Monday, October 1, 2007

ALHAMDULILLAH

Sejak 4 bulan lepas memang banyak dugaan yang aku hadapi. Dan boleh dikatakan ini adalah dugaan terbesar dalam hidup aku. Masalah ini benar2 menguji kredibiliti aku sebagai seorang anak, kakak dan sebagai seorang adik. Sebab tu ada antara post aku yang kelihatannya macam kurang arah sikit beberapa bulan ini. Hikhikhik.. Tengah serabutlah tu maknanya…

Dan di bulan yang mulia ini, semua masalah ini walaupun masih berada di peringkat permulaan, aku sudah menemui jalan dan cara yang betul untuk menyelesaikannya. Dan secara jujur dan ikhlasnya aku turut berniat ingin membantu mereka yang juga seperti aku ….

Di awal terjadinya masalah ini, kami sekeluarga dan seorang teman ditipu ribuan ringgit kerana sipolan berjanji ingin menyelesaikan masalah tersebut. Kesian mak. Dia yang terdesak hanya mampu menitiskan airmata. Lebih malang lagi masalah ini bertambah teruk. Kami semua benar2 buntu pada ketika itu. Dan korang pernah ingat FD ( orang yang aku blacklist tu ). Dia pula mengambil kesempatan dengan kepayahan keluarga sendiri dan lebih teruk lagi menakut-nakutkan mak yang sedia sedih.. JANGAN PERCAYA ORANG LAIN SELAIN DARI DIRI KITA SENDIRI…..

Aku mula bertanya dan buat research melalui internet. Alhamdullillah semenjak bekerja ni, banyak juga contact aku gunakan. Biarlah orang nak kata aku tak tahu malu, menyampah malah aku juga perasan pandangan beberapa orang teman yang terdengar mengenai masalah ini. Sedih juga bila ada teman yang seakan memandang serong pada kita. Bila terdesak macam ni baru kita perasan siapa kita pada teman2 dan siapa teman2 kita yang sebenar. Pada teman yang sentiasa mengambil berat terima kasih aku ucapkan. LUV U ALL….

Akhirnya berbekalkan kenalan seorang teman, minggu lepas aku telah berjumpa dengan seseorang yang mencari makan dengan masalah orang seperti aku. Dengan advice yang percuma dia menasihatkan aku cara-cara yang sepatutnya aku lakukan dan cara2 yang sepatutnya dilakukan since benda ni terjadi dulu. Dia turut memberikan beberapa contact number orang yang bertanggungjawap. Thanks a lot to MR. S…..

Alhamdullilah lega. Biarlah apapun pandangan orang kini dan aku kira aku di antara insan bertuah kerana kesan dari masalah ini, aku berpeluang berbakti pada keluarga aku dan mak aku menaruh kepercayaan pada aku. Dan untuk aku sendiri aku kira ini antara pengalaman paling berharga di dalam hidup aku. Keperitan tu kekadang bagus untuk kitakan?.....
Yang paling bagusnya aku kini lebih petah ketika berhadapan dengan FD sehinggakan dia menjadi geram kerana confident aku tu…hahahahha…Tula jangan mudah pandang rendah pada orang lain.

Untuk keluarga aku, Aku harap kita semua tabah dalam semua dugaan yang datang pada kita. Setiap yang terjadi tu pasti ada hikmahnya. Sebab itulah aku suka positifkan setiap benda yang berlaku pada diri aku supaya aku mampu tersenyum dan sekaligus ia menyuntik semangat untuk aku terus berjuang….GO..GO…chaiyo…

Betweenus-danisha : Juga jutaan terima kasih pada si dia yang terlalu memahami hingga sanggup korbankan sedikit masa, impian untuk memberikan ruang yang bukan sedikit pada aku…

4 comments:

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

alhamdulilah...
patutla jarang update
FD tu hape watashi tak fhm la..
bgtau la danisha
kalo ada masa...leh uopdate..
wat le byk2 skit..kempunan bukak page awk ni tajuk samaaaaaa je
ahakssss
sekian ceramah hari senin dr watashi

faridmw said...

salam...
salam ziarah blog dan selamat berpuasa....
bulan yang mengajar kita bersabar... jadi kena bersabar la selalu....
dan senyum selalu...

Danisha said...

hana-ni-mo-nai : FD tu singkatan nama bagi seseorang. Dia tu someone yang tersangatlah suka mengambil kesempatan pada orang, malas keja, tapi cakap besar....Geram nih...opsss bulan puasa nih...
Dah update baru ni watashi. Komen cepat....hehehe

Faridmw : Thank sebab ziarah blog nih. So i will add u as my friend if u dont mind.

Faridmw tengah sabar nih...InsyaAllah...

Warna Diri said...

aziah, suka sangat tengok aziah bersemangat waja menghadapi segala cabaran yang datang! Hidup takkan sunyi tanpa cabaran n masalah kan? Mahu tak mahu, kita kena hadapi semua tu, dan yang langkah yang paling baik, TANGANINYA DENGAN BIJAK + TENANG + TAWAKAL!!! Itu kuncinya :)