Sushi Daging Ala Melayu
Ingredients :
300 gram daging dicincang halus
3 biji limau nipis
RM 1 Kerisik
RM 0.50 santan
BAHAN A - DIKISAR
1/ 4 Lengkuas
1 batang Serai
Cabai melaka ( kuantiti ikut selera korang ler )
Sesudu lada hitam
Daging yang dicincang dicampurkan dengan bahan2 A dan digaul. Masukkan sedikit perahan limau nipis. Bahan digaul dan ia dibiarkan sebentar selama 2 minit sebelum dicampurkan pula dengan kerisik dan santan. Gaulkan dan hidangkan….Simple kan????
Sebenarnya nama melayu yang atuk dan wan aku bagitau aritu ialah KERABU DAGING tapi disebabkan aku yang kreatif lagi internasional ni, aku namakannya SHUSHI DAGING ALA MELAYU atau nama inggerisnya MALAY MEAT SHUSHI. Tak tahu ler kalau di translate ke bahasa Jepun apa plak namanya? Apapun diharapkan ‘shushi’ ini dapat menembusi pasaran antarabangsa. Cewahhhhhh…..
Rasanya ramai yang pernah cuba ‘sushi’ ni tapi aku baru jer try minggu lepas masa aku menziarahi wan dan atuk aku di Kuala Nerang, Kedah. Biasalah orang dulu pandai memasak dan banyak lauk pauk yang kita jarang makan. Masa aku makan hari tu ada gak KERABU BEKA yang tak kurang hebatnya.
Selamat Mencuba….
Danisha-betweenus : Apapun makanan tanpa dimasak ni kurang baik untuk kesihatan. Jadi pandai-pandai ler bawa diri kalau korang sakit perut selepas mencuba resepi aku nih….huhuhuhu.
4 comments:
Hummmm...
Malay Meat Sushi...?
cuba namakan beef sushi :D
cam besh sket hehehehe....
anyway... makanan mentah never is good for your health... better cooked. but i cant deny that sushi is sooooo sedap. tak leh makan tetiap ari la tapi kan ... makan sushi lg yok... remember last time we ate sushi?
Uh! kerabu.....
iye iye aku ingat sushi daging camna tadi...
hahha hahha
daging tu masak dulu tak?ahakss..walaupun saya suka giler sushi..tp memilih gak..ahaksss..apapun..nnt saya cuba k
Pocket - Okay gak nama Beef Shushi tu...Agak nama Jepunnyer apa ekkkk? Mesti ingat punya. Sumer yg awak saran kan saya bedal...HEHEH
13may - Pernah makan ker?
hana-ni-mo-nai - Daging tu tak dimasak langsung. try tengok....
Post a Comment