Sunday, July 6, 2008

PARADISE VACATION

Percutian singkat itu berjalan dengan lancar. Walaupun cuma dua hari satu malam, ternyata percutian itu benar-benar menyeronokkan. Terima kasih sekali lagi buat Cik Azura, pemegang takhta sebagai CIK PENGANJUR selama 3 tahun berturut-turut. Tak lupa juga buat semua ajk-ajk yang masing-masing menjalankan tugas dengan jayanya. Kita semualah tu. Yeyey ….Tepuk tangan untuk diri sendiri…..

Buat semua;- Xura, Eja, Hafiz, Mad, Kun, Ayob Dasavatharam, Zul, Eita, Azma, Supir, Dayang dan our newcomer Belon, thank you so much for the very very very fantastic vacation dan muahhhhhh…..muahhhh…muahhhhh….enjoy tahan gaban nih…

Buat our bro, Ajib. We’re really miss you. Supir nyaris-nyaris tak nak joint sebab tokan besar dia tak da. No one bring the card maaaa……
May be our next vacation kita semua akan bergabung kembali. Mungkin ada orang baru jugakkan….InsyaAllah.

Melencong sekejap – Cannot wait for Kun dan Ayob to introduce their ‘Orang Baru’ jugak…makin ramai la family kita nanti ya…..

Sedikit review ‘PARADISE VACATION’
* Rasanya 2 minggu sebelum tu semua pun excited gilar. Masing-masing pun asyik meeting, telefon dan sms. Lebih excited lagi, kali ni semua pun ada tugas masing-masing. Sejujurnya aku dan supir memang blur gilar, tak tahu apa nak beli sebagai cenderamata buat semua. Kalau boleh kami nak contribute souviner yang paling best dan meninggalkan kenangan buat semua. Diharapkan hadiah tak seberapa itu memuaskan hati semua yer….

* Scene LEMAS masa kat kolam renang lawak sesangat. Sorry la Eja. Tetiba je rasa penat berenang dan ter ‘stop’. Lepaih tu tak leh berenang dah. Memang rasa macam nak lemas. Cuak gak… Alih-alih tak ada apa-apapun sebab kaki masih menjejak lantai…hehehe..bikin gempak jerkan? Perasan muka Eja yang terkejut dan gelabah gilar…SORRY…;-)

* First game – tuju badan memang best terutama bila Mad main tipu dan muka Dasavatharam yang tak puas hati. Tak lupa juga scene Hafez yang lari sambil tuju bola tapi tak nak mengaku salah. Mengaku jerlah Encik Hafez ooi..Sah-sah videocam Azma sudah merakamkan segala-galanya.
Tak lupa juga aksi dan saat-saat genting kami menumpaskan satu-satunya pihak lawan yang tinggal. Menjerit-menjerit Azma sambil berlari kencang. Aku teruja dan lebih semangat lagi mengejar. Syok ooooo...dan akhirnya kami berjaya….

* Second game – Masa main bola tampar scene yang tak leh lupa bila Kun dengan beraninya smash Eja dengan tepat sebanyak 2 kali. Depan Hafiz lak tu…..Bagaimanapun aksi tu tetiba macam scene citer hindi lak bila Hafiz menyambut Eja dari belakang….hihihi..Romantiknya…
Rugi Dayang tak sempat rakamkan dalam videocam….

* Malam tu kita makan malam ala western gitu. Sedap ooo….Ada sandwich, spaghetti, dan salad. Cayalah AJK makanan. Buat Zul dan Xura yang baru sampai jauh dari KL, tabik gila dalam kepenatan korang masih riuh dan melayani semua orang. Banyak jer cerita yang nak disampaikan…..

* Malam tu kita ada third game. Lelaki vs perempuan. Macam-macam telatah dan aksi yang mencuit hati. Semua pun asyik nak mengenakan pihak lawan ajer. Ada bluehyppo, kungfu panda, perempuan melayu terakhir, siput babi dan macam-macam lagi termasuk Dasavatharam…Tapi ayob, aku memang tak puas hati ni….Hang sorang jer yang tengok citer tu kat wayang….Mana boleh masuk list.Tapi takpalah, macamanapun perempuan yang menang…GIRLS POWER…

* Keesokkannya kita turun semula ke kolam renang dan pantai. Kesian Kun sebab terkena obor-obor. Walaupun skit jer tapi aku dapat bayangkan kesakitannya. Pengalaman beb. Sakit gilar tau.
Dan kita juga sempat rakamkan foto-foto kenangan sblm berkemas.

