Tuesday, September 9, 2008

HIJAB SANG PENCINTA


Pernah sekali aku bercerita tentang novel ni dalam post pada tahun 2006…..
Tak sangka akhirnya sequel terakhir muncul jugak…
jenuh aku menunggu kemunculan HIJAB SANG PENCINTA ni…
tapi rasanya bukan aku sorang jer kot,
beribu lagi peminat setia Ramlee Awang Murshid yang asyik menghitung hari..
semuanya asyik berdebar-debar apa agaknya terjadi pada LAKSAMANA SUNAN dan HARYANI…..

Aku pun dah tak sabar lagi nih nak dapatkan novel ni…
Baru tahu dua hari lepas jer sebenarnya…
Petang ni baru nak ke kedai buku…
Harap-harap ada la noh….
InsyaAllah……



Danisha-betweenus : Jarang postkan cerita-cerita terbaru kat sini…rindulah plak…kira okay la ni kot….

Wednesday, August 13, 2008

PAGI ITU ........

Pagi itu aku dan Xr. berjaga sehingga jam 2.30 pagi.
Lama tak berjumpa membuatkan banyak hal yang nak diceritakan…..

Lebih kurang jam 2.55 pagi, aku terjaga bila terdengar bunyi dentuman kuat lebih kurang 6 kali….
Aku kemudiannya tidur kembali bila merasa bunyi itu hanya khayalan dan mungkin juga aku hanya bermimpi…
Lagipun Xr. nyenyak saja tidurnya….

5 minit kemudian, aku dikejutkan kembali dengan bunyi orang membeli salam..
Jantungku berdegup kencang bila suara lelaki itu semakin dekat dan disusuli dengan bunyi pintu pagar dibuka…
Pantas Xr yang lena di sebelah ku kejutkan…
Bunyi salam lelaki tadi di sambut oleh housemateku ( Mak Cik ) yang tidur di bilik sebelah…

Mendengar makcik yang beristifar berkali-kali membuatkan aku bertambah bimbang….
Aku hanya memandang wajah Xr yang masih kebingungan….
Mak Cik kemudiannya keluar mendapatkan aku dan Xr….

Rupa-rupanya lelaki itu adalah jiran sebelah kami yang ingin memberitahu kereta kepunyaan Kak Ln yang juga teman serumahku baru sahaja di pecahkan…
MakCik bergegas ke bilik Kak Ln manakala aku dan Xr pantas mencapai kunci dan terus keluar untuk melihat keadaan kereta Iswara sambil ditemani jiran tadi….

Aku lebih takut bila melihatkan keadaan kereta yang baru dipecahkan….
Semua cermin teruk di kerjakan kecuali cermin sisi kanan…
Malah lampu belakang juga rosak di ketuk…
Lebih menakutkan lagi tiada kecurian yang dilakukan….

Kerana bimbangkan keselamatan kami, laporan polis hanya dilakukan keesokkan harinya.




Sebenar 3 minggu sebelum itu, sebuah MYVi yang baru dibeli sebulan, tiba –tiba terbakar pada pukul 3.30 pagi…..
Dan kereta itu juga berpakir di tempat yang sama dengan Iswara tadi….
Laporan dari perodua sudah di terima dan laporan itu mensyaki ia juga perbuatan khianat manusia…..
hmnmmm....
Hati masih bimbang bila menduga niat sebenar si PENYANGAK...
Motif mereka benar-benar samar....

danisha-betweenus : aku memang respect gila dengan Kak Ln yang cool dan tenang sesangat bila mengetahui kejadian itu....

Sunday, July 6, 2008

PARADISE VACATION

Percutian singkat itu berjalan dengan lancar. Walaupun cuma dua hari satu malam, ternyata percutian itu benar-benar menyeronokkan. Terima kasih sekali lagi buat Cik Azura, pemegang takhta sebagai CIK PENGANJUR selama 3 tahun berturut-turut. Tak lupa juga buat semua ajk-ajk yang masing-masing menjalankan tugas dengan jayanya. Kita semualah tu. Yeyey ….Tepuk tangan untuk diri sendiri…..

