Wednesday, April 23, 2008

SELAMAT HARI LAHIR, MAMA

Kotak kecil itu ku renung. Kertas biru bunga keemasan kelihatan begitu kemas dan cantik membalutinya. Malahan riben setebal 1 inci yang juga berwarna keemasan menjadikannya lebih menarik. Sekeping kad kecil siap ditulis dan digamkan di bahagian atas hadiah kecil itu. Kotak itu ku capai. Kad tadi kubuka dan kubacakan buat entah kali yang keberapa.
“ Selamat Hari Lahir, Mama?”
Bergetar bibirku membaca kembali ayat itu. Airmataku yang bergenang di tubir mata cuba kutahan. Namun ingatanku terus mengingati mama. Rasa rindu menjengah walaupun baru dua hari lepas aku bersamanya. Mungkin juga kerana ketika ini kami sedang berkongsi satu rasa yang sama. Rasa perit dan kecewa………

Mama seorang ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak dengan sepenuh kudratnya. Mama bukan wanita berkerjaya atau seseorang yang berpelajaran tinggi tapi beliau seorang wanita yang mempunyai berbagai kebolehan serta sanggup melakukan apa sahaja untuk membesarkan kami.

Kesian mama. Hidupnya penuh dugaan. Sudah adat ibu tunggal, mama sering menjadi mangsa manusia-manusia dengki, hikporit, dan manusia yang pandai mengambil kesempatan. Sudahlah hidup dengan penuh dugaan, tidak adakah sekelumit rasa kasihan di hati mereka untuknya.

Usai bersembahyang, aku selalu ternampak mama menangis di hujung doanya. Memohon semoga Yang Esa memberikannya kesihatan yang baik, kekuatan kudrat dan hati serta ketabahan untuk mencari rezeki dan membesarkan kami. Alhamdullilah mama berjaya membesarkan kami berenam. Malah hidupnya juga lebih senang berbanding dulu. Walaupun sudah berusia tapi mama sentiasa ceria terutamanya dengan kehadiran 4 orang cucunya. Namun sehingga kini mama masih mahu berkerja. Tanggungjawap masih besar, katanya. Malah kudratnya masih kuat…mama oh mama

Tapi hari itu aku ternampak lagi mama berdoa lama di atas sejadah. Lama mama menahan sendunya. Airmatanya turun lebat membasahi telekung. Namun mulutnya tak henti berzikir. Kemudian dia mencapai kitab Allah. Mungkin dia ingin mencari sedikit ketenangan dan kekuatan untuk jiwanya yang kian parah. …

Rupanya berita itu sudah sampai ke telinganya. Tangisnya benar2 menyentuh kalbu. Kekecewaannya tidak dapat digambarkan. Tidak pernah aku lihat mama sebegitu. Dia bagaikan sudah tersungkur. Aku sendiri buntu untuk memujuk hati mama. Kalau aku sendiri pening dan kecewa, apatah lagi mama yang membesarkannya.

Ibu mana yang tidak berleter, ibu mana yang hanya akan berdiam diri seandai anaknya melakukan kesalahan, ibu mana yang akan membiarkan anaknya hidup menderita. Seorang ibu sanggup menggalas segunung bebanpun demi melihat anaknya bahagia. Entah disalah erti atau dipandang ringan. Kita kadang – kadang lupa diri, leka dan tega melihat dia bersusah kerana kita juga tak sesenang mana. Kita leka bergembira ketika dia berendam air mata. Kita tega mengecewakan dirinya daripada kita hidup tersiksa.
Kadang-kadang kita juga lupa, bahagia kita takkan kemana tanpa restu darinya.
Esok. Rabu 23 April hari lahir mama. Dengan keadaan mama sekarang, aku tahu hadiah kecil itu tak bisa mengubat hati mama. Namun aku mahu mama tahu, hadiah kecil itu tanda mama masih punya aku untuk menceriakan hari-harinya. Mama ada aku untuk menyayanginya Mama ada aku yang akan sentiasa bersamanya untuk melenyapkan hari-hari deritanya. Mama ada aku untuk berkongsi cerita suka duka hari-harinya.. dan mama sentiasa ada aku sampai bila-bila….. I REALLY LUV U, MAMA.........

