Tuesday, September 18, 2007

PASAR RAMADHAN

Assalammualaikum...

Dah 6 hari berpuasa, macam2 yang berlaku. Dengan trajedi gempa bumi di Indonesia hinggalah kisah terhempasnya kapal terbang kat Phuket. Kiranya in between dua berita ni pun ada macam2kan? Hujan lebat dan banjir, kes penculikan dan kehilangan kanak2 dan banyak lagilah . Sampai aku tak tertulis kat sini. So kepada sesapa yang tak baca paper atau tak tengok berita pandai2 ler mencari sumber....

Kepada mangsa2 gempa bumi di Indonesia, marilah kita sama2 doakan semoga mereka lebih tabah dan mari juga kita sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa2 yang terbunuh....

Azam puasa aku tahun ini ialah123456. Tapi salah satu daripadanya ialah aku tak nak membeli sakan kat pasar ramadhan. Aku ni jenis tak kuat untuk menahan nafsu makan dan membeli makanan. Kalau boleh satu pasar ramadhan tu aku nak beli. Teruk betul aku nih.....hhmnnn...So aku pun berazam utk memasak jer kat umah sewa aku tu dan elakkan dari mengunjungi Pasar Ramadhan.

Nak dijadikan cerita dari hari pertama hinggalah hari ke lima aku berjaya menahan diri aku dari singgah dimana-mana pasar ramadhan yang terdapat kat Alor Star ni. Malangnya semalam aku tak daya menolak permintaan officemate untuk menemani dia. Untuk menggelakkan aku terlebih membeli aku cuma bawa RM5.

Bila sampai kat pasar ramadhan aku dah mula juling.Arghhhhhhhhhh.....Lastly aku pinjam plak lagi RM10 buat modal nak beli makanan.Hahahah....Kan aku dah cakanp jangan ajak aku....Cuba korang bayangkan dengan status KAMPUNG GIRL, dapatkah aku menahan diri melihat kerabu mangga, somtam, kerabu kaki ayam, kerabu daging, kerabu beka, gulai batang pisang, acar buah, ikan terubuk bakar, gulai nangka, sayur keladi........

Sebenar aku bukan beli utk aku sorang tapi untuk seisi umah sewa aku. Nak simpan untuk sahur lagi kan.....Kira oklah kot sebenarnyakan.
SOLUTIONNYA
Puasa lagi 14 hari lagi. Kalau tak disiplinkan diri, alamat naik kg ler aku. Aku dah buat budget tadi dan aku tak buleh melebihi budget aku tu. Kalau hari ni terlebih membeli esok kena kurangkan atau elakkan. Lagipun kita berpuasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi juga untuk belajar bersabar. InsyaAllah...

betweenus-danisha : Kalau nak tengok bermacam-macam aneka masakan masyarakat Malaysia, kunjungilah Pasar Ramadhan tapi jangan jadi macam aku. Jadilah pengguna yang bijak...Aku jugak la tu...Huhu

8 comments:

Pocket said...

ado satu pakcik german mati kena langgar van masa lintas jalan dari pasar ramadan... hummm... cian dia kan...
(Tak der kena mengena)
anyway i was surprise how u like kerabu so much girl!!... u mentioned like 4 to 5 kinda kerabu in your post.heheh
tambah KG mase ramadan kan... well i am. bayangkan la
nasi kul 7...
nasi kul 11...
nasi plak lagi kul 4 ...
dah tu camno

Danisha said...

Innallillah.....
Memang suka makan kerabu sesangat.Sedap nih....

Tambah kg. Samalah kita.
Lepas buka posa jer mesti cari makanan nak kunyah. Tu belum kira nasi masa berbuka dan bersahur.....

13may said...

...kerabu mangga, somtam, kerabu kaki ayam, kerabu daging, kerabu beka, gulai batang pisang, acar buah, ikan terubuk bakar, gulai nangka, sayur keladi........


aku cuba bayang hang makan semua benda nih... :P

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

Kerabu kaki ayam?
camner tuh?sedap ke?
ada pic tak?

Danisha said...

13 may : Kalau sume makan sekaligus mati kekeyangan cek....

hana-ni-mo-nai : KErabu kaki ayam sedap woooo.... Beli kaki ayam kat pasar, rebus dulu. thena baru buat kerabu macam biasa jer...

Tapi watashi kena la beli kaki yang montok2 skit

13may said...

bila nak updet nih???

hehhe

me3n said...

ku sepanjang puase neh tak penah g pasar ramadhan lagi pasal sampai umah je da kul 7 so terus dok depan meja sedia nak berbuke. ;p.

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

danishaaaaaaaaaaaaaaaaaa......sila updateeeeeeee...!!!watashi rinduuuuuuuuuu