Tuesday, September 18, 2007

PASAR RAMADHAN

Assalammualaikum...

Dah 6 hari berpuasa, macam2 yang berlaku. Dengan trajedi gempa bumi di Indonesia hinggalah kisah terhempasnya kapal terbang kat Phuket. Kiranya in between dua berita ni pun ada macam2kan? Hujan lebat dan banjir, kes penculikan dan kehilangan kanak2 dan banyak lagilah . Sampai aku tak tertulis kat sini. So kepada sesapa yang tak baca paper atau tak tengok berita pandai2 ler mencari sumber....

Kepada mangsa2 gempa bumi di Indonesia, marilah kita sama2 doakan semoga mereka lebih tabah dan mari juga kita sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa2 yang terbunuh....

Azam puasa aku tahun ini ialah123456. Tapi salah satu daripadanya ialah aku tak nak membeli sakan kat pasar ramadhan. Aku ni jenis tak kuat untuk menahan nafsu makan dan membeli makanan. Kalau boleh satu pasar ramadhan tu aku nak beli. Teruk betul aku nih.....hhmnnn...So aku pun berazam utk memasak jer kat umah sewa aku tu dan elakkan dari mengunjungi Pasar Ramadhan.

Nak dijadikan cerita dari hari pertama hinggalah hari ke lima aku berjaya menahan diri aku dari singgah dimana-mana pasar ramadhan yang terdapat kat Alor Star ni. Malangnya semalam aku tak daya menolak permintaan officemate untuk menemani dia. Untuk menggelakkan aku terlebih membeli aku cuma bawa RM5.

Bila sampai kat pasar ramadhan aku dah mula juling.Arghhhhhhhhhh.....Lastly aku pinjam plak lagi RM10 buat modal nak beli makanan.Hahahah....Kan aku dah cakanp jangan ajak aku....Cuba korang bayangkan dengan status KAMPUNG GIRL, dapatkah aku menahan diri melihat kerabu mangga, somtam, kerabu kaki ayam, kerabu daging, kerabu beka, gulai batang pisang, acar buah, ikan terubuk bakar, gulai nangka, sayur keladi........

Sebenar aku bukan beli utk aku sorang tapi untuk seisi umah sewa aku. Nak simpan untuk sahur lagi kan.....Kira oklah kot sebenarnyakan.
SOLUTIONNYA
Puasa lagi 14 hari lagi. Kalau tak disiplinkan diri, alamat naik kg ler aku. Aku dah buat budget tadi dan aku tak buleh melebihi budget aku tu. Kalau hari ni terlebih membeli esok kena kurangkan atau elakkan. Lagipun kita berpuasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi juga untuk belajar bersabar. InsyaAllah...

betweenus-danisha : Kalau nak tengok bermacam-macam aneka masakan masyarakat Malaysia, kunjungilah Pasar Ramadhan tapi jangan jadi macam aku. Jadilah pengguna yang bijak...Aku jugak la tu...Huhu

Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT BERPUASA

Assalammualaikum….
Firstly tahniah pada pasukan bola sepak Kedah kerana berjaya mengondoli PIALA MALAYSIA…..Yahooooo. Pada penyokong-penyokong Perak jangan kecewakan ya…Apapun kita tetap rakyat Malaysia…MALAYSIAKU GEMILANG…Hehehehe

Kita begitu menghampiri bulan ramadhankan? So Selamat Berpuasa diucapkan. Semoga kita dapat keberkatan daripadanya.

Sempena menyambut bulan Ramadhan, kami sekeluarga mengadakan sidikit kenduri doa selamat. Kata mak dia inginkan sedikit kelainan pada tahun ini. Niatnya ingin menjemput pelajar-pelajar sekolah menengah cacat penglihatan yang berhampiran. Menurutnya pelajar2 ini terlalu istimewa dan benar2 mencuri perhatiannya dengan kebolehan mereka. Kami pula tiada bantahan dan menurut sahaja.

Jadi sebaik sahaja tamat office hour pada petang Khamis aku terus bertolak pulang ke kampung. Walaupun tak dapat menolong mak memasak , aku tetap ingin tiba awal. Boleh juga menolong apa yang patut.