Buat semua;- Xura, Eja, Hafiz, Mad, Kun, Ayob Dasavatharam, Zul, Eita, Azma, Supir, Dayang dan our newcomer Belon, thank you so much for the very very very fantastic vacation dan muahhhhhh…..muahhhh…muahhhhh….enjoy tahan gaban nih…

Buat our bro, Ajib. We’re really miss you. Supir nyaris-nyaris tak nak joint sebab tokan besar dia tak da. No one bring the card maaaa……
May be our next vacation kita semua akan bergabung kembali. Mungkin ada orang baru jugakkan….InsyaAllah.

Melencong sekejap – Cannot wait for Kun dan Ayob to introduce their ‘Orang Baru’ jugak…makin ramai la family kita nanti ya…..

Sedikit review ‘PARADISE VACATION’
* Rasanya 2 minggu sebelum tu semua pun excited gilar. Masing-masing pun asyik meeting, telefon dan sms. Lebih excited lagi, kali ni semua pun ada tugas masing-masing. Sejujurnya aku dan supir memang blur gilar, tak tahu apa nak beli sebagai cenderamata buat semua. Kalau boleh kami nak contribute souviner yang paling best dan meninggalkan kenangan buat semua. Diharapkan hadiah tak seberapa itu memuaskan hati semua yer….

* Scene LEMAS masa kat kolam renang lawak sesangat. Sorry la Eja. Tetiba je rasa penat berenang dan ter ‘stop’. Lepaih tu tak leh berenang dah. Memang rasa macam nak lemas. Cuak gak… Alih-alih tak ada apa-apapun sebab kaki masih menjejak lantai…hehehe..bikin gempak jerkan? Perasan muka Eja yang terkejut dan gelabah gilar…SORRY…;-)

* First game – tuju badan memang best terutama bila Mad main tipu dan muka Dasavatharam yang tak puas hati. Tak lupa juga scene Hafez yang lari sambil tuju bola tapi tak nak mengaku salah. Mengaku jerlah Encik Hafez ooi..Sah-sah videocam Azma sudah merakamkan segala-galanya.
Tak lupa juga aksi dan saat-saat genting kami menumpaskan satu-satunya pihak lawan yang tinggal. Menjerit-menjerit Azma sambil berlari kencang. Aku teruja dan lebih semangat lagi mengejar. Syok ooooo...dan akhirnya kami berjaya….

* Second game – Masa main bola tampar scene yang tak leh lupa bila Kun dengan beraninya smash Eja dengan tepat sebanyak 2 kali. Depan Hafiz lak tu…..Bagaimanapun aksi tu tetiba macam scene citer hindi lak bila Hafiz menyambut Eja dari belakang….hihihi..Romantiknya…
Rugi Dayang tak sempat rakamkan dalam videocam….

* Malam tu kita makan malam ala western gitu. Sedap ooo….Ada sandwich, spaghetti, dan salad. Cayalah AJK makanan. Buat Zul dan Xura yang baru sampai jauh dari KL, tabik gila dalam kepenatan korang masih riuh dan melayani semua orang. Banyak jer cerita yang nak disampaikan…..

* Malam tu kita ada third game. Lelaki vs perempuan. Macam-macam telatah dan aksi yang mencuit hati. Semua pun asyik nak mengenakan pihak lawan ajer. Ada bluehyppo, kungfu panda, perempuan melayu terakhir, siput babi dan macam-macam lagi termasuk Dasavatharam…Tapi ayob, aku memang tak puas hati ni….Hang sorang jer yang tengok citer tu kat wayang….Mana boleh masuk list.Tapi takpalah, macamanapun perempuan yang menang…GIRLS POWER…

* Keesokkannya kita turun semula ke kolam renang dan pantai. Kesian Kun sebab terkena obor-obor. Walaupun skit jer tapi aku dapat bayangkan kesakitannya. Pengalaman beb. Sakit gilar tau.
Dan kita juga sempat rakamkan foto-foto kenangan sblm berkemas.

* Kita mengakhiri vacation kita dengan penyampaian hadiah di hotel. Kalaulah boleh tambah sehari lagi kan best?
Kita kemudiannya berpisah di Kapitan, Gurney. “nasi beriyani melani ayam satu”….hehehehe

Biasalah sebenarnya banyak lagi yang boleh aku tulis tapi terpaksa memilih yang penting-penting jer. Kalau tak alamatnya berjela-jela panjangnya. Jadi kepada semua kengkawan dan bloggers semua, jangan lupa selitkan skit komen yer…

Melencong lagi - -Kalaulah ada perjumpaan bloggers2. Gempak juga nih….

