Thursday, January 22, 2009

SEMINGGU SEBELUM......

Salam,
Lama nor rasanya berehat diri....rindulah juga....
ingin juga menulis sekadar melepaskan rindu dan men'update sedikit perkembangan diri.....

Alkisahnya lakaran majlis indah ini berlangsung pada bulan December 2008...
Baru step pertama tapi dugaannya memang amat memeritkan...bak kata kawanku,'Dayg'
"biasala syaitan kalau kita nak buat kerja baik memang lebih hebat hasutan dan keringatnya...."

fuhh.....letih jugak oooo....
Namun Alhamdullillah majlis kecil itu berlangsung dengan meriah dan lancar serta memberi satu kenangan indah dalam diari hidup aku.....Terima kasih untuk mak dan abah yang banyak memainkan peranan..Muahhhh....

Sedikit gambar untuk tatapan teman2....


betweenus-danisha : ada sesuatu yang berlaku selepas seminggu....tunggu........

Tuesday, September 9, 2008

HIJAB SANG PENCINTA


Pernah sekali aku bercerita tentang novel ni dalam post pada tahun 2006…..
Tak sangka akhirnya sequel terakhir muncul jugak…
jenuh aku menunggu kemunculan HIJAB SANG PENCINTA ni…
tapi rasanya bukan aku sorang jer kot,
beribu lagi peminat setia Ramlee Awang Murshid yang asyik menghitung hari..
semuanya asyik berdebar-debar apa agaknya terjadi pada LAKSAMANA SUNAN dan HARYANI…..

Aku pun dah tak sabar lagi nih nak dapatkan novel ni…
Baru tahu dua hari lepas jer sebenarnya…
Petang ni baru nak ke kedai buku…
Harap-harap ada la noh….
InsyaAllah……



Danisha-betweenus : Jarang postkan cerita-cerita terbaru kat sini…rindulah plak…kira okay la ni kot….

Wednesday, August 13, 2008

PAGI ITU ........

Pagi itu aku dan Xr. berjaga sehingga jam 2.30 pagi.
Lama tak berjumpa membuatkan banyak hal yang nak diceritakan…..

Lebih kurang jam 2.55 pagi, aku terjaga bila terdengar bunyi dentuman kuat lebih kurang 6 kali….
Aku kemudiannya tidur kembali bila merasa bunyi itu hanya khayalan dan mungkin juga aku hanya bermimpi…
Lagipun Xr. nyenyak saja tidurnya….

5 minit kemudian, aku dikejutkan kembali dengan bunyi orang membeli salam..
Jantungku berdegup kencang bila suara lelaki itu semakin dekat dan disusuli dengan bunyi pintu pagar dibuka…
Pantas Xr yang lena di sebelah ku kejutkan…
Bunyi salam lelaki tadi di sambut oleh housemateku ( Mak Cik ) yang tidur di bilik sebelah…

Mendengar makcik yang beristifar berkali-kali membuatkan aku bertambah bimbang….
Aku hanya memandang wajah Xr yang masih kebingungan….
Mak Cik kemudiannya keluar mendapatkan aku dan Xr….

Rupa-rupanya lelaki itu adalah jiran sebelah kami yang ingin memberitahu kereta kepunyaan Kak Ln yang juga teman serumahku baru sahaja di pecahkan…
MakCik bergegas ke bilik Kak Ln manakala aku dan Xr pantas mencapai kunci dan terus keluar untuk melihat keadaan kereta Iswara sambil ditemani jiran tadi….

Aku lebih takut bila melihatkan keadaan kereta yang baru dipecahkan….
Semua cermin teruk di kerjakan kecuali cermin sisi kanan…
Malah lampu belakang juga rosak di ketuk…
Lebih menakutkan lagi tiada kecurian yang dilakukan….

Kerana bimbangkan keselamatan kami, laporan polis hanya dilakukan keesokkan harinya.




Sebenar 3 minggu sebelum itu, sebuah MYVi yang baru dibeli sebulan, tiba –tiba terbakar pada pukul 3.30 pagi…..
Dan kereta itu juga berpakir di tempat yang sama dengan Iswara tadi….
Laporan dari perodua sudah di terima dan laporan itu mensyaki ia juga perbuatan khianat manusia…..
hmnmmm....
Hati masih bimbang bila menduga niat sebenar si PENYANGAK...
Motif mereka benar-benar samar....

danisha-betweenus : aku memang respect gila dengan Kak Ln yang cool dan tenang sesangat bila mengetahui kejadian itu....

Sunday, July 6, 2008

PARADISE VACATION

Percutian singkat itu berjalan dengan lancar. Walaupun cuma dua hari satu malam, ternyata percutian itu benar-benar menyeronokkan. Terima kasih sekali lagi buat Cik Azura, pemegang takhta sebagai CIK PENGANJUR selama 3 tahun berturut-turut. Tak lupa juga buat semua ajk-ajk yang masing-masing menjalankan tugas dengan jayanya. Kita semualah tu. Yeyey ….Tepuk tangan untuk diri sendiri…..