Tak ramai lagi yang datang ketika aku sampai. Cuma jiran2 terdekat sahaja. Setelah menyalin pakaian yang sesuai aku terus ke ceruk dapur. Menghidangkan bihun sup ke dalam pinggan. Lebih kurang jam 9.15 malam pelajar2 ini tiba dengan menaiki van. Itupun dengan 2 kali trip.
Riuh jadinya rumah aku ketika itu dipenuhi hampir 50 orang pelajar.Mereka memulakan bacaan dan aku pula sibuk didapur dibantu teman2 rapat.Terima kasih buat mereka.

Namun ketika bacaan doa, aku ke depan seketika. Terpegun aku mendengar bacaan doa dari adik yang berbaju melayu keemasan dan berkopiah putih. Sedap dan mendayu bacaan doanya. Dan mak pula meminta dia membaca beberapa surah yang lain sementara menunggu kami habis menghidangkan makanan. Dan bebarapa pelajar lain juga turut mengambil bahagian… Sungguh….Terasa kerdil benar diri aku pada masa tu…..

Sessi jamuan bertambah meriah dengan gelagat mereka yang mencuit hati.
“Akak, nak tambah bihun lagi boleh?”
“ Mak cik, Nak air?”
“ Saya tak boleh makan daging,”
“ Nak air panas?”
“ Saya suka bihun sup ni. Sedaplah. Tambah lagi boleh?”

Macam2 kerenahkan? Tapi kami semuapun tak jemu melayan. Mereka semua sungguh gembira dan suka bila bermacam2 soalan yang ditanya dijawap. Dan ada juga beberapa pelajar yang asyik membuat jenaka spontan. Riuh sungguh dan aku pula suka betul…..

Mereka pulang dihantar oleh teman2 dengan menaiki 3 buah kereta. Namun ketika memasuki keretapun masih banyak soalan yang ditanya dan juga jenaka yang memenuhi masa terluang. Ceria betul hidup mereka.

Aku berterima kasih pada mak kerana memberikan peluang untuk aku mengenali mereka yang terlalu istimewa. Banyak yang aku dapat dan pelajari. Terima kasih, mak. LUV U SO MUCH

Betweenus-danisha : Buat pelajar2 tersebut, aku mendoakan semoga mereka lulus cemerlang dalam SPM yang akan datang. InsyaAllah…..





Sempat lagi snap gambar anak sedara lepas majlis selesai. Bolehler buat pengubat rindu.....

Wednesday, September 5, 2007

KEDAH CAYALAHHHH...

Hari tu bila kedah 0-0 dengan Terengganu. Ramai gak ler yang agak frust tapi aku relax ajer sebab aku bukan antu bola. Hahahahha.....So tak payah lah nak kecoh kan....

Suddenly pagi semalam Abang Jan said " Kalau Kedah menang malam ni , ampa semua dapat minum pagi free."

Then Encik N plak menambah " Makan pagi percuma dengan lauk ayam "

Wahhhh. Ini sudah bagus. Aku mendapat kebaikan daripada pasukan bolasepak Kedah. Kalau menang jimat duit aku pagi esok. Makan lauk ayam lagi tuuuuu....So aku pun berdoa semoga Kedah menang malam tadi......

Malamnya ketika pasukan Kedah dan 40,000 memenuhi Stadium Darul Aman, aku plak tengah berlatih bowling. Dengan hanphone di tangan cepat ajer perkembangan terkini berada dalam pengetahuanku. Wahhhh... Macam peminat bola ler plak .....

So paginya aku dengan senanghati aku ke office. " Saya datang menuntut janji " selamba jer ayat tu terkeluar dari mulut aku. Hahahaa... Tak malu sungguh aku ni. Tapi ader lak ramai penyokong lain yang turut mahu janji mereka dipenuhi. Aku ni kiranya macam orang tengah jer....

Janji memang ditepati.Kiranya sampai sekarang aku kenyang betul. Alhamdullilah....

