Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT BERPUASA

Assalammualaikum….
Firstly tahniah pada pasukan bola sepak Kedah kerana berjaya mengondoli PIALA MALAYSIA…..Yahooooo. Pada penyokong-penyokong Perak jangan kecewakan ya…Apapun kita tetap rakyat Malaysia…MALAYSIAKU GEMILANG…Hehehehe

Kita begitu menghampiri bulan ramadhankan? So Selamat Berpuasa diucapkan. Semoga kita dapat keberkatan daripadanya.

Sempena menyambut bulan Ramadhan, kami sekeluarga mengadakan sidikit kenduri doa selamat. Kata mak dia inginkan sedikit kelainan pada tahun ini. Niatnya ingin menjemput pelajar-pelajar sekolah menengah cacat penglihatan yang berhampiran. Menurutnya pelajar2 ini terlalu istimewa dan benar2 mencuri perhatiannya dengan kebolehan mereka. Kami pula tiada bantahan dan menurut sahaja.

Jadi sebaik sahaja tamat office hour pada petang Khamis aku terus bertolak pulang ke kampung. Walaupun tak dapat menolong mak memasak , aku tetap ingin tiba awal. Boleh juga menolong apa yang patut.

Tak ramai lagi yang datang ketika aku sampai. Cuma jiran2 terdekat sahaja. Setelah menyalin pakaian yang sesuai aku terus ke ceruk dapur. Menghidangkan bihun sup ke dalam pinggan. Lebih kurang jam 9.15 malam pelajar2 ini tiba dengan menaiki van. Itupun dengan 2 kali trip.
Riuh jadinya rumah aku ketika itu dipenuhi hampir 50 orang pelajar.Mereka memulakan bacaan dan aku pula sibuk didapur dibantu teman2 rapat.Terima kasih buat mereka.

Namun ketika bacaan doa, aku ke depan seketika. Terpegun aku mendengar bacaan doa dari adik yang berbaju melayu keemasan dan berkopiah putih. Sedap dan mendayu bacaan doanya. Dan mak pula meminta dia membaca beberapa surah yang lain sementara menunggu kami habis menghidangkan makanan. Dan bebarapa pelajar lain juga turut mengambil bahagian… Sungguh….Terasa kerdil benar diri aku pada masa tu…..

Sessi jamuan bertambah meriah dengan gelagat mereka yang mencuit hati.
“Akak, nak tambah bihun lagi boleh?”
“ Mak cik, Nak air?”
“ Saya tak boleh makan daging,”
“ Nak air panas?”
“ Saya suka bihun sup ni. Sedaplah. Tambah lagi boleh?”

Macam2 kerenahkan? Tapi kami semuapun tak jemu melayan. Mereka semua sungguh gembira dan suka bila bermacam2 soalan yang ditanya dijawap. Dan ada juga beberapa pelajar yang asyik membuat jenaka spontan. Riuh sungguh dan aku pula suka betul…..

Mereka pulang dihantar oleh teman2 dengan menaiki 3 buah kereta. Namun ketika memasuki keretapun masih banyak soalan yang ditanya dan juga jenaka yang memenuhi masa terluang. Ceria betul hidup mereka.

Aku berterima kasih pada mak kerana memberikan peluang untuk aku mengenali mereka yang terlalu istimewa. Banyak yang aku dapat dan pelajari. Terima kasih, mak. LUV U SO MUCH

Betweenus-danisha : Buat pelajar2 tersebut, aku mendoakan semoga mereka lulus cemerlang dalam SPM yang akan datang. InsyaAllah…..





Sempat lagi snap gambar anak sedara lepas majlis selesai. Bolehler buat pengubat rindu.....

10 comments:

Sunan_Jati said...

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

== Mohon Maaf Lahir dan Bathin ==

MARHABAN YAA RAMADHAN

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
DENGAN OPTIMAL,
AAMIN.

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

danisha..!!!!!
mana pic kamu...saya mahu lihat kamu..mana kamuuuuu??

Danisha said...

sunan_jati : SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN"

hana-ni-mo-nai : Ala watashi. Saya ada tapi kat belakang kamera la.....Hehehe

InsyaAllah nanti ada masa yang sesuai dengan tajuk post kita, kita taruk gambar k.

Sunan_Jati said...

kata ajak kerumah..
mcm mana nak pi raya nanti...
:P

13may said...

selamat berpuasa...

jgn lupa pos kad raya kat aku :D

me3n said...

selamat berpuasa ;)

aku said...

selamt berpuasa.. :)

Danisha said...

sunan-jati : Mai ler. Nanti kita bagi addressnyaer. Ntah2 satu kampung tak?

13may : kad raya? bak addressnya tapi kalu nak senang. bak no telefon nak sms. Watashi cepat may nak kasi no pon ni....

ad3ck & aku : Selamat Berpuasa....

Hazir.Haron said...

Wahai tetamu Ramadhan,Untukmu Rahmat & Marghfiroh.
Airmata Taubat,dendangan Tadarus, Selimut Terawih dan berbantalkan Tahajud!!!
Moga mewarisi Jannah... Akhir Sekali selamat berpesta Ibadah!!!!!

13may said...

bila nak updet nih???

hahha