Tuesday, October 30, 2007

DIALEK

Lama post apa-apa kat sini. Nak guna alasan sibuk rasa macam boring jer korang sumer nak dengarkan? Tapi betul, aku memang sibuk....Walaubagaimanapun sebenarnya ada la jugak aku singgah dan ushar2 teman2 blogger....

Alkisahnya....
Kelmarin di office ni sibuk berbincang tentang jamuan makan untuk minggu depan. Macam2 menu yang berada dalam list. Kalau ikut selera tu macam nak pilih jer semua menu2 tu.....


Part 1
" Cheque customer tu Senayan baru boleh release ," beritahu KS tetiba. Terkeluar tajuk betul dia ni. Dah la tetiba jer muncul kat belakang aku....


Senayan? Berkerut dahi aku. Nak tanya nanti tobat kena gelak.


" Senayan tu hari apa? " soalku pada CO. Suara sengaja aku perlahankan, tak mahu yang lain terdengar.

" Kah...Kah...Kah, " Berderai ketawa CO. Lancar jer mulut dia mengulangi soalan aku.Ayam betul....Aku buat tak pot. Malas nak melayan kerenah sumer kat situ yang masih gelakkan aku.


Part 2
" Hampa makan cekak tak kalau kita tambah ketupat? " Aju KF. Adoi....Apa dia cakap plak ni.....

" Makan cekak kami tak tau, makan nasi kami tau, " balas aku spontan.
" Hang ni makan cekak pun tak tau? " KF masih ketawa. Aku buat bodoh jer.

Part 3
Balik umah sewa aku menceritakan kedua-dua trajedi tu pada bebudak umah aku.

" Orang pahang pun sebut makan cekak juga dan maksud dia pun sama," beritahu KL.
" Oh ye ke? " balasku yang juga berbaur soalan. Tak sangka pulak perkataan di KEdah ni sama dengan Di Pahang. Tu baru satu perkataan yang aku tau. Ntah2 banyak lagi kot.....hmnnmmmn.....

Kita ni banyak loghat, dialek dan bahasa negeri yang berbagai.Utara, Selatan, Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah, Sarawak...........Seronokkan bila tahu banyak bahasa ni sebenarnya. pada aku biarlah sesapa pun nak kutuk tapi aku belajar juga perkataan2 baru yang aku tak tahu.

betweenus-danisha : Masa belajar dulu aku suka dengar kawan aku dari Perak berbual.Walaupun tak betul sangat kengkadang aku pun joint cakap Perak sekali. Banggajadi rakyat Malaysia....

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hari masih keja lagi. Jadi sibuk skit nak settlekan keja sebelum nak bercuti raya.
So pada all bloggers aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Aku meyusun sepuluh jari seandainya ada terkasar bahasa, terlanjur kata, terkomen yang tak kena, tertulis yang mengguris semua, melawak yang tak sepatutnya dan semua kesilapan yang sengaja atau tak disengajakan...ampun yeeerr.....

Juga aku ucapkan selamat bercuti pada yang bercuti panjang. Hati-hati di jalan raya ok...
Yang bekerja di hari raya aku doakan semoga korang tabahkan hati. Buat jer office tu macam umah sendiri...boleh ke????..hehehhe

Aku akan memblogging semula pada tarikh yang aku juga tak tau bila...Kalau ada new posting tu jangan ler malu2 nak komen.
Dan juga jangan jemu2 menziarahi blog aku yer....

Luv u all & miss u

Thursday, October 4, 2007

OFFICE RAYA

Kepala berserabut dengan timbunan kerja yang mesti disettlekan sebelum raya.
Tensionnya….
Tak pa, keja biasalahkan…

Minggu lepas bos inform yang hujung minggu ni akan diadakan proses renovation dalam office.
Tak kisahpun….
Renovate ler.
Biar cantik jadinya office aku ni.

Datang ajer pagi ni, kena bertungkus-lumus mengeluarkan semua dokumen dan fail.
Lepas settle, semua cabinet dikeluar dan karpet pun dibuang.
Wah, berhabuk betul

Kabinet dan kotak fail diletakkan dekat dengan partition aku
Hilang betul mood aku nak buat kerja,”

Tetiba datang Kak F membawa kamera.
Dan…………
Jangan tak tahu dalam tension tu sempat lagi aku inter frame….
Heheheh…..

So skrg aku kena keja lebih masa.
Nak settlekan kerja yang tak terbuat.
Tak kisah juga sebab menyempat lagi aku bertenet menghantar post baru kat sini..

Nampaknya office aku pun sakan nak sambut raya tahun ni…..hikhikhik


Betweenus-danisha : So watashi this pic just for you. Nampak tak muka kita. Kira okay lerkan.

Wednesday, October 3, 2007

KISAH SEBELUM RAYA

Penat nor hari ini. Maklum ler dah nak raya kan, so sumer payment kena release. Tabah jer bila telefon asyik berdering bertanya soal bayaran....Helpppppppppppp.....

Tapi apapun pengubatnya duit bonus dah nak masuk. So taklah terasa sangat penat tu. Boleh buat belanja raya dan sedikit duit raya buat bebudak yang datang nanti. Tak lupa juga buat anak sedara ku yang comel2 dan busuk.....Tak sabar lak nak raya.

Persiapan raya simple gilar. Tak sempat nak buat pun. Sumernya ditempah, cuma ketupat jer mak aku nak buat. Aku ni tiap-tiap tahun pun sama. Mengemas dan menghias rumah adalah bahagian aku. Jadi karpet yang disimpan akan dikeluarkan plus langsir dan alas meja. Kejap jer nak mengemas ni sebenarnya. Yang lama tu nak membersih. Jujur aku katakan tahun aku keluarkan RM untuk upah Kak A membersihkan umah. Bukannya pemalas tapi aku tak sempatlah. Cuti betul2 sehari sebelum raya. Mana sempat beb...