So sekarang aku tengah arrange 1 bas untuk ke final Kedah mlwn Perak di National Stadium Bukit Jalil. InsyaAllah aku pun turut akan menyibuk dan memeriahkan suasana di stadium. Rugi kalau tak pi ni. Mana tahu jeritan semangat dari aku nanti dapat menyumbangkan sedikit semangat buat pemain bolasepak Kedah. Kali ini aku tak harapkan apa2 makan pagi pun dan ikhlas dari hati aku moga2 KEDAH jadi JUARA.......InsyaAllah....

betweenus-danisha : Jumpa di sana....

Wednesday, August 29, 2007

4 THINGS

4 things that scare me:
* Takutnya kalu tak sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas yang terakhir....
* Tinggal sorang tak da hal tapi yang takutnya tetibanya lampu blackout. Arghhhhh...tidakkkk
* Lipas terbang dan asyik menghala kat aku jer...
* Of course ilang org tersayang. Pengsan.......

4 people who make me laugh:
* My Abah- Peopled called him 'Din Kartun'. Dia ni memang lawak gila. Tiap2 minggupun dia tepon sebab nak kasi soalan teka-teki....merapu lak tu...
* Abang - my adik yang sebijik mewarisi peel abah dia
* Me - aku je leh yang boleh buat aku sendiri gelak walaupun time tu aku rasa sepatutnya aku nangis. Aku memang gila...huhuhu
* My friend pocket-baru jer semalam dia buat aku gelak sorang2 lepas reply aku punya sms. Selamba plak tu ayat dia. So slumber....

4 Things I love:
* Makan dan cuba makanan yang aku belum pernah makan. Janji halal.
* My Dolphin collection
* Movie tak kira lah wayang, Tv atau vcd. Janji bukan citer airmata.
* Travelling dengan kengkawan n family. Aku suka suasana yg riuh.

4 Things I hate:
* I hate myself for loving you....
* Aku benci orang yang cakap besar tapi ntah hape2. Phobia gila...
* Orang yang suka mengambil kesempatan pada kesusahan orang lain. Ramai lagi org senang kat luar tu...
* Aku benci FD. Kalau orang camni kalau korang nak bom pun tak salah. Tapi biar jer dia dulu. Pasti terima akibatnya nanti.

4 things I don't understand:
* Naper si FD tak da hati perut walaupun perut dia menggunung gila.
* Naper duit aku ni asyik tak cukup jer walaupun budget aku selalunya rendah....Heran nih...
* Naper hidung aku tak mancung walaupun lubang hidung aku agak besar. Heheheh..
* Naper orang suka tangguh kerja n buat last minute gilar. Menyusahkan yang lain jugak tau.

4 things on my desk:
* PC
* Handphone
* Gambar org2 tersayang
* Alatulis

4 things I'm doing right now:
* Layan survey watashi....
* Dengar lagu
* Makan. Sedap nih. Jemput makan.
* Baca email & friendster

4 things I want to do before I die:
* Bagi kesenangan pada kelurga tersayang aku.
* Antar mak abah pi Mekah
* Mengucap 2 kalimah syahadah
* Menjadikan impian aku satu kenyataan.InsyaAllah.....

4 things I can do:
* Makan benda yang aku tak pernah cuba tanpa rasa bersalah atau geli geleman.
* Makan dengan senanghati walaupun tengah susah hati
* Menyanyi dengan jayanya. Perasan gilar nih....Syok sendiri sebenarnya.
* Buat lawak walaupun hati sengsara...Cewahhhhh

4 to describe my personality:
* Positif yang negatif.... Macamana ekkkk???
* slumber yang sukahati. Ada faham?.....
* Orang seni yang Buta Seni......Tersirat nih...
* Suka tolong tapi suka leter jugak. Skit jer.....

4 things I can't do:
* Tunggang motorsikal. Sebab aku phobia ler. Pocket, you know kan pasai pa?
* Tengok citer 'Winter Sonata' walaupun sumer orang suka bangat.
* Terbang macam superman. Sebab aku ni pompuan.
* Tak makan 1 hari 1 malam. Boleh pengsan nih.


betweenus-danisha : Yeh done. Watashi, komen cepat. Peluh ketiak ni tau....

