Tuesday, September 18, 2007

PASAR RAMADHAN

Assalammualaikum...

Dah 6 hari berpuasa, macam2 yang berlaku. Dengan trajedi gempa bumi di Indonesia hinggalah kisah terhempasnya kapal terbang kat Phuket. Kiranya in between dua berita ni pun ada macam2kan? Hujan lebat dan banjir, kes penculikan dan kehilangan kanak2 dan banyak lagilah . Sampai aku tak tertulis kat sini. So kepada sesapa yang tak baca paper atau tak tengok berita pandai2 ler mencari sumber....

Kepada mangsa2 gempa bumi di Indonesia, marilah kita sama2 doakan semoga mereka lebih tabah dan mari juga kita sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa2 yang terbunuh....

Azam puasa aku tahun ini ialah123456. Tapi salah satu daripadanya ialah aku tak nak membeli sakan kat pasar ramadhan. Aku ni jenis tak kuat untuk menahan nafsu makan dan membeli makanan. Kalau boleh satu pasar ramadhan tu aku nak beli. Teruk betul aku nih.....hhmnnn...So aku pun berazam utk memasak jer kat umah sewa aku tu dan elakkan dari mengunjungi Pasar Ramadhan.

Nak dijadikan cerita dari hari pertama hinggalah hari ke lima aku berjaya menahan diri aku dari singgah dimana-mana pasar ramadhan yang terdapat kat Alor Star ni. Malangnya semalam aku tak daya menolak permintaan officemate untuk menemani dia. Untuk menggelakkan aku terlebih membeli aku cuma bawa RM5.

Bila sampai kat pasar ramadhan aku dah mula juling.Arghhhhhhhhhh.....Lastly aku pinjam plak lagi RM10 buat modal nak beli makanan.Hahahah....Kan aku dah cakanp jangan ajak aku....Cuba korang bayangkan dengan status KAMPUNG GIRL, dapatkah aku menahan diri melihat kerabu mangga, somtam, kerabu kaki ayam, kerabu daging, kerabu beka, gulai batang pisang, acar buah, ikan terubuk bakar, gulai nangka, sayur keladi........

Sebenar aku bukan beli utk aku sorang tapi untuk seisi umah sewa aku. Nak simpan untuk sahur lagi kan.....Kira oklah kot sebenarnyakan.
SOLUTIONNYA
Puasa lagi 14 hari lagi. Kalau tak disiplinkan diri, alamat naik kg ler aku. Aku dah buat budget tadi dan aku tak buleh melebihi budget aku tu. Kalau hari ni terlebih membeli esok kena kurangkan atau elakkan. Lagipun kita berpuasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi juga untuk belajar bersabar. InsyaAllah...

betweenus-danisha : Kalau nak tengok bermacam-macam aneka masakan masyarakat Malaysia, kunjungilah Pasar Ramadhan tapi jangan jadi macam aku. Jadilah pengguna yang bijak...Aku jugak la tu...Huhu

Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT BERPUASA

Assalammualaikum….
Firstly tahniah pada pasukan bola sepak Kedah kerana berjaya mengondoli PIALA MALAYSIA…..Yahooooo. Pada penyokong-penyokong Perak jangan kecewakan ya…Apapun kita tetap rakyat Malaysia…MALAYSIAKU GEMILANG…Hehehehe

Kita begitu menghampiri bulan ramadhankan? So Selamat Berpuasa diucapkan. Semoga kita dapat keberkatan daripadanya.

Sempena menyambut bulan Ramadhan, kami sekeluarga mengadakan sidikit kenduri doa selamat. Kata mak dia inginkan sedikit kelainan pada tahun ini. Niatnya ingin menjemput pelajar-pelajar sekolah menengah cacat penglihatan yang berhampiran. Menurutnya pelajar2 ini terlalu istimewa dan benar2 mencuri perhatiannya dengan kebolehan mereka. Kami pula tiada bantahan dan menurut sahaja.

Jadi sebaik sahaja tamat office hour pada petang Khamis aku terus bertolak pulang ke kampung. Walaupun tak dapat menolong mak memasak , aku tetap ingin tiba awal. Boleh juga menolong apa yang patut.