Tak sabar menunggu our next vacation. Pulau Perhentian atau Melaka? Ada yang nak ke Bandung juga. Tak kisahlah sebab kita akan memulakan kutipan bulanan bermula pada bulan Julai nih yang dipertanggungjawapkan kepada BENDAHARI kita tak lain dan tak bukan Encik DASAVATHARAM kita…..AYOB……hehhehehe

betweenus-danisha : buat Xura, Eja, Azma, dan Eta yang akan ke Serawak pada bulan Julai nanti jangan lupa beli souviner untuk kami tau….Gambar tak yah tangkap banyak-banyak sebab aku takda…dengki nih sebab tak dapat joint…Selamat pergi dan balik tau….

Thursday, June 19, 2008

SENYUM

Salam,
Lama plak tak menulis apa2 kat sini kan?……
Sorrylah..Kepala agak blank akhir-akhir ni….
Jangankan gusi, kiranya idea pun dah kering kontang ni….
So kali ni aku sajikan satu cerita yang mampu membuatkan aku tersenyum sorang2…..
Gilakah aku?.....

Aku dirisik seseorang baru-baru ni. Hahahaa… Malu lah plak kan?.....
Yang bestnya aku langsung tak mengenali siapakah gerangan jejaka itu.
Hanya yang ku tahu, dia seorang lelaki yang bekerja berdekatan dengan pejabatku…
Dan secara kebetulan dia juga mengenali pak cikku…
Jodoh kah itu? Huhu…

Pulang ke kampung emak bertanyakan ku soalan tu….
Tersipu-sipu aku malu….
Hmnnnn…Boleh percaya aku tersipu-sipu?
Tak der lah….Konon jer…hehehehe…..
Sebenarnya aku dan kakakku bantai gelak sampai guling-guling bila tahu ada orang yang dalam diam meminatiku….
Aku yang comot ni pun ada orang berkenan….

Kalau menurut orang tua, diam itu tanda setuju….
Tapi apa agaknya nenekku akan cakap kalau dia tahu gelagat cucunya sekarang ni?...
Pengsan agaknya..
Tidakpun mesti biru jer lenganku dicubit nenek….

Emak pula hanya tersenyum melihat reaksiku…
Sudah dapat diagak katanya….

“ Agaknya dia kesian sebab tengok hang dah tua tapi tak disunting orang lagi,” kakakku seronok mengutuk dan menambah yang mana patut…Memang kurang asam betul…
Ingat aku koro sangat ker…

Aku tersenyum manis memandang wajah emak. Manisnyaaaaaaaaaa…
Kakakku pulak masih lagi tersengih. Menunggu peluang untuk mencelah la tu…

“Bukan tak sudi tapi mak kan tahu anak mak ni dah ada pilihan hati sendiri,” bila keadaan agak terkawal aku langsung memberikan keputusanku.

Macam tak cover langsung aku ni kan…..
Emak menggangguk tanda faham.
Malah katanya dia hanya memenuhi syarat untuk menyampaikan pesanan dari pak cik ku.
Amanah katanya…..
Kalau tak disampaikan berdosa….

Tapi yang apa yang membuatkan aku SENYUM sampai sekarang : -
Rupanya lelaki itu lebih muda dariku dan….
dia pula beranggapan aku baru berumur 23 tahun…
hampehnya pak cik aku pun tak tau usia sebenarku….hehehe

Awet muda ni….

Kalau difikirkan kesian lelaki itu kan….
Doa ku, semoga dia bertemu jodoh dengan gadis yang sesuai dan lebih yang baik… InsyaAllah…

Danisha-betweenus : Rasanya hampir semua gadis yang sebaya denganku pernah mengalami pengalaman ini. Mungkin ada yang tersenyum sorang-sorang jugak bila terbaca kan?….Teringat kisah sendiri kot…..

Sunday, May 11, 2008

JET LI AGAIN

Hi,

At last tengok jugak The FOBIDDEN KINGDOM. Pada aku cerita ni memang best sesangat. Tak rugi tengok .Bila dah tengok Jet Li dalam filem ni, terajinlah plak cari pasal dia kat dalam internet. Ntah apa-apakan? Macam bebudaklah plak...
Di sebabkan dah penah masuk gambar Jet Li dalam post lepas, jadi kali ni upload plak gambar Nina li, isteri kesayangan Jet Li....Manalah tau ada yang belum tengokkan....