Tuesday, August 28, 2007

HAPPY BEDAY ABANG

Hari ini adik kesayangan aku genap usia 23 tahun. Selamat Hari Lahir diucapkan Semoga hari ini menjadi salah satu hari yang paling diingatinya. Semoga lebih tabah dan bertambah matang untuk menghadapi hari2 depan yang penuh ‘trill’.
Aku berharap dia menghadapi hari ini dan hari seterusnya dengan senyuman tak kira samada dia suka, duka, derita, gembira sebab senyumannya yang manis itu akan menjadi kekuatan untuk dirinya dan semua orang kesayangannya termasuk aku.

Sedikit tentang adik aku ini.

- Walaupun dia adik tapi semua orang termasuk kakak2 aku memanggilnya ‘abang’ sebab dia anak lelaki yang paling tua.
- Orangnya lucu bangat dan kuat mengusik. Kalau bersamanya aku mesti tak henti-henti ketawa.
- Dia ni antara anak kesayangan mak aku. Apa taknya. Dia yang terlalu care sangat sampai mak aku baru jer kata sakit lutut, dia dah riuh nak bawa mak pergi klinik.
- Aku dan dia memang sekepala. Pernah satu hari tu kami kurung anak sedara dalam bilik air sebab budak tu menangis dan buat perangai. Yang bestnya bila budak tu diam jer kat dalam kami cuak gila Bila kami buka pintu rupanya budak tu amik botol syampu, buat modal main kapal-kapal dalam kolah mandi. Hehehee….
- Dia ni suka kacau orang. Pantang nampak pompuan mesti nak ngorat, walaupun aku atau awek da ada kat sebelah dan kami memang tak heran pun sebab dah tau perangai tu. Dan awek yang dia tak kenal sumenya dinamakan 'AMYLIA'. Sedap sangat ker nama tu?....
- Dia ni bukan jenis orang yang suka berkira dan suka belanja aku dan kengkawan dia.

Kami banyak sangat kongsi kisah suka dan duka bersama. Ketawa, gaduh, menangis sumernya kami share sama2. Rindu sangat kat dia. Sorry sebab tak dapat balik but wish u happy overthere.....

Wednesday, August 22, 2007

TAGGED A - Z

Kiter dah di tagged oleh Toki Doki. So 'watashi', this is for you.


A * AVAILABLE ?..........Available jer. Hehehhe…

B * BEST SPORT ?..........Yoga & Line Dance

C * CRUSH ?..........???????

D * DOGS NAME?..........I hate dog or dog hate me? Apapun aku lari dulu….

E * EASIEST PERSON (s ) TO TALK TO?..........Em, DA, Xr.

F * FAV COLOUR?..........Dark colour

G * GUMMY BEARS OR GUMMY WORMS?..........Tak suka dua-dua pun

H * HOME TOWN?..........BM

I * INSTRUMENT?...........Apa ekkkkk,….

J * FAVOURITE JUICE?..........Orange juice

K * KIND OF MUSIC?..........Layan jer summer. Janji sedap di dengar….

L * LONGEST CAR RIDE?..........Dulu selalu travel dari Johor ke Penang

M * MILK FLAVOR?..........Vanilla

N * NUMBER OF SIBLINGS?.........Tak yah tau ler.

O * ONE WISH?.......... Happy Ending for each story….

P * PHOBIA/ FEARS?.........anjing, pacat, lintah, lipan

Q * QUOTE?.........?????

R * REASON FOR SMILE?..........No reason. Bila sedih pun aku senyum, bila nakal pun pun aku senyum, bila baca blog pun aku senyum…….

S * SONG YOU LAST HEARD?........Stupid Cupid

T * TIME YOU WOKE UP TODAY?.........6.30 a.m

U * UNKNOWN FACTS ABOUT ME?........Biarler trus unknown……

V * VEGETABLE YOU DON’T LIKE?......... I luv vegetable

W * WORST HABIT?........Tidor….tidor…..tidor. Skrg ni pun dah ngantuk ni…..

X * X-RAY YOU’VE?.........Bila ntah? Tak ingat dah.

Y * YUMMY FOOD?.......Siput Balitong @ Siput Sedut masak pedas…Sedap wooooo

Z * ZODIAC/ ASTROLOGY SIGN?.........Capricorn. Aku pun tak tau ciri2 ‘capricon’ ni. Kureng minat ler.

