Monday, January 28, 2008

AJL 2008

Dari pagi kehangatan AJL 2008 mula terasa. Dekat office ni riuh betul. Macam2 yang dinantikan termasuk kemunculan Dato' Siti Nurhaliza dengan image barunya.....
Petangnya sebelum balik, masing dengan pilihan sendiri. Seperti tahun lepas aku dan beberapa orang teman rapat mula ber 'SMS'.

Review AJL 2008
Aku frust gila sebab aku rasa Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta pasti lebih hebat dengan persembahan dari penyanyi asalnya, Faizal Tahir....Dia nyanyi slalu over with feel skit. Tu baru ler layan kan?

Persembahan Siti biasa ajer dengan vokal yang agak kurang menyerlah..

Gabungan vokal Jac & Lah memang meremang bulu roma betul. Outstanding gilar....

Mawi goyang skit jer, ramai betul yang histeria. Tapi kiut lah jugak persembahan diakan....Tapi kalau Mawi ada, boleh teka sapa yang nak menang melalui undian sms nikan?.....

Aku langsung tak expect Extranged akan menang... Dan tetiba plak ramai yang terperasan drummer Estranged kiut sesangat termasuk aku....hahahahha

Aku langsung tak berpuas hati dengan cameraman AJL kali ni. Gambar dia amik ntah apa2. Jauh dan penonton kat rumah selalu ketinggalan part best2 kat sana.Gerammmmmm.....

Antara 4 pengacara semalam hanya Faizal Ismail yang spontan dan menyerlah. Yang lainnya agak kaku dan memboringkan....

danisha-betweenus : Apapun enjoy gak tengok AJL semalam dan susah nak teka sapa yang menang. Mak cik konpius.......

Wednesday, January 23, 2008

GENTING HIGHLAND

Assalammualaikum,

Seronok berbual dengan Warna Diri mengenai trip ke Genting Highland kami 2 minggu lepas. Kiranya sume gambar2 kenangan asyik berulang tayang di screen saver. Seronok menyaksikan gelagat masing-masing. Kepada 4 ahli baru Mat, Kun, Aida dan Azma-Welcome to the Club......

Sebenar trip ni boleh dikirakan sebagai last minutes punya planning sebab secara asalnya kami sume ingin ke Pulau Perhentian dulu. Al maklum ler, budgetnya kurang mengizinkan jadi trip Pulau Perhentian di tunda sehingga diberitahu kelak.

Sedikit review trip ke Genting Highland.
Kalau dulu excited nak tengok Hafiz, kali ni excited nak Aida. Yelah....majoriti dah jumpa. First impresion. Really sporting n happening. Patutla orang sayang...heheheh

Sume pun nak main sesama dan walaupun penat nak tunggu tapi best sebenarnya. Supir memeningkan kepala aku dan Azma masa dalam cawan tu....

Sikit2 nak bergambar. Otainya mestilah Dayang. Sume kamera pun dia conquers.

Paling best masa kita naik kapal tu. Itulah gelakkan amoi tu lagi...rasakan. Baru tahu perasaan Amoi tukan?.....heheh

Malamnya kita berpecah pada beberapa kumpulan kerana faktor cuaca yang tak mengizinkan kita melakukan aktiviti seperti yang dirancangkan. So sorry sebab tak dapat joint korang sume malam tu walaupun kita dah plan lama. Next time okay...

sedikit jer review nikan? So kalau boleh korang tambah lah yer.......

betweenus-danisha : Eja akan membentangkan quotation ke Tioman & aku plak untuk Pulau Perhentian. Perbentangan akan dilakukan pada Chinese New Year ni. Any suggestion kita jumpa nanti.

Friday, January 11, 2008

SMILE, PLEASE!!!!!!!!

Senyum itu penawar duka kan?

Ketawa?.......

Entahla. Rasa macam sama saja kan.
Aku suka melihat orang disekeliling aku sentiasa senyum, ketawa dan ceria.
Pada aku, sehebat mana pun dugaan dan kesedihan yang aku hadapi,
senyuman dan keceriaan adalah penyuntik semangat aku.
Hikpokrit ke tu?

Kata orang kalau sedih, sebaiknya kita menangis.
Jadi semua kesedihan itu boleh dilepaskan.....
Pendapat aku?
Nak pikir kejap......

Ikut pada seseoranglah kan?
Pada aku tak salah kalau menangis,
tapi kalau selalu sangat akan membebankan kepala jer,
sakit kepala tau kalau asyik menangis,
Setuju tak?

Jadi bila aku sedih dan mental aku suka positif,
Senyum, ketawa dan ceria,
Jadi otak aku akan terus ligat,
Mencari idea dan sumber untuk aku terus tabah,
Jadi tak hairan la kalau baru jer mood nak nangis tetiba je aku leh ketawa,
Jadilah aku orang sakit jiwa......heheheheh

Reason sebenar aku tulis pasal ini cause aku nak someone kat luar tu berhenti menangis,
dan menghadapi realiti kehidupan. Melihat dia menangis sebenarnya menyebabkan kepala aku turut mental.....Come on. Go go chaiyo.......

