lama tak masuk blog ni. Memang sibuk sangat. Baru hari ini berpeluang tapi entah apa aku nak tulis hari ni hahhh.....

Pada kengkawan yang wish aku thank sangat-sangat yer. Aku ingat ada orang tu kata nak belanja aku karo bulan Febuary ni. So pada yang lain tu nanti kita lepak sama-sama yer......And ada tak yang dengar kita maybe ada trip to Langkawi this coming April kalu tak silap lah kan......Sapa yang nak joint sesangatlah di alu-alukan. Budget mungkin dalam RM100 kot.... marilah kita meriahkan lagi percutian ni....Jom pi ramai-ramai okay.Sama-samalah surport industri pelancongan negara kita.Tahun melawat Malaysia 2007 kan?..... SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA......Sapa heh?....huhuhu....

Sebenarnya aku ada topik yang nak dikarang dalam blog aku tapi tak da isilah nak tulis tapi jangan risau topik tu akan aku postkan pada minggu ni jugak. bukan apa aku pun excited nak dengar comment dari kengkawan aku tentang topik ni. Tunggu...........

Hai semalam bukan main lagi kita semua pasal Juara Lagu. Semua ada pilihan masing2kan? Ada tekaan yang salah tapi ada gak yang pakai tembak je tapi mengena. Dah nasib dia kan?tak aci....Tapi memang patut pun Adibah Nor menang. Vokal memang best gilar n lagu tu memang menarik dan menyentuh hati......setuju tak???? Tapi aku macam frust sikitlah dengan Elyana. KEnapa dia macam semput je. Macam tak ada energy. best lagi dia nyanyi masa separuh akhir dulu.

Okakylah. Macam tak ada arah je aku tulis hari ni. lebih baik aku chow dulu sebelum aku mengarut banyak kat sini.....

see you and tata

danisha-betweeus : my next topic......CONFUSSION....

Tuesday, January 2, 2007

Happy Day

Asslammualaikum,

Halllloooooo.

Wah!!!!! Excited gila nak tulis hari ini….

Sebab???? Hari ini hari paling bermakna dalam hidup aku…. Rasa kengkawan aku mesti tau hari ini hari apakan???? Berbunga-bunga hari ini…..bestnya.

Dari pukul 12.00 pagi tadi sampai sekarang banyak sms dan ucapan yang aku terima. Ada yang kata aku dah tua. Hmnnnnnnn….tak adalah. Cuma aku makin dewasa…..hehehhehe
Ada plak yang wish semoga aku cepat kahwin… hai kahwin lagi…..huhuhu….InsyaAllah.

Apapun aku gembira sangat hari ini. Kalau dulu kecik-kecik bila time ni mesti harap dapat hadiah banyak tapi sekarang aku sekadar berharap orang yang aku sayang ingat aku…..But the sad is, aku rasa orang yang paling aku rindu tak sedar langsung hari ini hari apa. Tapi tak pa sebab dia sendiri pun suka lupa tarikh lahir sendiri…..dah 2 bulan aku tak jumpa dia….wuaaaaaaaaaaa. Rinduuuuunya…

Oklah….Wish aku untuk diri sendiri? Ada tiga sebenarnya tapi aku cuma nak beritahu satu je. Yang lain tu biarlah aku simpan untuk aku saja…
Aku wish nak jadi seorang anak yang best pada mak n ayah aku, adik yang best pada kakak2 dan of course aku kakak yang paling best pada adik-adik aku. InsyaAllah…..

Buat semua kengkawan aku, aku sayang sangat kat korang semua. Tima kasih sebab sudi ketawa and nangis dengan aku, lepak dengan aku, karo dengan aku, layan kepala aku yang mental ni and of thank you very much for being my friends….LUV U ALL…..MUAHHHHHH… Jangan black list aku tau…..hehehehe

Tata

Danisha-betweenus: Semoga aku masih berpeluang untuk tulis blog ni pada tarikh yang sama tahun depan….InsyaAllah…..