Tak ramai lagi yang datang ketika aku sampai. Cuma jiran2 terdekat sahaja. Setelah menyalin pakaian yang sesuai aku terus ke ceruk dapur. Menghidangkan bihun sup ke dalam pinggan. Lebih kurang jam 9.15 malam pelajar2 ini tiba dengan menaiki van. Itupun dengan 2 kali trip.
Riuh jadinya rumah aku ketika itu dipenuhi hampir 50 orang pelajar.Mereka memulakan bacaan dan aku pula sibuk didapur dibantu teman2 rapat.Terima kasih buat mereka.

Namun ketika bacaan doa, aku ke depan seketika. Terpegun aku mendengar bacaan doa dari adik yang berbaju melayu keemasan dan berkopiah putih. Sedap dan mendayu bacaan doanya. Dan mak pula meminta dia membaca beberapa surah yang lain sementara menunggu kami habis menghidangkan makanan. Dan bebarapa pelajar lain juga turut mengambil bahagian… Sungguh….Terasa kerdil benar diri aku pada masa tu…..

Sessi jamuan bertambah meriah dengan gelagat mereka yang mencuit hati.
“Akak, nak tambah bihun lagi boleh?”
“ Mak cik, Nak air?”
“ Saya tak boleh makan daging,”
“ Nak air panas?”
“ Saya suka bihun sup ni. Sedaplah. Tambah lagi boleh?”

Macam2 kerenahkan? Tapi kami semuapun tak jemu melayan. Mereka semua sungguh gembira dan suka bila bermacam2 soalan yang ditanya dijawap. Dan ada juga beberapa pelajar yang asyik membuat jenaka spontan. Riuh sungguh dan aku pula suka betul…..

Mereka pulang dihantar oleh teman2 dengan menaiki 3 buah kereta. Namun ketika memasuki keretapun masih banyak soalan yang ditanya dan juga jenaka yang memenuhi masa terluang. Ceria betul hidup mereka.

Aku berterima kasih pada mak kerana memberikan peluang untuk aku mengenali mereka yang terlalu istimewa. Banyak yang aku dapat dan pelajari. Terima kasih, mak. LUV U SO MUCH

Betweenus-danisha : Buat pelajar2 tersebut, aku mendoakan semoga mereka lulus cemerlang dalam SPM yang akan datang. InsyaAllah…..





Sempat lagi snap gambar anak sedara lepas majlis selesai. Bolehler buat pengubat rindu.....

Wednesday, September 5, 2007

KEDAH CAYALAHHHH...

Hari tu bila kedah 0-0 dengan Terengganu. Ramai gak ler yang agak frust tapi aku relax ajer sebab aku bukan antu bola. Hahahahha.....So tak payah lah nak kecoh kan....

Suddenly pagi semalam Abang Jan said " Kalau Kedah menang malam ni , ampa semua dapat minum pagi free."

Then Encik N plak menambah " Makan pagi percuma dengan lauk ayam "

Wahhhh. Ini sudah bagus. Aku mendapat kebaikan daripada pasukan bolasepak Kedah. Kalau menang jimat duit aku pagi esok. Makan lauk ayam lagi tuuuuu....So aku pun berdoa semoga Kedah menang malam tadi......

Malamnya ketika pasukan Kedah dan 40,000 memenuhi Stadium Darul Aman, aku plak tengah berlatih bowling. Dengan hanphone di tangan cepat ajer perkembangan terkini berada dalam pengetahuanku. Wahhhh... Macam peminat bola ler plak .....

So paginya aku dengan senanghati aku ke office. " Saya datang menuntut janji " selamba jer ayat tu terkeluar dari mulut aku. Hahahaa... Tak malu sungguh aku ni. Tapi ader lak ramai penyokong lain yang turut mahu janji mereka dipenuhi. Aku ni kiranya macam orang tengah jer....

Janji memang ditepati.Kiranya sampai sekarang aku kenyang betul. Alhamdullilah....

So sekarang aku tengah arrange 1 bas untuk ke final Kedah mlwn Perak di National Stadium Bukit Jalil. InsyaAllah aku pun turut akan menyibuk dan memeriahkan suasana di stadium. Rugi kalau tak pi ni. Mana tahu jeritan semangat dari aku nanti dapat menyumbangkan sedikit semangat buat pemain bolasepak Kedah. Kali ini aku tak harapkan apa2 makan pagi pun dan ikhlas dari hati aku moga2 KEDAH jadi JUARA.......InsyaAllah....

betweenus-danisha : Jumpa di sana....