Sedikit mengenai Nina Li.
*One of famous actress pada era 80s & early 90s.
* Pernah berlakon dengan Chow Yun Fatt, Jackie, Sammo Hung
* Miss Asia in 1986
* Digelar "Marilyn of the East" kerana 'aset' dan keseksiannya.....

danisha-betweenus : Cantik memang cantik tapi macam terlalu ketaralah perubahan pada wajahnya kalau berbanding dengan dulu.....

Wednesday, April 23, 2008

SELAMAT HARI LAHIR, MAMA

Kotak kecil itu ku renung. Kertas biru bunga keemasan kelihatan begitu kemas dan cantik membalutinya. Malahan riben setebal 1 inci yang juga berwarna keemasan menjadikannya lebih menarik. Sekeping kad kecil siap ditulis dan digamkan di bahagian atas hadiah kecil itu. Kotak itu ku capai. Kad tadi kubuka dan kubacakan buat entah kali yang keberapa.
“ Selamat Hari Lahir, Mama?”
Bergetar bibirku membaca kembali ayat itu. Airmataku yang bergenang di tubir mata cuba kutahan. Namun ingatanku terus mengingati mama. Rasa rindu menjengah walaupun baru dua hari lepas aku bersamanya. Mungkin juga kerana ketika ini kami sedang berkongsi satu rasa yang sama. Rasa perit dan kecewa………

Mama seorang ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak dengan sepenuh kudratnya. Mama bukan wanita berkerjaya atau seseorang yang berpelajaran tinggi tapi beliau seorang wanita yang mempunyai berbagai kebolehan serta sanggup melakukan apa sahaja untuk membesarkan kami.

Kesian mama. Hidupnya penuh dugaan. Sudah adat ibu tunggal, mama sering menjadi mangsa manusia-manusia dengki, hikporit, dan manusia yang pandai mengambil kesempatan. Sudahlah hidup dengan penuh dugaan, tidak adakah sekelumit rasa kasihan di hati mereka untuknya.

Usai bersembahyang, aku selalu ternampak mama menangis di hujung doanya. Memohon semoga Yang Esa memberikannya kesihatan yang baik, kekuatan kudrat dan hati serta ketabahan untuk mencari rezeki dan membesarkan kami. Alhamdullilah mama berjaya membesarkan kami berenam. Malah hidupnya juga lebih senang berbanding dulu. Walaupun sudah berusia tapi mama sentiasa ceria terutamanya dengan kehadiran 4 orang cucunya. Namun sehingga kini mama masih mahu berkerja. Tanggungjawap masih besar, katanya. Malah kudratnya masih kuat…mama oh mama

Tapi hari itu aku ternampak lagi mama berdoa lama di atas sejadah. Lama mama menahan sendunya. Airmatanya turun lebat membasahi telekung. Namun mulutnya tak henti berzikir. Kemudian dia mencapai kitab Allah. Mungkin dia ingin mencari sedikit ketenangan dan kekuatan untuk jiwanya yang kian parah. …

Rupanya berita itu sudah sampai ke telinganya. Tangisnya benar2 menyentuh kalbu. Kekecewaannya tidak dapat digambarkan. Tidak pernah aku lihat mama sebegitu. Dia bagaikan sudah tersungkur. Aku sendiri buntu untuk memujuk hati mama. Kalau aku sendiri pening dan kecewa, apatah lagi mama yang membesarkannya.

Ibu mana yang tidak berleter, ibu mana yang hanya akan berdiam diri seandai anaknya melakukan kesalahan, ibu mana yang akan membiarkan anaknya hidup menderita. Seorang ibu sanggup menggalas segunung bebanpun demi melihat anaknya bahagia. Entah disalah erti atau dipandang ringan. Kita kadang – kadang lupa diri, leka dan tega melihat dia bersusah kerana kita juga tak sesenang mana. Kita leka bergembira ketika dia berendam air mata. Kita tega mengecewakan dirinya daripada kita hidup tersiksa.
Kadang-kadang kita juga lupa, bahagia kita takkan kemana tanpa restu darinya.
Esok. Rabu 23 April hari lahir mama. Dengan keadaan mama sekarang, aku tahu hadiah kecil itu tak bisa mengubat hati mama. Namun aku mahu mama tahu, hadiah kecil itu tanda mama masih punya aku untuk menceriakan hari-harinya. Mama ada aku untuk menyayanginya Mama ada aku yang akan sentiasa bersamanya untuk melenyapkan hari-hari deritanya. Mama ada aku untuk berkongsi cerita suka duka hari-harinya.. dan mama sentiasa ada aku sampai bila-bila….. I REALLY LUV U, MAMA.........