Dear,
Always smile.Don't lose confidence, & don't give up
It completely natural to encounter problems,
Whatever they are, others have gone through them before.

betweenus-danisha : Kalau nangis mata aku mesti jadi kecil macam mashimaro....Sebab tu tak suka nangis.

Wednesday, January 2, 2008

SETAHUN SEKALI

Ada gak yang sambut 4 tahun sekali
2 tahun sekali
setahun sekali
dan ada gak yang sekalipun tak pernah sambut
Kesiankan......

So aku rasa bertuah sesangat,
Ada yang berjabat tangan,
berkirim sms walaupun dekat,
yang jauh pun ramai yang ingat...
Thanks .......

Jadi sempena hari baru & tahun baru ini,
Mcm2 aku nak buat,
Nak improve diri, kerjaya & capai matlamat,
Nak lebih matang, tenang tp menyengat,
InsyaAllah..

So untuk AKU SENDIRI..........
@%^&#**^$($)_$*9)$**%$*@#&$

* Hanya aku yang faham....heheheheheh

danisha-betweenus : Aku suka sms yang ini. Walaupun ramai yang send sana sini, tapi aku suka jugak...

Carry a heart that never hates
Carry a smile that never fades
Carry a touch that never hurt
And ALWAYS carry a relationship that never breaks

Sunday, December 30, 2007

Lakaran 2007

2007
Sedikit review tahun lepas untuk mara di 2008. Go..Go..Chaiyo

1. Nak kahwin - lawak plak bila baca azam aku yang ni pada tahun lepas. Yang pasti azam ni belum lagi tercapai. Last orang lain plak yang kahwin. Untuk adik aku tahniah yer...


2. Aku nak jadi seorang anak yang best pada mak n ayah aku, adik yang best pada kakak2 dan of course aku kakak yang paling best pada adik-adik aku - Pencapaian:) Hanya keluarga aku yang tahu....InsyaAllah.

3. Kerjaya - Walaupun tak masukkan dalam list di sini pada awal tahun 2007 ( dalam simpanan)Something happened on 18.12.07.....Yahoooooooooo

4. My dream - Gerakan aku untuk itu agak perlahan kerana beberapa komitmen lain yang lebih penting. Impian tetap impian. Akan aku usahakan hingga menjadi kenyataan..InsyaAllah

5. Trip & Vacation - Walaupun sibuk tapi sempat juga aku bercuti bersama teman2 dan officemate. Niat aku untuk membawa ibu melancong telah termakbul. Malangnya kerana kesibukan masing2, trip keluaga tidak dapat dilaksanakan.Alhamdullilah.Satu trip bersama teman2 kian tiba......Tak sabar nihhhhh..........



Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku pada 2007. Walaupun banyak dugaan dan kenangan2 pahit, tapi aku tahu perkara2 ini yang mendewasakan dan mematangkan aku. Lakaran memori2 indah yang menghiasi akan terus bersemadi di album 2007 milikku...

Welcome 2008

danisha-betweenus : Review ni simple kan?....Yang lain biarlah aku simpan untuk koleksi sendiri jer..

Tuesday, December 18, 2007

SOMETHING SPECIAL 2

Assalammualaikum,

Last year aku pernah wish dia kat sini sebab aku tak dapat jumpa, call atau sms dia on her ‘special day’…….
Dan tahun ni walaupun aku dah telepon dan wish dia tapi aku rasa lagi special kalau aku tulis sesuatu kat sini. Sebabnya….. di hari yang special ni aku nak dia tahu betapa specialnya dia di hati aku.

Sis,
On your birthday, I hope that u will be more stronger than ever. Accept a very2 short term pain for a long term gain. Hadapi semua kemungkinan dengan penuh ketabahan dan ketenangan. U deserve to be happy. And I want u to know anything happen, I will be beside u.

Semoga hari2 depan terus ceria dengan senyuman yang paling manis untuk dirinya, insan yang paling dia sayang, dan untuk kita….

LUV U SO MUCH…..


Danisha-betweenus : Muka my sis ni sebiji macam anak dia……Comel tak?

Monday, November 26, 2007

SIBUK LAGI NANTI

Assalammualaikum,

Nampaknya aku akan kembali sibuk sampai hujung bulan December ni. Cuma dua jer sebabnya.

1 . Masa lapang aku akan dicuri untuk mempersiapkan sebuah majlis perkahwinan. Nak buat bunga telur, hantaran, gift, kad jemputan. Pening betul kepala aku bila memikirkan semua urusan perlu disiapkan dalam masa yang singkat. Majlis pernikahannya pada 20 December 2007, manakala tarikh persandingan pada 22 December 2007. Debaran dalam hati hanya tuhan jer yang tahu. HArap2 majlis ini nanti berjalan dengan lancar.InsyaAllah.....

2. Selain sibuk untuk menyiapkan semua benda di atas, aku juga harus menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Maklum ler pada hari tu nanti, aku memerlukan tenaga fizikal yang bukan sedikit untuk melayani tetamu yang hadir. Malahan aku memerlukan pertahanan mental untuk menjawap soalan2 bonus seperti ini....

" Naper adik lelakinya yang kahwin dulu?"

Doakanlah semoga aku tabah dan tenang pada hari tu....InsyaAllah...

betweenus-danisha : Excited nak dapat adik ipar ...