Tuesday, August 21, 2007

21 Things I want in a Lover

Hari tu aku telah di tagged oleh Puteri. Pening kepala jugak dok memikirkan apa 21 benda yang aku nak ni sebab aku ni simple jer dan jenis yang tak banyak permintaan . Tapi sedar tak sedar aku pernah jugak menggaris panduan lelaki idaman aku. Heheheh ....Dan setelah berpenat lelah mengingat kan kembali semua ciri ciri yang aku pernah tetapkan dulu aku post kan kat sini dan inilah hasilnya......

1. Bertanggungjawab – Kiranya inilah keyword, mastermind, masterkey, keychain dan apa lagi maksud yang sewaktu dengannya( Maksudnya ketua segala ciri2 yang aku mahukan.) Lelaki jenis ni selalunya apapun dalam kepala otaknya, dia selalunya akan memikirkan semua orang yang dia sayang sebelum melakukan apa2 pun dan juga sentiasa bertanggungjawab dalam setiap kesannya nanti.

2. Serius – Disebabkan aku ni jenis yang happy, dan suka main2, dan banyak merapu ( tapi takde la semerapu orang tu kan. Huhuhu) aku suka sangat seseorg yang serius. Kiranya lelaki yang serius ni kira seksi ler pada aku. Macam orang thirdlast dalam link aku tu

3. Tegas – Aku perlukan seseorang yang tegas. Selembut mana pun seseorang tu kalau dia tegas orang mesti respect dia dan aku perlukan lelaki yang aku ingin hormati.

4. Kelakar tapi tak gelak- Kiranya dia jenis yang buat kelakar tapi senyum sikit jer dan tak gelak pulun macam aku . Lelaki ni macam menarik sangat pada aku.

5. Of course aku nak dia yang jenis menerima aku seadanya dan tak ada-adakan apa yang aku tak ada. Tak sanggup aku tetiba jer kena berlakon dan hikpokrit depan kengkawan dia konon2 akulah wanita melayu terakhir gitu. Biar aku maintain jer diri aku ni di samping tetap menjaga juga tatasusila dengan betul.

6. Aku ni tak suka lelaki yang mendesak.

7. Macam Puteri aku juga pantang dengan lelaki yg kaki pukul /dera isteri dan anak. Kalau terjebak aku sanggup upah gangster pukul dia balik....Jangan main-main...

8. Menghormati orang tua. Aku cepat tertarik dengan lelaki yang sangat menghormati org tua dan pandai mengambil hati mereka. Cair beb....

9. Berilmu dan aku boleh mahu menumpang ilmu pengetahuan yang dia ada.....

10. Rendah diri- Aku benci dengan lelaki suka cakap besar. Tak kira apapun dia, aku suka kalau dia sentiasa merendah diri dan bersederhana.

11. Berpandangan jauh & sentiasa memandang ke depan

12. Suka lelaki yang menyayangi keluarga aku seperti aku mahu menyayangi keluarganya.

13. Beriman dan mendidik aku dan bakal anak 2 dengan baik

14. Menghormati aku sebagai seorang perempuan

15. Tidak mengongkong dan mempercayai apapun yang aku lakukan. Rimas ler yang jenis mengongkong ni.

16. Memahami dan menjadi pedorong serta tulang belakang dlm mncapai impian aku.

17. Mempunyai PR yang baik supaya tidak kekok bila berhadapan dengan kawan2, dan kaum keluarga aku nanti

18. Seorang yang tenang dan cool walaupun menghadapi berbagai masalah.

19. Bijak mengawal keadaan dan emosi aku.

20. Aku pun tak suka lelaki yang suka mengungkit.

21. Lastly, Aku ni suka dengan lelaki yang temban dan agak berisi ( bukan sasa ) Comellah... Dan aku sekarang dengan tekunnya memaksa sidia makan banyak...heheh. Mak aku pun dah cakap dia makin berisi...Sukanya.....

Danisha-betweenus : Walaupun dia tak memenuhi semua ciri2 diatas tapi aku juga mungkin tak memenuhi 3 dari 21 ciri2 yang dia tetapkan. Janji No 1 tu mesti..Kira fair ler.....hehhehe

Watashi-Tagged awak lambat skit yer......

1 comment:

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

huhuhuhu...tak aci....
kena wat la ..cepat tau danisha...