Buat semua;- Xura, Eja, Hafiz, Mad, Kun, Ayob Dasavatharam, Zul, Eita, Azma, Supir, Dayang dan our newcomer Belon, thank you so much for the very very very fantastic vacation dan muahhhhhh…..muahhhh…muahhhhh….enjoy tahan gaban nih…

Buat our bro, Ajib. We’re really miss you. Supir nyaris-nyaris tak nak joint sebab tokan besar dia tak da. No one bring the card maaaa……
May be our next vacation kita semua akan bergabung kembali. Mungkin ada orang baru jugakkan….InsyaAllah.

Melencong sekejap – Cannot wait for Kun dan Ayob to introduce their ‘Orang Baru’ jugak…makin ramai la family kita nanti ya…..

Sedikit review ‘PARADISE VACATION’
* Rasanya 2 minggu sebelum tu semua pun excited gilar. Masing-masing pun asyik meeting, telefon dan sms. Lebih excited lagi, kali ni semua pun ada tugas masing-masing. Sejujurnya aku dan supir memang blur gilar, tak tahu apa nak beli sebagai cenderamata buat semua. Kalau boleh kami nak contribute souviner yang paling best dan meninggalkan kenangan buat semua. Diharapkan hadiah tak seberapa itu memuaskan hati semua yer….

* Scene LEMAS masa kat kolam renang lawak sesangat. Sorry la Eja. Tetiba je rasa penat berenang dan ter ‘stop’. Lepaih tu tak leh berenang dah. Memang rasa macam nak lemas. Cuak gak… Alih-alih tak ada apa-apapun sebab kaki masih menjejak lantai…hehehe..bikin gempak jerkan? Perasan muka Eja yang terkejut dan gelabah gilar…SORRY…;-)

* First game – tuju badan memang best terutama bila Mad main tipu dan muka Dasavatharam yang tak puas hati. Tak lupa juga scene Hafez yang lari sambil tuju bola tapi tak nak mengaku salah. Mengaku jerlah Encik Hafez ooi..Sah-sah videocam Azma sudah merakamkan segala-galanya.
Tak lupa juga aksi dan saat-saat genting kami menumpaskan satu-satunya pihak lawan yang tinggal. Menjerit-menjerit Azma sambil berlari kencang. Aku teruja dan lebih semangat lagi mengejar. Syok ooooo...dan akhirnya kami berjaya….

* Second game – Masa main bola tampar scene yang tak leh lupa bila Kun dengan beraninya smash Eja dengan tepat sebanyak 2 kali. Depan Hafiz lak tu…..Bagaimanapun aksi tu tetiba macam scene citer hindi lak bila Hafiz menyambut Eja dari belakang….hihihi..Romantiknya…
Rugi Dayang tak sempat rakamkan dalam videocam….

* Malam tu kita makan malam ala western gitu. Sedap ooo….Ada sandwich, spaghetti, dan salad. Cayalah AJK makanan. Buat Zul dan Xura yang baru sampai jauh dari KL, tabik gila dalam kepenatan korang masih riuh dan melayani semua orang. Banyak jer cerita yang nak disampaikan…..

* Malam tu kita ada third game. Lelaki vs perempuan. Macam-macam telatah dan aksi yang mencuit hati. Semua pun asyik nak mengenakan pihak lawan ajer. Ada bluehyppo, kungfu panda, perempuan melayu terakhir, siput babi dan macam-macam lagi termasuk Dasavatharam…Tapi ayob, aku memang tak puas hati ni….Hang sorang jer yang tengok citer tu kat wayang….Mana boleh masuk list.Tapi takpalah, macamanapun perempuan yang menang…GIRLS POWER…

* Keesokkannya kita turun semula ke kolam renang dan pantai. Kesian Kun sebab terkena obor-obor. Walaupun skit jer tapi aku dapat bayangkan kesakitannya. Pengalaman beb. Sakit gilar tau.
Dan kita juga sempat rakamkan foto-foto kenangan sblm berkemas.

* Kita mengakhiri vacation kita dengan penyampaian hadiah di hotel. Kalaulah boleh tambah sehari lagi kan best?
Kita kemudiannya berpisah di Kapitan, Gurney. “nasi beriyani melani ayam satu”….hehehehe

Biasalah sebenarnya banyak lagi yang boleh aku tulis tapi terpaksa memilih yang penting-penting jer. Kalau tak alamatnya berjela-jela panjangnya. Jadi kepada semua kengkawan dan bloggers semua, jangan lupa selitkan skit komen yer…

Melencong lagi - -Kalaulah ada perjumpaan bloggers2. Gempak juga nih….

Tak sabar menunggu our next vacation. Pulau Perhentian atau Melaka? Ada yang nak ke Bandung juga. Tak kisahlah sebab kita akan memulakan kutipan bulanan bermula pada bulan Julai nih yang dipertanggungjawapkan kepada BENDAHARI kita tak lain dan tak bukan Encik DASAVATHARAM kita…..AYOB……hehhehehe

betweenus-danisha : buat Xura, Eja, Azma, dan Eta yang akan ke Serawak pada bulan Julai nanti jangan lupa beli souviner untuk kami tau….Gambar tak yah tangkap banyak-banyak sebab aku takda…dengki nih sebab tak dapat joint…Selamat pergi dan balik tau….

Thursday, June 19, 2008

SENYUM

Salam,
Lama plak tak menulis apa2 kat sini kan?……
Sorrylah..Kepala agak blank akhir-akhir ni….
Jangankan gusi, kiranya idea pun dah kering kontang ni….
So kali ni aku sajikan satu cerita yang mampu membuatkan aku tersenyum sorang2…..
Gilakah aku?.....

Aku dirisik seseorang baru-baru ni. Hahahaa… Malu lah plak kan?.....
Yang bestnya aku langsung tak mengenali siapakah gerangan jejaka itu.
Hanya yang ku tahu, dia seorang lelaki yang bekerja berdekatan dengan pejabatku…
Dan secara kebetulan dia juga mengenali pak cikku…
Jodoh kah itu? Huhu…

Pulang ke kampung emak bertanyakan ku soalan tu….
Tersipu-sipu aku malu….
Hmnnnn…Boleh percaya aku tersipu-sipu?
Tak der lah….Konon jer…hehehehe…..
Sebenarnya aku dan kakakku bantai gelak sampai guling-guling bila tahu ada orang yang dalam diam meminatiku….
Aku yang comot ni pun ada orang berkenan….

Kalau menurut orang tua, diam itu tanda setuju….
Tapi apa agaknya nenekku akan cakap kalau dia tahu gelagat cucunya sekarang ni?...
Pengsan agaknya..
Tidakpun mesti biru jer lenganku dicubit nenek….

Emak pula hanya tersenyum melihat reaksiku…
Sudah dapat diagak katanya….

“ Agaknya dia kesian sebab tengok hang dah tua tapi tak disunting orang lagi,” kakakku seronok mengutuk dan menambah yang mana patut…Memang kurang asam betul…
Ingat aku koro sangat ker…

Aku tersenyum manis memandang wajah emak. Manisnyaaaaaaaaaa…
Kakakku pulak masih lagi tersengih. Menunggu peluang untuk mencelah la tu…

“Bukan tak sudi tapi mak kan tahu anak mak ni dah ada pilihan hati sendiri,” bila keadaan agak terkawal aku langsung memberikan keputusanku.

Macam tak cover langsung aku ni kan…..
Emak menggangguk tanda faham.
Malah katanya dia hanya memenuhi syarat untuk menyampaikan pesanan dari pak cik ku.
Amanah katanya…..
Kalau tak disampaikan berdosa….

Tapi yang apa yang membuatkan aku SENYUM sampai sekarang : -
Rupanya lelaki itu lebih muda dariku dan….
dia pula beranggapan aku baru berumur 23 tahun…
hampehnya pak cik aku pun tak tau usia sebenarku….hehehe

Awet muda ni….

Kalau difikirkan kesian lelaki itu kan….
Doa ku, semoga dia bertemu jodoh dengan gadis yang sesuai dan lebih yang baik… InsyaAllah…

Danisha-betweenus : Rasanya hampir semua gadis yang sebaya denganku pernah mengalami pengalaman ini. Mungkin ada yang tersenyum sorang-sorang jugak bila terbaca kan?….Teringat kisah sendiri kot…..

Sunday, May 11, 2008

JET LI AGAIN

Hi,

At last tengok jugak The FOBIDDEN KINGDOM. Pada aku cerita ni memang best sesangat. Tak rugi tengok .Bila dah tengok Jet Li dalam filem ni, terajinlah plak cari pasal dia kat dalam internet. Ntah apa-apakan? Macam bebudaklah plak...
Di sebabkan dah penah masuk gambar Jet Li dalam post lepas, jadi kali ni upload plak gambar Nina li, isteri kesayangan Jet Li....Manalah tau ada yang belum tengokkan....


Sedikit mengenai Nina Li.
*One of famous actress pada era 80s & early 90s.
* Pernah berlakon dengan Chow Yun Fatt, Jackie, Sammo Hung
* Miss Asia in 1986
* Digelar "Marilyn of the East" kerana 'aset' dan keseksiannya.....

danisha-betweenus : Cantik memang cantik tapi macam terlalu ketaralah perubahan pada wajahnya kalau berbanding dengan dulu.....

