CONFUSSION
Halloooo….
Kalau nak tahu aku memang excited sesangat dengan topik ni. Nak tahu kenapa? Hmnnn... Salah satu sebabnya kerana dah lama idea ni dalam kepala otak aku, tapi peluang untuk mengeluarkannya belum sampai. Hari ini kot……hehehe. Yang lain tu sebab aku sendiri mengalami masalah ini. Keliru dalam beberapa keputusan penting dalam hidup aku. Macam lagu Ajai dan Nurul tu….
Confussion atau kekeliruan pasti ada dalam diri setiap orangkan? Cuma bergantung pada orang itu. Ada sesetengah orang bijak menyembunyikannya. Sesetengah pula lebih suka berbincang dengan orang terdekat atau kawan-kawan. Pendapat dari orang sekeliling kadangkala membantu tetapi ia juga dapat memberi tekanan dalam diri kita. Yelah bila pendapat-pendapat tu bercanggah dengan keputusan kita. Hmmnnnnn…
Aku rasa ramai antara kengkawan kita yang juga mengalami masalah ni samada kita sedar ataupun tidak. Tapi ada juga yang sedar tapi malu nak mengakuinya. Betulkan? Terpulanglah pada individu tu. Kekeliruan itu hanya dia yang bisa merungkaikankannya.
Umur kita yang kian meningkat ni antara factor kenapa masalah ini terjadi. Desakan dan persekitaran kadang-kala banyak memberikan tekanan dalam keputusan kita. Misalnya masalah yang sering ditanya ( KAHWIN ). Susah nak jawapkan bila kita masih belum bersedia tapi sentiasa didesak untuk mengakhiri zaman solo kita. Ataupun kita masih tak dapat memberi keputusan sebab jawapannya bukan pada kita. Maka kadang-kadang timbul banyak masalah yang menyebabkan kita mencari jalan penyelesaian. Kelirukan? Nak ikut kata hati ataupun terus dengan keputusan yang kita dah buat sebabnya hati kita masih memerlukannya. Aku sendiri dah banyak kali ikut kata hati aku daripada mengikut apa yang aku dah decided. Kalau dalam kes ni aku nak imbas satu falsafah cinta yang kawan aku pernah forward kat aku.
“ Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba dan jangan sesekali menyerah jika kamu merasa sanggup.”
Ini baru satu bab. Kalau bab lain bila kita kadang-kdang merasakan yang kita masih belum menemui orang yang kita cari dan keliru samada kita hanya harus memilih yang sedia ada jer. JAngan tangkap muat jer. Ini soal pasangan seumur hidup.
Sebenarnya kekeliruan ini wujud bukan dalam bab kahwin jer. Skopnya lebih besar lagi Cuma aku memberi contoh yang aku sendiri alami. Kalau dalam bab kerjaya pun ada kekeliruan. Bila lain kita ingin lain pula yang kita terokai. Rezeki dalam bidang lain ler tukan? Tak apa. Jadikan pengalaman. Mungkin nanti suatu hari kita dapat mengabung kedua-dua benda yang kita minat dan terokai tu kepada sesuatu yang lebih menguntungkan.
Okaylah. Rasa macam dah panjang sangatlah. Mungkin aku boleh kupaskan isinya lagi pada masa yang akan datang. Sebelum tu aku harap sangat pada kengkawan supaya turut bagi comment. Rasanya ramai yang alami masalah nikan???huhuhu..
Tata
Danisha-betweenus:- Kekeliruan selalu berlaku pada aku sebab aku sentiasa jer nak jaga perasaan orang sekeliling aku. Tapi macamana dengan aku. Kawan aku kata kadangkala kita ni kena pentingkan diri sikit……..