Monday, March 19, 2007

pendapat aku

Assalammualaikum,
Semalam penat aku berdebat dengan kawan aku yang sorang ni. Masing-masing mempertahankan statement sendiri. Aku tahu aku statement aku tu bukan betul sangat. Alah dia pun sama.....Hehehe. Cuma masing2 tak mau mengalah....
Apa pendapat yang lain?........
Orang tua kita slalu kata kalau masa makan tak elok bercakap atau berbual. Apatah lagi kalau nak ketawa kuat-kuat. Tak sopan dik oiiii? Hmmmmm....
Nak dijadikan cerita aku bawa kawan aku ni dan dia terkejut beruk bila aku bawa dia joint family aku makan tengahari. Melihat kami yang berbual dan ketawa masa makan rasa pelik katanya, sebab dalam family dia tak macam tu. Silap haribulan telinga dia kena piat.
Kurang sopan ke? Bukannya kami ketawa kuat-kuat. Adab masih dijaga. Makanan dalam mulut dah habis dikunyah sebelum bercakap, takut tersemburlah pulakkan...
Terus aku keluarkan statement aku. Entah betul atau tak tapi ini sekadar pendapat dari aku.
Makan sekeluarga digalakkan dalam islam sebab ia boleh mengeratkan tali silaturahim. Betulkan? Tapi sekarang ni dah ramai sangat yang kurang mengamalkan cara ni. Kalau ada pun lepas makan je terus dengan aktiviti masing. Yang perempuan tu sibuk mengemas dan aktiviti di dapur, manakala yang lelaki pula ada yang merokok, baca paper dan ramai juga terus keluar lepak dengan kengkawan atau terus main komputer games kat dalam bilik. Jadi kesimpulannya waktu makan nilah mereka berbual-bual dan bertanya khabar dan bertukar cerita. Janji janganlah sampai tersembur makanan atau ketawa sampai tersedak. Pendek kata adab dan tatasusila tetap dijaga.
Hmmmnnnnn......TATA
Danisha-betweenus : Kalau time makan kat rumah aku mesti riuh-rendah. Andaikata waktu tu sunyi sepi aje mesti ada yang tak kena. Pelik aku........

2 comments:

Warna Diri said...

Wah, bestnya aziah dah post new issue :).

K, back to the topic..."Makan Sambil Bercakap". Kalau nak ikutkan tradisional way, memanglah orang akan kata tak sopan makan sambil bercakap. Adab makan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW pun menyuruh kita kurang berbicara ketika sedang makan, tidak mengeluarkan suara keras ketika mengunyah makanan kerana hal itu mengganggu orang lain, disamping terdapat beberapa adab2x yang lain (maklumat lanjut, sila rujuk www.islamhouse.com).

Tapi kalau nak diikutkan, aku pun kadang2x makan sambil bercakap. Seperti apa yang aku tulis tadi, kita diminta kurang berbicara, mean kita still boleh bercakap masa makan, cuma berpada-padalah masa nak bercakap, tidak keterlaluan. Tentang suara keras, aku pun tak pasti tentang tu, mungkin ia merujuk suara yang sedang marah ataupun ketawa dengan kuat.

Tapi, bila bercakap masa makan + ketawa bila time makan ramai2x...memang meriah, especially time makan dengan family dan juga kawan2x. Tapi apa2xpun, yang penting jangan keterlaluan. Ok...c ya :)

Pocket said...

umph.. memang meriah kalau makan ngan aziah's fem... pasal bonda nyer yg ramah n aziah's fem yg memang besh...
pendapat kita plak kan... lain pado mase dinner ... bilo lg nak sembang?
'so how was your day?'
'so how was paris?'
'so how was the new work?'
miss the dinner time with my fems :)