* Kita mengakhiri vacation kita dengan penyampaian hadiah di hotel. Kalaulah boleh tambah sehari lagi kan best?
Kita kemudiannya berpisah di Kapitan, Gurney. “nasi beriyani melani ayam satu”….hehehehe

Biasalah sebenarnya banyak lagi yang boleh aku tulis tapi terpaksa memilih yang penting-penting jer. Kalau tak alamatnya berjela-jela panjangnya. Jadi kepada semua kengkawan dan bloggers semua, jangan lupa selitkan skit komen yer…

Melencong lagi - -Kalaulah ada perjumpaan bloggers2. Gempak juga nih….

Tak sabar menunggu our next vacation. Pulau Perhentian atau Melaka? Ada yang nak ke Bandung juga. Tak kisahlah sebab kita akan memulakan kutipan bulanan bermula pada bulan Julai nih yang dipertanggungjawapkan kepada BENDAHARI kita tak lain dan tak bukan Encik DASAVATHARAM kita…..AYOB……hehhehehe

betweenus-danisha : buat Xura, Eja, Azma, dan Eta yang akan ke Serawak pada bulan Julai nanti jangan lupa beli souviner untuk kami tau….Gambar tak yah tangkap banyak-banyak sebab aku takda…dengki nih sebab tak dapat joint…Selamat pergi dan balik tau….

16 comments:

13may said...

waaa...best best :D

Warna Diri said...

aziah, eja dgn xura n hafez ada kat oldtown, selayang...n kami baca blog aziah kat sini. Masing-masing senyum ja baca blog aziah. Tahu tak, hafez protes panggil ayub desavatharam!!! Ahaks...padan muka ayub..pandai-pandai sgt bagi tajuk filem yang ntah apa-apa.

N hafez kata malam tu kita menang sebab kaum lelaki bagi chance tau! Huh...yerlah tu kan...kita menang sebab kita nie bijak kan aziah :)..hihihi...mengaku jerlah kaum lelaki.

Tapi eja paling tak boleh lupa adengan hafez sambut eja macam cerita hindi tu...hihihi...romatika habis. Nak lagi lah scene macam tu...hahaha...nak suruh kun smash bola sekali lagi...boleh macam tu erk :)

Anyway thanks 4 the cute green frog...xura like it..even i and zul sampai lambat but we really have fun. Next trip the best way we have to deligate the task to make it everybody enjoy their responsibility..he..he..

finally, we all so enjoy with this vacation....best like our all other vacation...looking forward our next vacation :)...k aziah..keep up a good work with this blog k

Mak Su said...

wah... baru pulang dari vacation ya?

jagoan said...

Errmmm,,,

Pocket said...

waahh... jauh nya dia gi vakay,
tp mesti besh kan,
the feeling of gi Vakay tu yg besh tu ...

ryann said...

jelesnya dapat bercuti. saya ternanti nanti masa untuknya

Anonymous said...

kun really enjoy sangat dengan vacation tu...pas nie mesti lagi best kita kena buat....

kepada hafez & eja...kun mintak maap sangat2 pasai spike tu....

kepada semua kawan2 terima kasih kepada semua.....

13may said...

Sebagai tanda penghargaan:

http://13may.blogspot.com/2008/07/141-terima-kasih.html

http://picasaweb.google.com/encik13may/BloggerPictures/photo?authkey=Tz25mAffF_A#5221307062512162642

Terima kasih :)

Warna Diri said...

Kun, no need to say sory k...kun bukan sengaja pun :)

artsoul said...

sy perlukan vacation jgk..otak buntu..info2 la kite..nk join blehh??

Super Nia Hana said...

wahhh
watashi pun dh lama tak bercuti
uwaaa....!!!

Butaseni@Wan Raja said...

batu feringgi kah itu?
mana pun saya jeless!

Anonymous said...

best eh cuti2 malaysia...baca pun dah mcm nk lompat2 keriangan je...cuma 1 je la..share la gambar yg besar skit..cinonet sgt..kekekeke.. :P

Mak Su said...

sonotnyer outing outing

Anonymous said...

assalamualaikum..

erm..mesti semua org tertunggu-tunggu dasavataram nk bagi komen kn..hehehe..
terutama sekali mmg kami kaum2 laki2 xpuas hati dgn kaum2 wanita haritu..cakap soalan senang2..ni dh sampai bagi altraman pun ada..ermmm menberontak la kaum2 laki2 nie..tu yg ada kuar soalan maut..hehehe dasavataram..sape kata xfamous sampai box office lagi dkt wayang..huhuhu
Itula saya pun nk mengambil kesempatan ini kepada semua yg join haritu nk mengucapkan terima kasih yer..xpe nextime kita plan lagi ganas2 sikit..hahaha mcm panjat pokok lengsat dgn tangkap tupai ka...hehehe ape yg aku merapek ni..sudah2..okay la nextime xada la dasavataram dah..hehehe soalan bocor..erm kepada semua geng2..i hope we will enjoy next trip..wasalam..muncha gracias..
erm okay la

13may said...

oit! dah ogos dah nih...hehhe