Monday, November 26, 2007

SIBUK LAGI NANTI

Assalammualaikum,

Nampaknya aku akan kembali sibuk sampai hujung bulan December ni. Cuma dua jer sebabnya.

1 . Masa lapang aku akan dicuri untuk mempersiapkan sebuah majlis perkahwinan. Nak buat bunga telur, hantaran, gift, kad jemputan. Pening betul kepala aku bila memikirkan semua urusan perlu disiapkan dalam masa yang singkat. Majlis pernikahannya pada 20 December 2007, manakala tarikh persandingan pada 22 December 2007. Debaran dalam hati hanya tuhan jer yang tahu. HArap2 majlis ini nanti berjalan dengan lancar.InsyaAllah.....

2. Selain sibuk untuk menyiapkan semua benda di atas, aku juga harus menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Maklum ler pada hari tu nanti, aku memerlukan tenaga fizikal yang bukan sedikit untuk melayani tetamu yang hadir. Malahan aku memerlukan pertahanan mental untuk menjawap soalan2 bonus seperti ini....

" Naper adik lelakinya yang kahwin dulu?"

Doakanlah semoga aku tabah dan tenang pada hari tu....InsyaAllah...

betweenus-danisha : Excited nak dapat adik ipar ...

Tuesday, November 13, 2007

MYCOUSIN

Setelah 4 tahun berlalu, akhirnya aku berjumpa semula seorang sepupu. Dia yang hensem, macho, gentleman kononnya agak mencuri pandangan aku. Buat cuci mata jer nih …..ehehhehehe

Alkisah bila time balik, dia dengan sukarelanya menawarkan diri untuk menghantar aku balik ke rumah. Aku plak no hal jer, dah ada orang nak tolong, okay jer lahkan??????????.....

Setelah bersalam dengan mak sedara dan semua keluarga terdekat, aku pun mencapai 1 beg kampung, 1 beg make up dan handbag aku yang besar gedabak…..
Sepupu aku tu pulak, selamba jer dia jalan menuju ke kereta tanpa menolong aku menjijing mana-mana beg. Ceh…..Hampeh betul. Konon Mat Romeo tapi zero……ayam betul…bla..bla….bla

Walaupbagaimanapun muka aku maintain jer senyum walaupun dalam hati dok mengutuk gila. Tetiba jer bila aku sampai ke kereta, dia sedia menunggu dan membukakan pintu untuk aku. Semua beg yang aku jinjing tadi dicapainya dan diletakkan di dalam boot kereta. Hati yang menyumpah tadi automatiknya mula terpujuk dan terpaku seketika…..tapi 10 saat lepas tu aku aku mula terpikir….

Sanggup dia biar aku jalan membawa 3 beg sekali gus selama 5 minit, dengan jarak 50 meter tapi hanya menunjukkan kemachoannya dengan membuka pintu kereta dan masukkan beg dalam kereta….

Iskkkkhhhhhhh……..Memang hampeh……..

Betweenus-danisha : Apapun seronok dapat berjumpa dengan semua sepupu2 yang dah bertahun tak jumpa….Teringat zaman kanak2 dulu……

Sunday, November 4, 2007

DRUG & GENERATION

Assalammualaikum,

Hari tu muncul sekejap, lepas hilang balikkan?hehehehe.....Sorry yek.

Okaylah. Sebenarnya post ni aku nak post hari Khamis minggu lepas tapi tak sempatlah,so tertundala sampai hari ni....Walaupun macam dah basi skit, bolehlah yer.... kalau rasa sakit perut masuk toilet, idakpun pergi klinik yer.....pandai ler korang bawa diri...

Alkisah aku terbaca tajuk muka depan HARIAN METRO 1 November 2007.


Tajuknya "Hisap dadah depan anak" Oleh Wan Noriza Meor Idris.

Gambar seorang budak perempuan sedang duduk mencangkung melihat aktiviti mat gian benar-benar menyentuh perasaan. Kasihan benar melihat proses tumbesaran yang sebegitu. Itu baru satu kisah di sekitar Kuala Lumpur dan di kawasan terbuka yang kita dapat lihat. Bayangkan lebih banyak lagi kisah sebegini di Malaysia. Dan satu dari kisahnya aku pernah alami sendiri....Jangan salah sangka, bukan aku yang jadi minah gian tau.......


KISAH AKU

Aku mempunyai kenalan rapat yang sudah berkahwin dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 3 tahun setengah. Mereka ini diklasifikasikan dari golongan professional dan terpelajar. Suatu masa dulu aku kerap ke rumah mereka kerana kami bekerja di tempat yang sama. Namun apabila aku mula menyedari berlaku aktiviti yang kurang sihat di situ, aku mula menjauhkan diri.

Bayangkan rumah itu sering dikunjungi mat-mat ganja yang juga dari golongan professional. Pegawai bank, Technician, Supervisor, HR Manager sumer ada. Kedatangan mereka ini selalunya ditemani oleh anak dan isteri. Dan lebih sadis lagi aktiviti itu dilakukan sang suami di hadapan anak dan isteri masing-masing. Sekiranya si isteri leka dan anak sibuk bermain berdekatan dengan mereka, terdengarlah jeritan dan amukan. Gerammmmmmmmm betul....

Sekiranya si ayah sudah lalok dengan benda haram, mana pula peranan si ibu. Aktiviti rutin itu memerlukan si ibu megawal ketat si anak dari mengganggu dunia khayal si ayah. Bukankah lebih baik sekiranya aktiviti itu dilakukan di tempat lain, jauh dari penglihatan anak dan isteri ataupun si ibu membawa si anak keluar rumah atau masuk ke dalam bilik.

Bila aku bertanya bermacam-macam soalan dan ini antara jawapannya….


“ Kami dibenarkan keluar. Takut nanti ada yang curiga,”
“ Kalau nak masuk bilik tidor, siapa yang nak entertain yang lain?

" Kami tahu apa yang mereka buat. Daripada mereka sibuk dengan perempuan lain di luar lebih baik kami menemani mereka di sini ".

" Budak-budak ni bukan tahu apapun, " balas teman ku lagi. Ringkas dan mudah benar pemikiran merekakan?

" Kalau aku cakap dan tegur banyak pula gaduhnya. Silap haribulan bergaduh besar. Habis pinggan mangkuk pecah," Jawapannya berbunyi sedih. Seakan-akan redha dengan sikap si suami.

Jika ayah sudah terperangkap dengan dunianya, si ibu pula dalam keadaan terdesak, terhimpit dan dan tertekan dengan perilaku suami. Jelasnya anak yang menjadi mangsa.
Pada aku di usia 3 tahun si anak dalam proses belajar dan banyak input yang boleh disimpannya. Sedikit sebanyak perkara ini akan meninggalkan kesan pada minda si anak.

Bukan nak mengata atau nak mengaibkan sesiapa, aku sekadar menceritakan satu dari seribu kisah di kalangan kita. Mungkin juga ini hanya cerita kecil dari pengalaman yang pernah kalian alami. Jelasnya generasi depan kian melalui satu proses yang kian mencabar. Jangan pula nanti dalam kemeriahan kita menakluki dunia angkasa, lebih ramai lagi yang terkandas dan terperangkap dalam dunia yang jelas membinasa…..

Danisha-betweenus : Sebanyak dan sejauhmanapun kesalahan yang pernah kita lakukan tak mustahil untuk kita kembali ke pangkal jalan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan….