Monday, March 19, 2007

pendapat aku

Assalammualaikum,
Semalam penat aku berdebat dengan kawan aku yang sorang ni. Masing-masing mempertahankan statement sendiri. Aku tahu aku statement aku tu bukan betul sangat. Alah dia pun sama.....Hehehe. Cuma masing2 tak mau mengalah....
Apa pendapat yang lain?........
Orang tua kita slalu kata kalau masa makan tak elok bercakap atau berbual. Apatah lagi kalau nak ketawa kuat-kuat. Tak sopan dik oiiii? Hmmmmm....
Nak dijadikan cerita aku bawa kawan aku ni dan dia terkejut beruk bila aku bawa dia joint family aku makan tengahari. Melihat kami yang berbual dan ketawa masa makan rasa pelik katanya, sebab dalam family dia tak macam tu. Silap haribulan telinga dia kena piat.
Kurang sopan ke? Bukannya kami ketawa kuat-kuat. Adab masih dijaga. Makanan dalam mulut dah habis dikunyah sebelum bercakap, takut tersemburlah pulakkan...
Terus aku keluarkan statement aku. Entah betul atau tak tapi ini sekadar pendapat dari aku.
Makan sekeluarga digalakkan dalam islam sebab ia boleh mengeratkan tali silaturahim. Betulkan? Tapi sekarang ni dah ramai sangat yang kurang mengamalkan cara ni. Kalau ada pun lepas makan je terus dengan aktiviti masing. Yang perempuan tu sibuk mengemas dan aktiviti di dapur, manakala yang lelaki pula ada yang merokok, baca paper dan ramai juga terus keluar lepak dengan kengkawan atau terus main komputer games kat dalam bilik. Jadi kesimpulannya waktu makan nilah mereka berbual-bual dan bertanya khabar dan bertukar cerita. Janji janganlah sampai tersembur makanan atau ketawa sampai tersedak. Pendek kata adab dan tatasusila tetap dijaga.
Hmmmnnnnn......TATA
Danisha-betweenus : Kalau time makan kat rumah aku mesti riuh-rendah. Andaikata waktu tu sunyi sepi aje mesti ada yang tak kena. Pelik aku........

Wednesday, March 7, 2007

Cerita dan Novel

Assalammualaikum,

Kelmarin aku tercari-cari bahan bacaan utk mengisi masa lapang. Habis koleksi novel lama aku sepahkan. Tumpuan aku teralih pada novel hadiah harijadi dari kawan baik aku tahun lepas. Nyatanya sampai sekarang novel tu tak pernah aku habiskan. Penulisnya bukan calang-calang orang, tajuknya gah gila, covernya memang cantik habis tapi aku memang tak suka gila dengan endingnya. Hero hilang macam tu je. Macam tergantung plak endingnya. Kira sad endinglah.

Semalam masa aku tengok majalah rapi keluaran terbaru ada plak pasal kesinambungan novel ni. Balik je dari keje aku pun sepahkan kembali rak buku yang aku dahpun kemaskan hari tu. Novel tu aku amik dan letak kat tilam aku. Kiranya aku ni ada niat la nak baca balik novel ni sampai habis supaya bila aku beli kesinambunagn cerita ni taklah aku terpinga-pinga dan tak ketahuan punca. Hilang arah kata kawan aku....

Pagi ini, aku masih tak sambung baca novel tu sebab aku terfikir pulak macamana kalau second novel tu pun tak seperti yang aku harapkan. Endingnya tetap sama, sad ending. Confirm nanti spoil mood aku giler.Hmmnnn...... Macamana ekkkkk...

Lumrah manusiakan kita mesti nak perjalanan hidup kita sentiasa smooth dan happy ending walaupun tak selalunya macam tu. Macamana aku harap setiap cerita yang aku baca tu best macam tu juga aku harap hidup aku dan orang-orang yang aku sayang sentiasa best dan gembira.

danisha-betweenus: best - tak semesti perjalanan tu sentiasa gembira dan manis saja. Boring pulak kan? Tak dapat nak elak lah kalau ada yang sedikit masam, masin dan pahit. Baru sedap dan cukup rasa tu. Semoga semua sentiasa tabah k dan semoga aku beli juga novel tu. Kalau tak bestpun at least bertambah gak koleksi novel aku..... heheheh...