Danisha-betweenus : Aku juga tahu dia benar sayangkan mama, cuma keadaan memaksa dirinya untuk membuat keputusan itu. Pesanku semoga dia dapat berfikir dengan lebih jelas dan matang. Percayalah tanpa restu ibu, keputusan itu akan memakan dirinya kelak. Berfikirlah mengikut naluri seorang ibu kerana dia juga seorang daripadanya……..

***********

Monday, April 21, 2008

CONGKAK


Aku ni penakut pait….hehehhe
Tapikan…ada hatilah pulakkan……nak tengok cerita CONGKAKkan……
Jadi tanpa mengira segala rintangan, cubaan dan halangan, aku pun meneruskan niat suciku untuk membantu industri filem Malaysia…cewahhhhh..

Terima kasih buat si dia yang dipaksa dan terpaksa melayan kemahuan aku, adik lelakiku yang pau aku pada hari tu dan dua temanku yang sama2 bergabung tenaga denganku untuk meng’horror’kan lagi suasana di dalam pawagam…

Kalau Pocket cakap dia bagi 8/10 bintang untuk FORBIDDEN KINGDOM, aku bagi 6/10 untuk CONGKAK. Okayla tukan?

Pada aku untuk sebuah filem yang bergenre seram, filem ini berjaya mencapai matlamatnya. Meremang juga bulu roma aku ni. Yelah, kalau nak dibandingkan dengan cerita2 dari seberang seperti Kuntilanak, Terowongan Casablanka, Hantu Jeruk Purut, CONGKAK ternyata lebih menyengat.

Tapikan di akhir citer CONGKAK agak spoil skitlah. Apa taknya, aku yang menjerit takut masa tu bleh plak tetiba bertukar ketawa gelihati. Aksi bomoh (M.Rajoli) melawan opah tu dah macam cerita power rangers melawan raksasa jahat plak….alahai..

Walaupun cerita ni masih belum dapat menandingi Jangan Pandang Belakang, aku gerenti tidurku pasti berteman sepanjang minggu ni…Padan muka aku dan orang kena teman aku nanti.

Betweenus-danisha : Di permulaan cerita, di mana ada sorang antu makcik yang sedang tunggu anaknya dan memberi arah jalan pada Riezman tu, kalau korang perasanlah kan? Makcik punya misai lebat la pulok….hahahaha

Sunday, April 13, 2008

SAKIT BELAKANG

Bangun je pagi ni, bahagian leher dan belakang ku terasa sakit dan sengal. Mungkin semalam posisi tidurku yang terlalu 18sg. Mimpi apa ? Tidaklah aku ingat plak…

Di office aku mula berasa kurang selesa. Hendak menundukkan kepala aje aku menderita, inikan pula nak bergerak ke sana-sini.
Ketika mengambil ko yok di peti kecemasan, suasana mula riuh dengan gurauan dan usikan teman-teman. Tak kurang juga yang memberikan petua-petua agar sakit berkurangan.

Tapi ada satu petua yang benar-benar menarik perhatian ku.
Petuanya supaya bantal yang digunakan untuk melapik kepala aku semalam dijemur di tengah panas. Menurutnya lagi aku akan merasa lebih baik dan selesa nanti.

Berkerut muka ku mendengarnya. Ye ke? Macam pelik je!!!!!!!

“Itulah,orang muda sekarang. Petua orang tua bukannya mahu percaya langsung,” Kak Ct agak terkilan bila terperasan mimik mukaku yang pelik dan ketawaku yang ditahan-tahan…

‘Ops, sorry,” mohonku menyesal.

Namun jujurku kata katakan, petua tu kelihatan agak mengarut sikit. Boleh percaya ke kesan aura panas jemuran pada bantal akan mengurangkan sakit dan sengal?

Entahlah, aku sendiri tidak tahu. Mungkin juga betul, mungkin juga tidak. Mungkin suatu hari nanti aku mesti cuba petua ni untuk kesahihannya. Tapi terpaksalah tunggu aku sakit belakang dan leher semula.

Apapun orang dulu memang banyak petua yang pelik dan sukar dipercayai tapi kesannya amat mujarab. Maklumlah mereka hidup bersandarkan petua turun temurun serta berbekalkan pengalaman hidup berbanding kita yang hidup dalam keadaan yang serba canggih dan moden.

danisha-betweenus : Tetiba aku terfikir.... Apa pula akan terjadi sekiranya aku meletakkan bantal tersebut di bawah air cond atau dalam peti ais? Hmmmnnn……

Sunday, March 16, 2008

ANAK BIAWAK


Waktu tu aku sedang menyenduk nasi,
maklumlah jam dah menunjukkan pukul 3 ptg
tapi sebiji nasi pun belum lagi aku jamah ,
lapar tahap gaban ni....

Terdengar bunyi seakan-akan cakaran dari arah pintu dapur,
Cepat aku mengalihkan pandangan,
Fikiranku mungkin kucing terbuang yang kian berlambak,
Ah lantaklah… Perut ni mesti diisi…

Tetiba jer mata ku menangkap kelibat anak biawak,
Laju jer binatang 2 alam tu menyusup ke rak pinggan di dapur,
Habis senduk aku lemparkan sambil berlari ke ruang tamu,
Pinggan nasi pun entah di mana aku campak,

Lebih kurang 2 minit kemudian, aku bergerak semula ke dapur,
Bermodalkan camca dan garpu aku cuba kejutkan biawak tersebut,
Lebih kurang 10 balingan ke pelbagai sudut dapur,
Namun usaha aku yang tak berfaedah dan ntah apa2 tu memang sia2,
Kemudian aku cuba meninjau di bawah-bawah kabinet dapur,
Macam berani sangatkan?
ushar dari jauh jer sebenarnya...hihihi

Apa ni meniarap kat dapur?” Sergahan adik lelakiku hampir membuatkan jantungku berhenti berdegup..
Ayam betul....Hampir jer pelempang naik ke mukanya…Dah la tengah ketaq gila ni…
Dah tu seronok pula dia ketawakan aku…ceh
Bila adik aku dah balik cepat jer aku bergerak ke depan,
Sambil berdiri di atas kerusi aku tinjau jer aksi-aksi adik aku dari jauh,

Anak biawak tersebut masih belum dijumpai walaupun habis satu umah dipunggah.
Hairan lak ke mana lak bintang ni lari dan bersembunyi,
Mungkin dah kuar kot... Agaknya la....

Apapun yang pasti lepas tu kaki aku memang mengigil,
Aku tak pasti samada sebab aku lapar sangat atau takut gila?.....
rasanya sebab TAKUT kot…heheheh

Danisha-betweenus : Aku beroda semoga biawak tu dah kuar dah tak hingin nak masuk balik....Amin....

Tuesday, February 19, 2008

BISAKAH

Bisakah yang benci disayangi,
Bisakah yang dusta dimaafi,
Walauku himpunkan sesalku,
Bisakah terbuka kalbu.
( Petikan lirik BISAKAH – Siti Nurhaliza )

Kengkadang memaafkan seorang musuh lebih mudah dari memaafkan teman, keluarga, atau orang tersayang.

Beberapa teman dan keluarga terdekat pernah bertanyakan soalan ini pada aku…

BISAKAH?????.....

Pada ketika itu aku lebih suka berdiam atau menjawap seringkas mungkin. Bukan hipokrit tapi banyak hati perlu dijaga.Mungkin nanti jawapan aku akan mengguris mana-mana pihak atau menimbulkan lebih banyak persoalan lain. Jadi ini luahan hati sebenar aku…..

Aku bukan orang yang rumit jadi untuk memaafkan seseorang adalah perkara mudah bagi aku. Teori aku senang saja, kalau aku sendiri kadang-kadang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan kenapa nak harapkan yang sebaliknya?
Jadi bila terjadinya beberapa perkara yang menyakitkan hati, aku suka meletakkan diri aku di tempat orang yang melakukan kesilapan.