Tuesday, August 21, 2007

21 Things I want in a Lover

Hari tu aku telah di tagged oleh Puteri. Pening kepala jugak dok memikirkan apa 21 benda yang aku nak ni sebab aku ni simple jer dan jenis yang tak banyak permintaan . Tapi sedar tak sedar aku pernah jugak menggaris panduan lelaki idaman aku. Heheheh ....Dan setelah berpenat lelah mengingat kan kembali semua ciri ciri yang aku pernah tetapkan dulu aku post kan kat sini dan inilah hasilnya......

1. Bertanggungjawab – Kiranya inilah keyword, mastermind, masterkey, keychain dan apa lagi maksud yang sewaktu dengannya( Maksudnya ketua segala ciri2 yang aku mahukan.) Lelaki jenis ni selalunya apapun dalam kepala otaknya, dia selalunya akan memikirkan semua orang yang dia sayang sebelum melakukan apa2 pun dan juga sentiasa bertanggungjawab dalam setiap kesannya nanti.

2. Serius – Disebabkan aku ni jenis yang happy, dan suka main2, dan banyak merapu ( tapi takde la semerapu orang tu kan. Huhuhu) aku suka sangat seseorg yang serius. Kiranya lelaki yang serius ni kira seksi ler pada aku. Macam orang thirdlast dalam link aku tu

3. Tegas – Aku perlukan seseorang yang tegas. Selembut mana pun seseorang tu kalau dia tegas orang mesti respect dia dan aku perlukan lelaki yang aku ingin hormati.

4. Kelakar tapi tak gelak- Kiranya dia jenis yang buat kelakar tapi senyum sikit jer dan tak gelak pulun macam aku . Lelaki ni macam menarik sangat pada aku.

5. Of course aku nak dia yang jenis menerima aku seadanya dan tak ada-adakan apa yang aku tak ada. Tak sanggup aku tetiba jer kena berlakon dan hikpokrit depan kengkawan dia konon2 akulah wanita melayu terakhir gitu. Biar aku maintain jer diri aku ni di samping tetap menjaga juga tatasusila dengan betul.

6. Aku ni tak suka lelaki yang mendesak.

7. Macam Puteri aku juga pantang dengan lelaki yg kaki pukul /dera isteri dan anak. Kalau terjebak aku sanggup upah gangster pukul dia balik....Jangan main-main...

8. Menghormati orang tua. Aku cepat tertarik dengan lelaki yang sangat menghormati org tua dan pandai mengambil hati mereka. Cair beb....

9. Berilmu dan aku boleh mahu menumpang ilmu pengetahuan yang dia ada.....

10. Rendah diri- Aku benci dengan lelaki suka cakap besar. Tak kira apapun dia, aku suka kalau dia sentiasa merendah diri dan bersederhana.

11. Berpandangan jauh & sentiasa memandang ke depan

12. Suka lelaki yang menyayangi keluarga aku seperti aku mahu menyayangi keluarganya.

13. Beriman dan mendidik aku dan bakal anak 2 dengan baik

14. Menghormati aku sebagai seorang perempuan

15. Tidak mengongkong dan mempercayai apapun yang aku lakukan. Rimas ler yang jenis mengongkong ni.

16. Memahami dan menjadi pedorong serta tulang belakang dlm mncapai impian aku.

17. Mempunyai PR yang baik supaya tidak kekok bila berhadapan dengan kawan2, dan kaum keluarga aku nanti

18. Seorang yang tenang dan cool walaupun menghadapi berbagai masalah.

19. Bijak mengawal keadaan dan emosi aku.

20. Aku pun tak suka lelaki yang suka mengungkit.

21. Lastly, Aku ni suka dengan lelaki yang temban dan agak berisi ( bukan sasa ) Comellah... Dan aku sekarang dengan tekunnya memaksa sidia makan banyak...heheh. Mak aku pun dah cakap dia makin berisi...Sukanya.....

Danisha-betweenus : Walaupun dia tak memenuhi semua ciri2 diatas tapi aku juga mungkin tak memenuhi 3 dari 21 ciri2 yang dia tetapkan. Janji No 1 tu mesti..Kira fair ler.....hehhehe

Watashi-Tagged awak lambat skit yer......