Thursday, August 2, 2007

CITER HANTU


“ Ni cerita hantu ker?” Aju housemate aku.
“ Ermmm…..,” anggukku ringkas namun mataku tak berkalih dari kaca televisyen. Aku tak mahu tertinggal sedikit pun babak ‘Ghost Wisperer 2’ ni.
“ Buka cerita lain lah,” pintanya spontan.
“ Kenapa plak ? Ni cerita ‘favourite’ aku tau,” Balasku kurang berpuas hati.
“Tengok iklan cerita SUSUK pun kau alih ‘channel’ lain, tapi bila time cerita orang putih tak takut plak?” Soalnya lagi juga mengutarakan pendapatnya padaku.
Dengan sengihan aku yang dah sememangnya manis, akupun mula mengeluarkan teori ciptaan ku……..Lagipun iklan ler masa tu. Bolehlah aku bercerita skit…

Aku ni memang peminat setia ‘horror movie’ tapi tetap ader perbezaannya pada aku selepas menonton cerita antu ni.
1. Bila aku menonton cerita hantu dari MALAYSIA, INDONESIA DAN THAILAND, confirm dua malam aku akan tido berteman.
2. Bila aku nengok cerita hantu dari JEPUN, HOLLYWOOD, INDIA, KOREA dan kawasan yang sewaktu dengannya, balik umah sikitpun tak meninggalkan apa2 kesan atas tubuh badan dan minda aku……

Sebabnya hantu2 dari negara ni jauh dan mereka kena pikir dua tiga kali kalau nak datang jumpa aku yang mereka tak kenal langsung ni. Buang karen jer. Lebih baik hantu2 ni takutkan orang lain kat kawasan merekakan? Ntah2 aku buat dek ajer sebab kurang faham sangat dengan bahasa rasmi mereka ni selain dari jeritanlah kan. Ngeri juga kalu dengar. Satu lagi, muka dan rupabentuk hantu2 ni lain dengan hantu2 kat Malaysia. Belum set sangat dalam diari minda aku untuk takutkan mereka ni……..

Hantu2 kat Malaysia ni plak tak payah cakaplah. Sejak kechik lagi aku dah dengar tentang pontianak, langsuir dan pocong. Sebut jer aku dah boleh bayangkan bagaimana rupenya. Aku tak pernahlah tengok live tapi berdasarkan dalam media massa jer.Lagipun Malaysia ni tak besar mana pun kalau nak terbang dari satu tempat ke satu tempat. Abih sangat boleh jer tumpang mana2 kenderaan yang lalu di kawasan mereka nih…

Hantu di Indonesiakan sama dengan dengan Malaysia? Movienya pun sama. Bahasa bukan susah nak faham sangatkan? Lagipun dari kechik akupun dok tengok cerita hantu dari Indonesia nih......

Thailand…….Akukan sekarang dah bermastautin di Kedah? Jaraknya dari Thailand bukannya jauh sangat. Sekejap jer dia nak sampai. Bukan kena pakai passportpunkan? Lagipun mereka ni lagi tak susah. Berlambak orang kita yang keluar masuk Thailand setiap hari. Alah, kalau setakat masalah bahasa….ramai orang Kedah yang pandai cakap Siam. Atuk aku pun terror…

Danisha-betweenus : Masa aku pergi Thailand aritu takder plak teringat mereka ni. Nasib baikkan?....Sebab tulah aku enjoy sakan..

14 comments:

13may said...

pompuan byk yg jadi hantu...pasai apa hah???

hahha hahha :P

Pocket said...

mahmud june pernah jadi antu...
antu raya ker apo... lama punya drama
heh...
tp dia kira abih macho jer jadi antu.. takut la jgak

heheh

Danisha said...

Perempuan kan serba boleh....hehehehhe

Mana best? Jadi hantu ker anak hantu?

Puteri Ezza said...

Danisha, entri ni walaupun nampak macam serius je, tapi buat saya gelak terbahak-bahak. Lucu beno. Ahak! Ahak! Antu kalau dah nak datang, anytime je Danisha. Tak kiralah dari mana sekalipun. Huhu.

Danisha said...

Puteri - Jangan gelak mengilai udah ler yer.....

Pocket said...

gelak mengilai...?
huhuuu takuuutttt... HEH

Warna Diri said...

aziah, lamanyer eja tak singgah blog aziah. Wah...dah banyak btul aziah post. Skin blog pun awesome! Nie yg jeles nie :). Ok, eja nak sambung baca. xnak miss satu post pun :)

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

huhuhu..tak ske citer antu..kalau tgk movie sy leh terjatuh duduk kt lantai..coz nk menyorok punya pasal..huhuhu

*hana sedang malu...

Danisha said...

WATASHI,
kasi ler suka. Citer antu ni best gak. Tapi agaknya mesti 'WATASHI' menyorok kat bawak kerusi dalam wayang nih.. Kejap nak bayangkan.....Comelnyer.....Hhuhuhu....Jum tengok wayang

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

wokehh..asalkan jgn citer antu..kang ada yg cedera parah..ahaksss

Sunan_Jati said...

alhamdulillah...

teruskan berjuang..

heheheh :P

Anonymous said...

Salam Danisha,

Apa khabar? Dah lama tak update blog. Danisha busy ek? Apapun, jaga kesihatan ye.

Danisha said...

Puteri,
Saya sihat sangat kat sini danalu tertunggu post baru dari kengkawan. Busy skit dan tak ader idea la nak post blog baru.TApi apapun tetapi singgah sebentar kat sini nak ziarah blog2 nak release tensionla.....

Puteri Ezza said...

Danisha,

Saya tag awak. Kalau ada masa dan sudi, jawab ye.