Bab baju raya yang best ni. Disebabkan terlalu sibuk dengan macam2 hal aku malas nak berbaju baru tahun ni.Ingat nak bantai jer baju yang ada. ...

Alkisahnya mak aku ni pulak punya hobi yang suka benar melawat dan menziarahi Kamdar. Sejak awal tahun lepas asalkan ke pekan jer mesti singgah Kamdar. Jadi banyak ler pulak kain ela yang dibelinya. Dan kain tu disimpan di dalam bakul koleksinya. Baru2 nih bila aku balik kampung dia pun mengeluarkan koleksinya dan meminta aku memilih kain yang disukai. Fuuuuuyooooooooo...best nih. Tak payah pakai baju lama. Yeyeyeyeyeye ada baju baru..

Dan aku pula menziarahi kamdar semalam. Terikut plak perangai mak aku . Anak makkan? Apataknya rezekinya aku jumpa kain yang murah, berkualiti dan cantiklah pada citarasa aku...Tapi kain sari.....Belasah jer. Janji cantikkan.

Balik office kena kutuk pulak. Maklum ler sumer tengah pening nak raya. Aku dijadikan tempat melepaskan tension. Geram betul....Encik N ler yang punya keja.

" Bayang kan bila u balik BM nanti baju ni u buat baju kebaya, lepas tu jumpa India yang pakai kain sama tapi dia buat sari la.....," berdekah ketawa dalam bilik teknikal. Ayam betul, sabar jelah.....

" Tengok2 India tu dia jual maruku.........hahahha," sambut yang lain...
" Dan di hari raya Danisha n India maruku buat boria," tambah kecoh bilik tu sampai aku sendiri geram tadi turut sama ketawa...

Tak ambil hati pun sebenarnya. At least bleh gak release tension dengan bebanan kerja yang bertimbun ni.

betweenus-danisha : India maruku pun okay jer...Janji aku ada baju baru untuk raya.

Monday, October 1, 2007

ALHAMDULILLAH

Sejak 4 bulan lepas memang banyak dugaan yang aku hadapi. Dan boleh dikatakan ini adalah dugaan terbesar dalam hidup aku. Masalah ini benar2 menguji kredibiliti aku sebagai seorang anak, kakak dan sebagai seorang adik. Sebab tu ada antara post aku yang kelihatannya macam kurang arah sikit beberapa bulan ini. Hikhikhik.. Tengah serabutlah tu maknanya…

Dan di bulan yang mulia ini, semua masalah ini walaupun masih berada di peringkat permulaan, aku sudah menemui jalan dan cara yang betul untuk menyelesaikannya. Dan secara jujur dan ikhlasnya aku turut berniat ingin membantu mereka yang juga seperti aku ….

Di awal terjadinya masalah ini, kami sekeluarga dan seorang teman ditipu ribuan ringgit kerana sipolan berjanji ingin menyelesaikan masalah tersebut. Kesian mak. Dia yang terdesak hanya mampu menitiskan airmata. Lebih malang lagi masalah ini bertambah teruk. Kami semua benar2 buntu pada ketika itu. Dan korang pernah ingat FD ( orang yang aku blacklist tu ). Dia pula mengambil kesempatan dengan kepayahan keluarga sendiri dan lebih teruk lagi menakut-nakutkan mak yang sedia sedih.. JANGAN PERCAYA ORANG LAIN SELAIN DARI DIRI KITA SENDIRI…..

Aku mula bertanya dan buat research melalui internet. Alhamdullillah semenjak bekerja ni, banyak juga contact aku gunakan. Biarlah orang nak kata aku tak tahu malu, menyampah malah aku juga perasan pandangan beberapa orang teman yang terdengar mengenai masalah ini. Sedih juga bila ada teman yang seakan memandang serong pada kita. Bila terdesak macam ni baru kita perasan siapa kita pada teman2 dan siapa teman2 kita yang sebenar. Pada teman yang sentiasa mengambil berat terima kasih aku ucapkan. LUV U ALL….

Akhirnya berbekalkan kenalan seorang teman, minggu lepas aku telah berjumpa dengan seseorang yang mencari makan dengan masalah orang seperti aku. Dengan advice yang percuma dia menasihatkan aku cara-cara yang sepatutnya aku lakukan dan cara2 yang sepatutnya dilakukan since benda ni terjadi dulu. Dia turut memberikan beberapa contact number orang yang bertanggungjawap. Thanks a lot to MR. S…..

Alhamdullilah lega. Biarlah apapun pandangan orang kini dan aku kira aku di antara insan bertuah kerana kesan dari masalah ini, aku berpeluang berbakti pada keluarga aku dan mak aku menaruh kepercayaan pada aku. Dan untuk aku sendiri aku kira ini antara pengalaman paling berharga di dalam hidup aku. Keperitan tu kekadang bagus untuk kitakan?.....
Yang paling bagusnya aku kini lebih petah ketika berhadapan dengan FD sehinggakan dia menjadi geram kerana confident aku tu…hahahahha…Tula jangan mudah pandang rendah pada orang lain.

Untuk keluarga aku, Aku harap kita semua tabah dalam semua dugaan yang datang pada kita. Setiap yang terjadi tu pasti ada hikmahnya. Sebab itulah aku suka positifkan setiap benda yang berlaku pada diri aku supaya aku mampu tersenyum dan sekaligus ia menyuntik semangat untuk aku terus berjuang….GO..GO…chaiyo…

Betweenus-danisha : Juga jutaan terima kasih pada si dia yang terlalu memahami hingga sanggup korbankan sedikit masa, impian untuk memberikan ruang yang bukan sedikit pada aku…