Sunday, November 4, 2007

DRUG & GENERATION

Assalammualaikum,

Hari tu muncul sekejap, lepas hilang balikkan?hehehehe.....Sorry yek.

Okaylah. Sebenarnya post ni aku nak post hari Khamis minggu lepas tapi tak sempatlah,so tertundala sampai hari ni....Walaupun macam dah basi skit, bolehlah yer.... kalau rasa sakit perut masuk toilet, idakpun pergi klinik yer.....pandai ler korang bawa diri...

Alkisah aku terbaca tajuk muka depan HARIAN METRO 1 November 2007.


Tajuknya "Hisap dadah depan anak" Oleh Wan Noriza Meor Idris.

Gambar seorang budak perempuan sedang duduk mencangkung melihat aktiviti mat gian benar-benar menyentuh perasaan. Kasihan benar melihat proses tumbesaran yang sebegitu. Itu baru satu kisah di sekitar Kuala Lumpur dan di kawasan terbuka yang kita dapat lihat. Bayangkan lebih banyak lagi kisah sebegini di Malaysia. Dan satu dari kisahnya aku pernah alami sendiri....Jangan salah sangka, bukan aku yang jadi minah gian tau.......


KISAH AKU

Aku mempunyai kenalan rapat yang sudah berkahwin dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 3 tahun setengah. Mereka ini diklasifikasikan dari golongan professional dan terpelajar. Suatu masa dulu aku kerap ke rumah mereka kerana kami bekerja di tempat yang sama. Namun apabila aku mula menyedari berlaku aktiviti yang kurang sihat di situ, aku mula menjauhkan diri.

Bayangkan rumah itu sering dikunjungi mat-mat ganja yang juga dari golongan professional. Pegawai bank, Technician, Supervisor, HR Manager sumer ada. Kedatangan mereka ini selalunya ditemani oleh anak dan isteri. Dan lebih sadis lagi aktiviti itu dilakukan sang suami di hadapan anak dan isteri masing-masing. Sekiranya si isteri leka dan anak sibuk bermain berdekatan dengan mereka, terdengarlah jeritan dan amukan. Gerammmmmmmmm betul....

Sekiranya si ayah sudah lalok dengan benda haram, mana pula peranan si ibu. Aktiviti rutin itu memerlukan si ibu megawal ketat si anak dari mengganggu dunia khayal si ayah. Bukankah lebih baik sekiranya aktiviti itu dilakukan di tempat lain, jauh dari penglihatan anak dan isteri ataupun si ibu membawa si anak keluar rumah atau masuk ke dalam bilik.

Bila aku bertanya bermacam-macam soalan dan ini antara jawapannya….


“ Kami dibenarkan keluar. Takut nanti ada yang curiga,”
“ Kalau nak masuk bilik tidor, siapa yang nak entertain yang lain?

" Kami tahu apa yang mereka buat. Daripada mereka sibuk dengan perempuan lain di luar lebih baik kami menemani mereka di sini ".

" Budak-budak ni bukan tahu apapun, " balas teman ku lagi. Ringkas dan mudah benar pemikiran merekakan?

" Kalau aku cakap dan tegur banyak pula gaduhnya. Silap haribulan bergaduh besar. Habis pinggan mangkuk pecah," Jawapannya berbunyi sedih. Seakan-akan redha dengan sikap si suami.

Jika ayah sudah terperangkap dengan dunianya, si ibu pula dalam keadaan terdesak, terhimpit dan dan tertekan dengan perilaku suami. Jelasnya anak yang menjadi mangsa.
Pada aku di usia 3 tahun si anak dalam proses belajar dan banyak input yang boleh disimpannya. Sedikit sebanyak perkara ini akan meninggalkan kesan pada minda si anak.

Bukan nak mengata atau nak mengaibkan sesiapa, aku sekadar menceritakan satu dari seribu kisah di kalangan kita. Mungkin juga ini hanya cerita kecil dari pengalaman yang pernah kalian alami. Jelasnya generasi depan kian melalui satu proses yang kian mencabar. Jangan pula nanti dalam kemeriahan kita menakluki dunia angkasa, lebih ramai lagi yang terkandas dan terperangkap dalam dunia yang jelas membinasa…..

Danisha-betweenus : Sebanyak dan sejauhmanapun kesalahan yang pernah kita lakukan tak mustahil untuk kita kembali ke pangkal jalan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan….

12 comments:

13may said...

di mana ada jalan...jaga jaga, banyak polis nyorok...

hehhe...

btw, aku penah tengok member aku cabut jarum suntikan kat tangan bapak dia....pastu dia inject kat tangan dia pulak...
tak guna betoi 2-2 beranak tuh...hahha :D

Super Nia Hana said...

huh!!biar betul danisha!!
ya rabbi..sungguh menakutkan..jauhkanlah watashi dengan orang mcm tu amin...takut la...
wanita jadi mangsa..anak2 lg..
1 kes..anak murid adik watashi..mak bapak mengganjakan diri..dengan budak tu sekali masuk kelas murung semacam..sedih lg sadiis
hancho malaysia camni..
aiyo..panjang berjela lak..

sekian,terima kasih
:P

Anonymous said...

Isy isy isy! Macam tu sekali ek?

Bagus entri ko ni...peringatan dan nasihat. Best2.

Pocket said...

eh...kejap kejap... the description fits some one we both know.
hopefully my assumption tersasar jauh dari kebenaran

takut kan ...
tapi kan..
from what i know...
child learns their tingkah laku from the first three years...
then...
abih la bebudak tuu kan kalau duk tgk mak bapak cucuk...

me3n said...

teruk tulla penagih skang neh. eh ko nak ke mana tuh? da hilang lagi.. ;p.

Danisha said...

13may:
Banyak la plos nyorok skarg kan? asyik kena speedtrape jer.
Wah berkongsi jarum suntikan tu.

hana-ni-mo-nai:
Itulah. Kesian kan? Sebenar Golngan Ibu, isteri cam ghini patut mendapatkan nasihat, kaunselingkan. Tapi mereka ini lebih suka menyerah pada nasib ajer.

azzam supardi : Ntah.Tetiba jer tergerak hati nak tulis pasal ni.

pocket : Dengan satu jer klu, pasti awak dapat teka sapa orangnya.jeng...jeng....

ad2ck : Ader la kat sini. Cuma tak da bahan nak post lagi ler. Answer dulu ler comment2 ni....

Butaseni@Wan Raja said...

wah,tajuk dia mcm game PS@ hehehehe.
perkata ni bukan baru dah lama.dulu aku pernah ikut abang aku pegi rumah sorang artis popular zaman 80an dulu.member dia.selamba dia tu isap depan anak dia,bini join.

Bunga Rampai said...

Salam,

Pedih hati 'pabila membaca cerita-cerita begini.

Betapa ada sebahagian manusia semakin jauh tersimpang. Moga kita tidak termasuk dalam golongan ini.

Sunan_Jati said...

weh 13mei menyemakkkkk!

Warna Diri said...

Sedihnyer bila golongan yang terpelajar dan profesional sendiri boleh terlibat dalam gejala dadah. Apa nak jadi dengan dunia sekarang?

Pocket said...

satu lg klu yg mintak mintak la salah ...
'Danish'a... awal nyer 'D'


Sorry yer kekawan diluar sana...
sembang ngan Danisha kita tentang bebenda private...

Danisha said...

Pocket : Cam betul jer......