Mungkin kesilapan itu tidak disengajakan atau terjadi tanpa kerelaan hatinya juga.
Mungkin kesilapan itu dilakukan secara sengaja tapi dia benar-benar menyesal.
Mungkin dia acapkali mengulangi masalah ini tapi dia begitu menyesal dan tidak mahu mengulanginya.
Banyak kemungkinan dan kebarangkalian yang aku fikirkan supaya perkara ini dapat diselesaikan dan lebih banyak hati lain tidak terguris.

JAWAPAN AKU sbnrnya:-
Semua perkara BISA diatur. Namun setiap perbuatan atau kesalahan ada akibatnya.
Samada kita mahu atau tidak, kita perlu menanggung dan bertanggungjawap atas perbuatan sendiri.
Malah dalam banyak perkara yang terjadi, jujurku katakan tiada dendam yang disimpan di hati cuma kenangan pahit itu aku jadikan pertahanan diri supaya ia tidak lagi melukai aku dan orang-orang yang aku sayangi.
Kemaafan tidak semestikan bermaksud perkara atau hubungan akan kembali seperti asal. Mungkin juga boleh menjadi lebih baik sekiranya ia mengikut jalan yang betul dan akan menjadi sebaliknya seandaikan perkara lama berulang.

Kedang-kadang kita tidak memerlukan kemaafan, cuma buktikan dan tunjukkan samada kita betul-betul menyesali perbuatan kita,
dan kemaafan itu akan menyusul dengan sendirinya....

danisha-betweenus : So kengkawan semua BISAKAH?

Thursday, February 14, 2008

LAYAN JET LI



Sebenarnya aku blank giler skrg ni.

Idea nak memblog ada, tapi malas tahap gaban nak mengeluarkan idea dan menulis.

Tapi pocket kata " Balun jer. Taruk jer gambar apa-apa pun kat blog...."
So aku pun uploadkan gambar Jetli kat sini.
Naper?
Aku pun tak tau....
Tapi mungkin sebab aku ada tertengok Jet Li kat 8TV masa Chinese New Year aritu.
Kebetulan plak aku ni antara peminat dia.....

Apa2 pun layan jer lah......


betweenus-danisha : Teringin nak tengok Stephen Chow @ CJ7, tapi takda sapa nak layan....geram nih

Monday, January 28, 2008

AJL 2008

Dari pagi kehangatan AJL 2008 mula terasa. Dekat office ni riuh betul. Macam2 yang dinantikan termasuk kemunculan Dato' Siti Nurhaliza dengan image barunya.....
Petangnya sebelum balik, masing dengan pilihan sendiri. Seperti tahun lepas aku dan beberapa orang teman rapat mula ber 'SMS'.

Review AJL 2008
Aku frust gila sebab aku rasa Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta pasti lebih hebat dengan persembahan dari penyanyi asalnya, Faizal Tahir....Dia nyanyi slalu over with feel skit. Tu baru ler layan kan?

Persembahan Siti biasa ajer dengan vokal yang agak kurang menyerlah..

Gabungan vokal Jac & Lah memang meremang bulu roma betul. Outstanding gilar....

Mawi goyang skit jer, ramai betul yang histeria. Tapi kiut lah jugak persembahan diakan....Tapi kalau Mawi ada, boleh teka sapa yang nak menang melalui undian sms nikan?.....

Aku langsung tak expect Extranged akan menang... Dan tetiba plak ramai yang terperasan drummer Estranged kiut sesangat termasuk aku....hahahahha

Aku langsung tak berpuas hati dengan cameraman AJL kali ni. Gambar dia amik ntah apa2. Jauh dan penonton kat rumah selalu ketinggalan part best2 kat sana.Gerammmmmm.....

Antara 4 pengacara semalam hanya Faizal Ismail yang spontan dan menyerlah. Yang lainnya agak kaku dan memboringkan....

danisha-betweenus : Apapun enjoy gak tengok AJL semalam dan susah nak teka sapa yang menang. Mak cik konpius.......

Wednesday, January 23, 2008

GENTING HIGHLAND

Assalammualaikum,

Seronok berbual dengan Warna Diri mengenai trip ke Genting Highland kami 2 minggu lepas. Kiranya sume gambar2 kenangan asyik berulang tayang di screen saver. Seronok menyaksikan gelagat masing-masing. Kepada 4 ahli baru Mat, Kun, Aida dan Azma-Welcome to the Club......