Danisha-betweenus : Aku juga tahu dia benar sayangkan mama, cuma keadaan memaksa dirinya untuk membuat keputusan itu. Pesanku semoga dia dapat berfikir dengan lebih jelas dan matang. Percayalah tanpa restu ibu, keputusan itu akan memakan dirinya kelak. Berfikirlah mengikut naluri seorang ibu kerana dia juga seorang daripadanya……..

***********

Monday, April 21, 2008

CONGKAK


Aku ni penakut pait….hehehhe
Tapikan…ada hatilah pulakkan……nak tengok cerita CONGKAKkan……
Jadi tanpa mengira segala rintangan, cubaan dan halangan, aku pun meneruskan niat suciku untuk membantu industri filem Malaysia…cewahhhhh..

Terima kasih buat si dia yang dipaksa dan terpaksa melayan kemahuan aku, adik lelakiku yang pau aku pada hari tu dan dua temanku yang sama2 bergabung tenaga denganku untuk meng’horror’kan lagi suasana di dalam pawagam…

Kalau Pocket cakap dia bagi 8/10 bintang untuk FORBIDDEN KINGDOM, aku bagi 6/10 untuk CONGKAK. Okayla tukan?

Pada aku untuk sebuah filem yang bergenre seram, filem ini berjaya mencapai matlamatnya. Meremang juga bulu roma aku ni. Yelah, kalau nak dibandingkan dengan cerita2 dari seberang seperti Kuntilanak, Terowongan Casablanka, Hantu Jeruk Purut, CONGKAK ternyata lebih menyengat.

Tapikan di akhir citer CONGKAK agak spoil skitlah. Apa taknya, aku yang menjerit takut masa tu bleh plak tetiba bertukar ketawa gelihati. Aksi bomoh (M.Rajoli) melawan opah tu dah macam cerita power rangers melawan raksasa jahat plak….alahai..

Walaupun cerita ni masih belum dapat menandingi Jangan Pandang Belakang, aku gerenti tidurku pasti berteman sepanjang minggu ni…Padan muka aku dan orang kena teman aku nanti.

Betweenus-danisha : Di permulaan cerita, di mana ada sorang antu makcik yang sedang tunggu anaknya dan memberi arah jalan pada Riezman tu, kalau korang perasanlah kan? Makcik punya misai lebat la pulok….hahahaha

Sunday, April 13, 2008

SAKIT BELAKANG

Bangun je pagi ni, bahagian leher dan belakang ku terasa sakit dan sengal. Mungkin semalam posisi tidurku yang terlalu 18sg. Mimpi apa ? Tidaklah aku ingat plak…

Di office aku mula berasa kurang selesa. Hendak menundukkan kepala aje aku menderita, inikan pula nak bergerak ke sana-sini.
Ketika mengambil ko yok di peti kecemasan, suasana mula riuh dengan gurauan dan usikan teman-teman. Tak kurang juga yang memberikan petua-petua agar sakit berkurangan.

Tapi ada satu petua yang benar-benar menarik perhatian ku.
Petuanya supaya bantal yang digunakan untuk melapik kepala aku semalam dijemur di tengah panas. Menurutnya lagi aku akan merasa lebih baik dan selesa nanti.

Berkerut muka ku mendengarnya. Ye ke? Macam pelik je!!!!!!!

“Itulah,orang muda sekarang. Petua orang tua bukannya mahu percaya langsung,” Kak Ct agak terkilan bila terperasan mimik mukaku yang pelik dan ketawaku yang ditahan-tahan…

‘Ops, sorry,” mohonku menyesal.

Namun jujurku kata katakan, petua tu kelihatan agak mengarut sikit. Boleh percaya ke kesan aura panas jemuran pada bantal akan mengurangkan sakit dan sengal?

Entahlah, aku sendiri tidak tahu. Mungkin juga betul, mungkin juga tidak. Mungkin suatu hari nanti aku mesti cuba petua ni untuk kesahihannya. Tapi terpaksalah tunggu aku sakit belakang dan leher semula.

Apapun orang dulu memang banyak petua yang pelik dan sukar dipercayai tapi kesannya amat mujarab. Maklumlah mereka hidup bersandarkan petua turun temurun serta berbekalkan pengalaman hidup berbanding kita yang hidup dalam keadaan yang serba canggih dan moden.

danisha-betweenus : Tetiba aku terfikir.... Apa pula akan terjadi sekiranya aku meletakkan bantal tersebut di bawah air cond atau dalam peti ais? Hmmmnnn……