Thursday, May 17, 2007

PHUKET

Assalammualaikum,

Halloooo,......
Lama tak tulis blog ni, rindulah plak......Sibuklah sekarang.....Sibuk berjalan sebenarnya......Duit pun dah habis ni.Camne?....

Seminggu lepas trip enjoy dengan kengkawan kat Pulau Langkawi, aku pergi Phuket, Thailand plak. Bestlah gak.....

Company trip tahun ni aku bawa mak aku sekali. Memang niat nak bawa dia jalan-jalan makan angin luar dari Malaysia ni.Alhamdullilah tercapai gak hasrat aku ni......

Pada aku, Phuket ni tak sesuailah untuk orang veteren macam mak aku. Nasib baik mak aku ni sporting. Jadi dia tak de lah terkejut sangat. Apa taknya kalau setakat nak tengok tiger show tu lepak je kat tepi jalan. Bersepah perempuan dan bapuk menari kat tiang besi. Tapi aku layan gak. Hehehe.......

Aktiviti kat sana padat sangatlah. Semuanya dah diaturkan oleh travel agency. Yang geramnya aktiviti pantai takde sebab majority tak nak mandi..... Apapun hari ketiga aku gunakan 2 jam sebelum ke FANTASI SHOW untuk mandi pantai. Rugi rasanya pergi Phuket tak mandi pantai.......Memang tak menyesal aku pergi sebab pantai Phuket best giler.......Tapi aku n the gang kena marah kerana menyebabkan bas kena tunggu 10 minit sebab kami terleka mandi pantai dan lambat bersiap........

Tak banyak yang aku tulis. Masa suntuk sekarang ni. Lunch hour dah nak habis lah......
TApi kalau pergi Phuket, rugi kalau tak tengok FANTASI SHOW, melawat JAMES BOND ISLAND, PANJI ISLAND, GEMS FACTORY.

Aku teringin nak pergi Pulau Perhentian la........

2 comments:

Pocket said...

Pulau perhentian tu kat mano yek?
Duk dengar dari dulu... cam besh
jeee...
wah!! gi phuket...
tak der photo ker?
Bila lagi dia nak wat fotopages:)
heh

Warna Diri said...

K nnt kita semua plan pegi pulau perhentian plak. Best....best...best!!! ( tapi banyaknye kita punya plan. Nak gi gentinglah, sabahlah, hatnyai lah. Camne tu? :)