Sebenar trip ni boleh dikirakan sebagai last minutes punya planning sebab secara asalnya kami sume ingin ke Pulau Perhentian dulu. Al maklum ler, budgetnya kurang mengizinkan jadi trip Pulau Perhentian di tunda sehingga diberitahu kelak.

Sedikit review trip ke Genting Highland.
Kalau dulu excited nak tengok Hafiz, kali ni excited nak Aida. Yelah....majoriti dah jumpa. First impresion. Really sporting n happening. Patutla orang sayang...heheheh

Sume pun nak main sesama dan walaupun penat nak tunggu tapi best sebenarnya. Supir memeningkan kepala aku dan Azma masa dalam cawan tu....

Sikit2 nak bergambar. Otainya mestilah Dayang. Sume kamera pun dia conquers.

Paling best masa kita naik kapal tu. Itulah gelakkan amoi tu lagi...rasakan. Baru tahu perasaan Amoi tukan?.....heheh

Malamnya kita berpecah pada beberapa kumpulan kerana faktor cuaca yang tak mengizinkan kita melakukan aktiviti seperti yang dirancangkan. So sorry sebab tak dapat joint korang sume malam tu walaupun kita dah plan lama. Next time okay...

sedikit jer review nikan? So kalau boleh korang tambah lah yer.......

betweenus-danisha : Eja akan membentangkan quotation ke Tioman & aku plak untuk Pulau Perhentian. Perbentangan akan dilakukan pada Chinese New Year ni. Any suggestion kita jumpa nanti.

Friday, January 11, 2008

SMILE, PLEASE!!!!!!!!

Senyum itu penawar duka kan?

Ketawa?.......

Entahla. Rasa macam sama saja kan.
Aku suka melihat orang disekeliling aku sentiasa senyum, ketawa dan ceria.
Pada aku, sehebat mana pun dugaan dan kesedihan yang aku hadapi,
senyuman dan keceriaan adalah penyuntik semangat aku.
Hikpokrit ke tu?

Kata orang kalau sedih, sebaiknya kita menangis.
Jadi semua kesedihan itu boleh dilepaskan.....
Pendapat aku?
Nak pikir kejap......

Ikut pada seseoranglah kan?
Pada aku tak salah kalau menangis,
tapi kalau selalu sangat akan membebankan kepala jer,
sakit kepala tau kalau asyik menangis,
Setuju tak?

Jadi bila aku sedih dan mental aku suka positif,
Senyum, ketawa dan ceria,
Jadi otak aku akan terus ligat,
Mencari idea dan sumber untuk aku terus tabah,
Jadi tak hairan la kalau baru jer mood nak nangis tetiba je aku leh ketawa,
Jadilah aku orang sakit jiwa......heheheheh

Reason sebenar aku tulis pasal ini cause aku nak someone kat luar tu berhenti menangis,
dan menghadapi realiti kehidupan. Melihat dia menangis sebenarnya menyebabkan kepala aku turut mental.....Come on. Go go chaiyo.......

Dear,
Always smile.Don't lose confidence, & don't give up
It completely natural to encounter problems,
Whatever they are, others have gone through them before.

betweenus-danisha : Kalau nangis mata aku mesti jadi kecil macam mashimaro....Sebab tu tak suka nangis.

Wednesday, January 2, 2008

SETAHUN SEKALI

Ada gak yang sambut 4 tahun sekali
2 tahun sekali
setahun sekali
dan ada gak yang sekalipun tak pernah sambut
Kesiankan......

So aku rasa bertuah sesangat,
Ada yang berjabat tangan,
berkirim sms walaupun dekat,
yang jauh pun ramai yang ingat...
Thanks .......

Jadi sempena hari baru & tahun baru ini,
Mcm2 aku nak buat,
Nak improve diri, kerjaya & capai matlamat,
Nak lebih matang, tenang tp menyengat,
InsyaAllah..

So untuk AKU SENDIRI..........
@%^&#**^$($)_$*9)$**%$*@#&$

* Hanya aku yang faham....heheheheheh

danisha-betweenus : Aku suka sms yang ini. Walaupun ramai yang send sana sini, tapi aku suka jugak...

Carry a heart that never hates
Carry a smile that never fades
Carry a touch that never hurt
And ALWAYS carry a relationship that never breaks