Wednesday, August 13, 2008

PAGI ITU ........

Pagi itu aku dan Xr. berjaga sehingga jam 2.30 pagi.
Lama tak berjumpa membuatkan banyak hal yang nak diceritakan…..

Lebih kurang jam 2.55 pagi, aku terjaga bila terdengar bunyi dentuman kuat lebih kurang 6 kali….
Aku kemudiannya tidur kembali bila merasa bunyi itu hanya khayalan dan mungkin juga aku hanya bermimpi…
Lagipun Xr. nyenyak saja tidurnya….

5 minit kemudian, aku dikejutkan kembali dengan bunyi orang membeli salam..
Jantungku berdegup kencang bila suara lelaki itu semakin dekat dan disusuli dengan bunyi pintu pagar dibuka…
Pantas Xr yang lena di sebelah ku kejutkan…
Bunyi salam lelaki tadi di sambut oleh housemateku ( Mak Cik ) yang tidur di bilik sebelah…

Mendengar makcik yang beristifar berkali-kali membuatkan aku bertambah bimbang….
Aku hanya memandang wajah Xr yang masih kebingungan….
Mak Cik kemudiannya keluar mendapatkan aku dan Xr….

Rupa-rupanya lelaki itu adalah jiran sebelah kami yang ingin memberitahu kereta kepunyaan Kak Ln yang juga teman serumahku baru sahaja di pecahkan…
MakCik bergegas ke bilik Kak Ln manakala aku dan Xr pantas mencapai kunci dan terus keluar untuk melihat keadaan kereta Iswara sambil ditemani jiran tadi….

Aku lebih takut bila melihatkan keadaan kereta yang baru dipecahkan….
Semua cermin teruk di kerjakan kecuali cermin sisi kanan…
Malah lampu belakang juga rosak di ketuk…
Lebih menakutkan lagi tiada kecurian yang dilakukan….

Kerana bimbangkan keselamatan kami, laporan polis hanya dilakukan keesokkan harinya.




Sebenar 3 minggu sebelum itu, sebuah MYVi yang baru dibeli sebulan, tiba –tiba terbakar pada pukul 3.30 pagi…..
Dan kereta itu juga berpakir di tempat yang sama dengan Iswara tadi….
Laporan dari perodua sudah di terima dan laporan itu mensyaki ia juga perbuatan khianat manusia…..
hmnmmm....
Hati masih bimbang bila menduga niat sebenar si PENYANGAK...
Motif mereka benar-benar samar....

danisha-betweenus : aku memang respect gila dengan Kak Ln yang cool dan tenang sesangat bila mengetahui kejadian itu....

8 comments:

Warna Diri & Ayu said...

aziah...horror nyer baca the latest post aziah hari nie!! N ngeri sgt tgk gambar-gambar tu, semua tingkap pecah!! Tapi yg hairan nya...takde pula barang yg kena curi!! Macam ada unsur sabotaj atau ugut je nie!!!!

Aziah lepas nie kena lebih berhati2x k!!! Takut2x nnt dia ada niat nak cendera kan org pulak...lepas dia "cenderakan" keta myvi dgn iswara tu!!

Harap polis cepat2x dapat tangkap si penjahat tu!! So aman ler skit!!!

butaseni said...

aiyo yo!huhuhu

puteri cahaya said...

danisha, blog puteri dah tukar add.. http://astanarelaku.blogspot.com

Tangani masalah dengan tenang, 1 perkara yg sukar, tp cubalah...sure kita akn dapati betapa indahnya nikmat tenang..

hal keta tu, elok lah hati2.. yerk..!! salam

Pocket said...

peh aziah!!
diorang belasah sampai gitu skali!!
nak kater korang parking kat tpt yg bernombor tak pun parking orang ker haper... paham la jgak kan,
tp simply vandalisme kut,
'eh bosan la malam ni tak der benda nak wat..'
'hummm.. kita gi pecahkan cermin keter jom nak!!?'
'jom..'
dan gitu lah ...tak guna nyer orang ..huh!

13may said...

mak aii...takkan pasai tempat parking kot???

ryann said...

motif apa ye...sampai begitu sekali.

take care, girl.

tegezoot said...

wo!!!

Bunga Rampai said...

Wow, menggerunkan!

Salam Ramadhan, selamat berpuasa :)