Sunday, July 29, 2007

CINTA

Semalam aku tido pukul tiga pagi. Niat nak baca novel tapi kemudian sibuk melayan housemate yang sedang menghadapi masalah cintanya. Sebenarnya aku sendiri buntu. Apa tak nya semua saranan dan pendapat aku dia tumpulkan.

Pada aku cinta ni kena rasional. Kehadiran orang kedua, ketiga, keempat hanya sebagai cabaran utk kita lebih memikirkan betapa sayangnya kita pada sidia. Kengkadang bercinta sepuluh tahun pun belum tentu ke jinjang pelamin. Betulkan? Macam aku dulu.........

Pada situasi kawan aku dan teman2 disekeliling aku, aku lebih suka katakan lebih baik kita mementingkan diri sebelum memilih teman hidup. Cinta tak akan menjamin hidup di masa depan. Kalau dah tahu sikap panas baran sidia menyakitkan badan dan hati, tak menghormati kita dan orang sekeliling kita, dan sikap tak bertanggungjawapnya buat apa nak menanggung biawak hidup. Dasyatkan aku? Bukan aku membenci lelaki tapi terlalu banyak perkara berlaku di depan mata aku. So dari satu sudut tak salah rasanya mementingkan diri sendiri. Masih banyak pihak yang kita perlu jaga hatinyakan?

Permintaan aku tak banyak pun sebenarnya. Cuma sikap tanggungjawap, memahami dan sayangi aku....
betweenus-danihsa : Tapi dulu aku adala minat kat sorang guy kat kilang lama aku tapi dia pilih orang lainlah......Good bye Nagaminesan......hehehehehe

3 comments:

Pocket said...

umph.. tak salah nak mementing kan
diri sndiri dalam cinta... tp certain
ammount of understanding is needed.

pasal tu la sesetengah orang tak nak
approach awek as a 'lover to be'.
but better approach as a frenz.
so that she'd know what is she's gettin.
a comic freak...
a sport mania...
a blogging pocket :D
heh...

Anonymous said...

Betul kata Danisha. Dalam bercinta kita perlu rasional. Kehadiran orang kedua, ketiga, kesembilan, kesepuluh itu hanyalah sebagai dugaan. Jika memang jodoh kita dengannya, walau orang ke-99 yang hadir pun, suatu hari nanti pasti kita yang akan bersama-samanya.

Biarkan cinta itu bergerak sendiri - sebagai sahabat, sebagai teman, sebagai abang, sebagai apa saja. Apabila sampai masanya cinta itu bersatu, maka akan bersatulah ia.

Toksah beratkan fikiran kerana 'chenta'. Untuk bercinta, kita seharusnya relaks. Hikhik.

Warna Diri said...

wah aziah, eja paling suka post nie. Nampak aziah matang sgt and so experience dlm dunia pecintaan. Yerlah kan, dalam umur kita 26 tahun nie, dah banyak pengalaman cinta yang kita lalui dan itu semua banyak memberi kita pengajaran ttg dunia percintaan. Eja setuju dengan semua pendapat aziah tu :)