Tuesday, July 31, 2007

ADAKALANYA......




Adakalanya....

kita ketawa dalam derita,

tersenyum bersama sengsara,

dan hiba walaupun gembira,




Adakalanya....kita perlu

gembira untuk menggembirakan yang lain,

bahagia untuk membahagiakan yang lain,

dan derita untuk menghapuskan penderitaan orang lain,



Adakalanya...kitalah

yang baik bila dikelilingi yang jahat,

pasif bila dikelilingi yang aktif

dan jahat bila yang baik di sisi,



Adakalanya...

kita diam bila yang lain petah berbicara,

lantang bila tiada siapa di depan mata,

dan sunyi bila kita patut bersuara



DAN ADAKALANYA......

kita perlu berhenti seketika untuk mencari penyambung cerita yang lebih bermakna........


betweenus-danisha : Apapun 'adakalanya' aku sentiasa tahu apa yang boleh menceriakan aku.....

Sunday, July 29, 2007

CINTA

Semalam aku tido pukul tiga pagi. Niat nak baca novel tapi kemudian sibuk melayan housemate yang sedang menghadapi masalah cintanya. Sebenarnya aku sendiri buntu. Apa tak nya semua saranan dan pendapat aku dia tumpulkan.

Pada aku cinta ni kena rasional. Kehadiran orang kedua, ketiga, keempat hanya sebagai cabaran utk kita lebih memikirkan betapa sayangnya kita pada sidia. Kengkadang bercinta sepuluh tahun pun belum tentu ke jinjang pelamin. Betulkan? Macam aku dulu.........

Pada situasi kawan aku dan teman2 disekeliling aku, aku lebih suka katakan lebih baik kita mementingkan diri sebelum memilih teman hidup. Cinta tak akan menjamin hidup di masa depan. Kalau dah tahu sikap panas baran sidia menyakitkan badan dan hati, tak menghormati kita dan orang sekeliling kita, dan sikap tak bertanggungjawapnya buat apa nak menanggung biawak hidup. Dasyatkan aku? Bukan aku membenci lelaki tapi terlalu banyak perkara berlaku di depan mata aku. So dari satu sudut tak salah rasanya mementingkan diri sendiri. Masih banyak pihak yang kita perlu jaga hatinyakan?

Permintaan aku tak banyak pun sebenarnya. Cuma sikap tanggungjawap, memahami dan sayangi aku....
betweenus-danihsa : Tapi dulu aku adala minat kat sorang guy kat kilang lama aku tapi dia pilih orang lainlah......Good bye Nagaminesan......hehehehehe

Thursday, July 26, 2007

MOOD AKU


Pagi tadi mood aku spoil giler.Jln jem, ada accident lagi and tambahan pula mood sidia yang tak bertempat langsung.
Sampai jer office tak sempat aku nak duduk, diasak pula dengan hal penting yang dia sendiri bagi last minute.
Aku terus naik ke tingkat atas berniat nak settle dengan bigboss Jangankan bigboss secretary dia pun belum sampai. Macamana nih?....Lantak koranglah.Sapa suruh bagi kat aku lambat.
Sementara menunggu bigboss aku duduk dulu menghadap pc. Lancar je tangan aku bertenet black2 morning nih....Lagipun tak ramai staff sangat sekarang nih. Bebas skitkan.....
Suddenly aku ketawa besar. Macam budak mental pulak gayanya gelak kuat2 dan sorang2 pulak tu.....
Aku terbaca satu blog yang ngingatkan satu kejadian yang lucu bangat terjadi kat aku.....Kalau kejadian tu berulang, tobat aku masuk terus bawah meja sampai petang.Maluuuuuuuuuuu....
"Hah, gelak sorang," bigboss menyergah dari belakang. Walau terkejut dan terkantoi tapi aku masih senyum cuma cover sikit .
" Sorry bos," aku senyum jer sambil berjalan membontoti bigbos masuk bilik dia. Tapi yang pasti mood aku hari tu dah bertukar cerah, nyaman dan senyuman terukir manis sejak tadi...Aku kan memang dah manis dah......Jangan marah yer....

Danisha-betweenus : Thanks buat semua bloggers kerana menceriakan hari-hari aku.....

Tuesday, July 17, 2007

RiNDUNY@


Detik ni aku rindu sangat dekat semua,
Mengharap semua yang aku sayang berada di sisi aku,
Aku hanya ingin bercerita dan bergelak ketawa,
Betul.....
Detik ni aku tak mahu bersendiri dan tulis nonsence kat dalam blog ni,
Tapi nak buat macamana.
Aku tak dapat nak menahan kelancaran tangan aku menaip,
Kiranya tangan aku lebih laju daripada otak aku...
hmnnnnn...... macamana tu???? Boleh ke ?

Sebenar aku sedang menulis menggunakan hati tanpa berfikir panjang.
Jadi apa yang aku tulis kiranya ikhlas datang dari hati aku

AKU RINDU KORANG SEMUA

Monday, July 2, 2007

SEPETNYA AKU

hehehhe....

I'm back. Aku ni skrg tengah tercari idea nak gempakkan blog ni so aku pun kusyuk meng explore segala macam blog yang ada. Abis link kengkawan aku bukak......

Pastu aku tersedar diri yang betapa sepet komputer aku ni. Dah la mata aku ni memang sepet....hishhhhhhh....Banyaknya blog yang canggih. Dahtu pulak lebih muda dari aku ni.
Mood aku pun hilang dua minit sebab terasa kerdil sangatkan..... Mesti ada yang ketawa bila ada yang ter'view blog aku ni.....malunya mak cik........

Tapi tak pa. Aku akan terus berusaha untuk meng'gahkan bloh ni....Yelah tu...hehehehhe

Danisha-betwenus : Jangan tengah kusyuk men'explore dan men'editkan blog tiba-tiba terdelete pulakkan.......