Tuesday, May 29, 2007

KENANGAN

Assalammualaikum,

Hallooooooooooooooo……

Seperti biasa tiap-tiap pagi on da way pi kerja aku akan putarkan radio ExpressFm. Biasalah, aku malas nak dengar celoteh penyampai2 radio yang menyemakkan minda. Express ni selalunya penuh dengan lagu je tiap2 tiap pagi. Takdalah boring kan…….Cuma kengkadang tu layan ler jugak radio lain. Itupun kalu topik tu menarik.

Familiar dengan satu lagu aku kuatkan volume radio. Satu lagi lama yang diberi nafas baru. Penyanyi baru tu aku tak kenal tapi mungkin sebuah kumpulan HIP HOP tapi lagu lama tu pernah dipopularkan oleh AMAN SHAH. Kalau tak salah aku tajuk tu ‘adik menari’…..

20 tahun dulu lagu tu antara favourite ayah aku, kakak2 dan aku sendiri. Jangankan kami tiga beradik, kalau ayah aku dengar lagu ni dia pun turut menari sekali….. layan kerenah anak-anak barangkali….Tapi kadang2 tu adik ayah aku yang bongsu pun join sekali.. Sambil tertonggek-tonggek menari. terkekek – kekek aku ketawa, Seronok betul masa tu Dahlah aku ni comel…….hehhehehe……. Kalau aku sekarang berjumpa dengan aku dulu mesti aku cubit pipi budak comel tu (aku ler jugak ).

Bestnya ingat kenangan tu. Betapa riang dan seronoknya kami. Dulu ayah aku memang sporting gila. Sekarang pun sporting jugak tapi kalaulah dia ternampak aku tertonggek-tonggek dan terkinja-kinta macam dulu, alamatnya aku kena ketuk dengan batang kayu…

Danisha-betweenus : Kadang-kadang satu2 lagu tu memang meninggal kenangan buat kita ingat sampai bila.....Pahit atau manis itu tetap kenangankan????

2 comments:

Warna Diri said...

Setiap lagu, ada memory value yang tersendiri bagi setiap orang. Dan kadang-kadang, hanya kerana lagu yang kita dengar samaada secara sengaja atau tidak, membuatkan kita terkenangkan kisah-kisah silam...yang mungkin pahit...yang mungkin manis. Apapun itu semua kenangan kan, kenangan yang membuatkan hidup kita lebih bererti untuk meniti hari-hari yang seterusnya :)

Pocket said...

hooh kan...
lagu memang ado kesan..
kekadang lagu tu punya la ado
kesan, we'll just stop for a
sec just to listen to the
song played to reminisce the
memory...