Wednesday, April 23, 2008

SELAMAT HARI LAHIR, MAMA

Kotak kecil itu ku renung. Kertas biru bunga keemasan kelihatan begitu kemas dan cantik membalutinya. Malahan riben setebal 1 inci yang juga berwarna keemasan menjadikannya lebih menarik. Sekeping kad kecil siap ditulis dan digamkan di bahagian atas hadiah kecil itu. Kotak itu ku capai. Kad tadi kubuka dan kubacakan buat entah kali yang keberapa.
“ Selamat Hari Lahir, Mama?”
Bergetar bibirku membaca kembali ayat itu. Airmataku yang bergenang di tubir mata cuba kutahan. Namun ingatanku terus mengingati mama. Rasa rindu menjengah walaupun baru dua hari lepas aku bersamanya. Mungkin juga kerana ketika ini kami sedang berkongsi satu rasa yang sama. Rasa perit dan kecewa………

Mama seorang ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak dengan sepenuh kudratnya. Mama bukan wanita berkerjaya atau seseorang yang berpelajaran tinggi tapi beliau seorang wanita yang mempunyai berbagai kebolehan serta sanggup melakukan apa sahaja untuk membesarkan kami.

Kesian mama. Hidupnya penuh dugaan. Sudah adat ibu tunggal, mama sering menjadi mangsa manusia-manusia dengki, hikporit, dan manusia yang pandai mengambil kesempatan. Sudahlah hidup dengan penuh dugaan, tidak adakah sekelumit rasa kasihan di hati mereka untuknya.

Usai bersembahyang, aku selalu ternampak mama menangis di hujung doanya. Memohon semoga Yang Esa memberikannya kesihatan yang baik, kekuatan kudrat dan hati serta ketabahan untuk mencari rezeki dan membesarkan kami. Alhamdullilah mama berjaya membesarkan kami berenam. Malah hidupnya juga lebih senang berbanding dulu. Walaupun sudah berusia tapi mama sentiasa ceria terutamanya dengan kehadiran 4 orang cucunya. Namun sehingga kini mama masih mahu berkerja. Tanggungjawap masih besar, katanya. Malah kudratnya masih kuat…mama oh mama

Tapi hari itu aku ternampak lagi mama berdoa lama di atas sejadah. Lama mama menahan sendunya. Airmatanya turun lebat membasahi telekung. Namun mulutnya tak henti berzikir. Kemudian dia mencapai kitab Allah. Mungkin dia ingin mencari sedikit ketenangan dan kekuatan untuk jiwanya yang kian parah. …

Rupanya berita itu sudah sampai ke telinganya. Tangisnya benar2 menyentuh kalbu. Kekecewaannya tidak dapat digambarkan. Tidak pernah aku lihat mama sebegitu. Dia bagaikan sudah tersungkur. Aku sendiri buntu untuk memujuk hati mama. Kalau aku sendiri pening dan kecewa, apatah lagi mama yang membesarkannya.

Ibu mana yang tidak berleter, ibu mana yang hanya akan berdiam diri seandai anaknya melakukan kesalahan, ibu mana yang akan membiarkan anaknya hidup menderita. Seorang ibu sanggup menggalas segunung bebanpun demi melihat anaknya bahagia. Entah disalah erti atau dipandang ringan. Kita kadang – kadang lupa diri, leka dan tega melihat dia bersusah kerana kita juga tak sesenang mana. Kita leka bergembira ketika dia berendam air mata. Kita tega mengecewakan dirinya daripada kita hidup tersiksa.
Kadang-kadang kita juga lupa, bahagia kita takkan kemana tanpa restu darinya.
Esok. Rabu 23 April hari lahir mama. Dengan keadaan mama sekarang, aku tahu hadiah kecil itu tak bisa mengubat hati mama. Namun aku mahu mama tahu, hadiah kecil itu tanda mama masih punya aku untuk menceriakan hari-harinya. Mama ada aku untuk menyayanginya Mama ada aku yang akan sentiasa bersamanya untuk melenyapkan hari-hari deritanya. Mama ada aku untuk berkongsi cerita suka duka hari-harinya.. dan mama sentiasa ada aku sampai bila-bila….. I REALLY LUV U, MAMA.........

Danisha-betweenus : Aku juga tahu dia benar sayangkan mama, cuma keadaan memaksa dirinya untuk membuat keputusan itu. Pesanku semoga dia dapat berfikir dengan lebih jelas dan matang. Percayalah tanpa restu ibu, keputusan itu akan memakan dirinya kelak. Berfikirlah mengikut naluri seorang ibu kerana dia juga seorang daripadanya……..

***********