Sunday, April 13, 2008

SAKIT BELAKANG

Bangun je pagi ni, bahagian leher dan belakang ku terasa sakit dan sengal. Mungkin semalam posisi tidurku yang terlalu 18sg. Mimpi apa ? Tidaklah aku ingat plak…

Di office aku mula berasa kurang selesa. Hendak menundukkan kepala aje aku menderita, inikan pula nak bergerak ke sana-sini.
Ketika mengambil ko yok di peti kecemasan, suasana mula riuh dengan gurauan dan usikan teman-teman. Tak kurang juga yang memberikan petua-petua agar sakit berkurangan.

Tapi ada satu petua yang benar-benar menarik perhatian ku.
Petuanya supaya bantal yang digunakan untuk melapik kepala aku semalam dijemur di tengah panas. Menurutnya lagi aku akan merasa lebih baik dan selesa nanti.

Berkerut muka ku mendengarnya. Ye ke? Macam pelik je!!!!!!!

“Itulah,orang muda sekarang. Petua orang tua bukannya mahu percaya langsung,” Kak Ct agak terkilan bila terperasan mimik mukaku yang pelik dan ketawaku yang ditahan-tahan…

‘Ops, sorry,” mohonku menyesal.

Namun jujurku kata katakan, petua tu kelihatan agak mengarut sikit. Boleh percaya ke kesan aura panas jemuran pada bantal akan mengurangkan sakit dan sengal?

Entahlah, aku sendiri tidak tahu. Mungkin juga betul, mungkin juga tidak. Mungkin suatu hari nanti aku mesti cuba petua ni untuk kesahihannya. Tapi terpaksalah tunggu aku sakit belakang dan leher semula.

Apapun orang dulu memang banyak petua yang pelik dan sukar dipercayai tapi kesannya amat mujarab. Maklumlah mereka hidup bersandarkan petua turun temurun serta berbekalkan pengalaman hidup berbanding kita yang hidup dalam keadaan yang serba canggih dan moden.

danisha-betweenus : Tetiba aku terfikir.... Apa pula akan terjadi sekiranya aku meletakkan bantal tersebut di bawah air cond atau dalam peti ais? Hmmmnnn……

7 comments:

muadzlife said...

heheheh
maybe dulu2 xde chiropractic..so rational nya most of pillow made from kekabu, bukan mcm skrg. dijemur akan menggemburkan lagi kekabu itew...
so lebih selesa..dan merehat seterusnya membetulkan urat tengkuk kita...:)

kut lar kan...

ryann said...

posisi tidur 18sg...hah hak. kelakar la danisha ni. tada control ayu le tu.

Pocket said...

basically beli lah bantal yang menyelesakan tengkuk sendiri...
eheh

tp bantal sampai 60 inggit pun tak betul jgak kan...alaaahhh.. bantal yang ado postur tak postur tuu...

Super Nia Hana said...

petua arwah mak watashi la...sebelum tido kita karate bantal tu kuat2
aahhahaah

Anonymous said...

pterua org tua ni..byk yg salah tafsir.. sbenarnya byk bnda yg t'sirat dlm petua diorg yg diorg s'diri x tau. contoh la...contoh jer, bkn nak pndai2..

penyapu x blh nak p tala kat org, nnt bawa sial..
t'siratnya, kurang sopan, penyapu tu kan kotor..

pantang tu sebenarnya timbul sbb nak nasihat dgn cara t'sirat..org dlu2uuuu..

sblum tdo, tepuk bantal tu dlu, tkut2 ada makhluk Allah yg lain guna masa kita tnggal kn tmpat tdo tu.

Hazir.Haron said...

letak bawah aircond atau dalam peti ais???best gak tu...cuba la buat...kalau best kasitau aku yer...bleh aku buat gak! kekeke...

Warna Diri said...

aziah, eja tak pernah experience lagi sakit belakang macam tu, macam horror jer!!! Why not aziah cari tips-tips untuk elak perkara macam tu berlaku lagi,n publish kat blog, ilmu yg berguna tu...hihihi...at least for me and for u..ahaks :)