Wednesday, April 25, 2007

LANGKAWI TRIP

Assalamualaikum

Dah lama rasanya aku tak menulis kat dalam blog ni. Ramai yang tanya bila aku nak update dengan cerita baru. Bukannya apa, macam malas nak menulis kat sini. No idealah……Ada masa tu aku rasa macam nak close terus blog ni…… Kenapa?? Aku saja yang tahu……OK biarlah aku dengan rasa aku yang ntah apa2 tu. Ada cerita dan kenangan best aku nak kongsi dengan kengkawan aku kat sini. Ada yang boleh agakkan apa topiknya?

Hari tu tanggal 13 Apr 2007 aku dan 9 orang kengkawan aku bercuti de Pulau Lagenda. Dah Seminggu lebih berlalu, tapi kenangan tu akan terus aku ingati sampai bila-bila. Kiranya gambar yang dah ditapis asyik diulang tayang dalam screen saver aku. Bila terpandang je gambar-gambar tu aku mesti tersenyum sendiri. Teringat dengan aksi dan telatah masing.

13 April 2007
Aku dan Supir boring gak tunggu yang lain-lain kat jetty Kuala Kedah. Kiranya dah dua kali aku masuk toilet betulkan celak mata aku supaya lebih hitam. Maklum nak kelihatan garang bila korang sampai nanti. Sejam aku tunggu tau…. Bengang ni…Sapa punya angkara ni hah….

Tapi bila korang sampai rasa macam riuh aje. Hilang rasa geram. Tapi orang pertama yang aku cari Hafiz sebab nak tengok macamana orangnya, asyik dengar nama dan cerita tentang orangnya aje. First impression, wah comel, cute, manis dan ramah orangnya. Senyum aje. Sesuai…….

Bila dah settle bab ticket, kami lepak dekat ruang menunggu, lambat pulak ferry nak sampai. Tapi sesi fotogafi mula memeriahkan suasana. Biasalah semuakan gila kamera. Tapi sempat aku dengan apa Ajib kata. Gigit ajib… Dia kata kat supir…..Eja senyum je dengar. Alah aku bukan marah pun tapi dalam hati aku berdebar sangat sebab takut Supir tak pandai menyesuaikan diri dalam kelompok kita.

Naik ferry semua bising. Ada yang pening, panas, mengantuk, dan excited. Tapi ramai yang berkumpul di dek atas, ambil angin dan tak lupa juga ambil gambar. Tinggalkan ayub dan Supir kat bawah. Saja aku biarkan dua orang tu berkenalan lebih rapat. Heheheh…..

Sampai lebih kurang jam 2 ptg. Bila Zul sampai, kami terus bertolak ke hotel untuk check in. Pendekkan cerita lepas check in hotel, kami makan tengahari di sekitar kawasan. Riuh kedai makan tu. Ada sesi usik-mengusik dan curi buah laici ( Aku n Supir) Tapi waktu tu hanya tuhan je yang tahu perasaan aku bila nampak supir positif dengan kita dan penerimaan kengkawan semua. LUV U ALL.Terselit juga sesi fotografi, ramaila yang posing sambil makan. Sesi perbincangan tentang destinasi seterusnya menjadi kan suasana lebih riuh. Banyak tempat nak pergi ni, macam tak sempat lah.

Dari satu destinasi kami singgah. Yang penting singgah sekejap pun jadilah untuk ambil gambar. Best sangat waktu tu. Pendekkan kami terus ke cable car ( Langkawi Geopark ). Dua group terpisah dekat sini. Maklumlah satu cable car cuma max 6 orang saja. Dekat group aku riuh juga walaupun kengkadang sunyi bila semua macam gayat saja. Tapi aku paling suka dengan Ajib yang konon-kononnya wartwan dari NASIONAL GEOGRAFIC. Comellah….
Dekat atas jambatan tu aku gayat gila, menggeletar kaki tau. Tapi bukan aku sorang je tau, Eta pun sama. Kami jalan sambil melayan wartawan NASIONAL GEOGRAFIC yang asyik merakam gambar kami. Maklumlah 5 jelitawan berkumpul. Ada plak sesi pelancong dari pelbagai negara, riuh jadinya. Ada yang kaku, sporting dan speechless…..Aku suka pelancong dari Thailand…..

Naik balik kami kena mendaki bukit untuk ke cable car semula. Utk XURA….go,go chaiyo……
Then kami singgah ke Pantai Pasir Hitam dan Tanjung Rhu. Banyaklah aksi-aksi menarik kat situ. Tapi aku kelakar dengan Zul bila dia tolak Hafiz masa dia nak posing tangkap gambar dengan Eja… Naughty jugak budak Zul ni yek…….

Malam lepas makan dengan aktiviti masing. Ramai yang sembang –sembang dekat tepi pantai, tapi ada juga yang jadi Michael the second…..Wuaaaaaaaa. Boyfriend aku plak tu….

14 April 2007
Esok pagi kami mandi pantai. Then Supir volunteer untuk ditanam dalam pasir. Kami pun kerjakan dia. Adalah pulak benda lucah nak ditambah. Biasa kerja Dayng ler…. Tapi yang lain pun take part dan seronok melayan.
Kami check out dan terus ke Makam Mahsuri dan beberapa tempat menarik dan shopping dekat Kuah… Ayub n Ajib shopping gilar……
Tapi sorrylah masa tu aku dah tired gilar. Dalam kepenatan masing kami terus pulang ke Jetty untuk pulang dan meninggal Dataran Helang… Heheh kesian Ajib…. Biasalah bila kejar masa masing-masing terlupa tapi aku sebenarnya ingat cuma tak terluahlah…. SORRY YEK…

Kita semua berpisah di Restoran Laksa Telok Kechai sebelum Xura antar aku n Supir balik……

Sebenarnya kalau aku nak imbas semua memang panjang berjela jadi aku harap korang sisipkan comment dan saat manis kita nanti yek…… Please….

Danisha-betweenus: Harap tahun depan kita ada trip lagi tapi yang paling kelakar Supir volunteer kat aku nak jadi ENCIK PENGANJUR …… Jangan tak percaya tau…..