Wednesday, April 23, 2008

SELAMAT HARI LAHIR, MAMA

Kotak kecil itu ku renung. Kertas biru bunga keemasan kelihatan begitu kemas dan cantik membalutinya. Malahan riben setebal 1 inci yang juga berwarna keemasan menjadikannya lebih menarik. Sekeping kad kecil siap ditulis dan digamkan di bahagian atas hadiah kecil itu. Kotak itu ku capai. Kad tadi kubuka dan kubacakan buat entah kali yang keberapa.
“ Selamat Hari Lahir, Mama?”
Bergetar bibirku membaca kembali ayat itu. Airmataku yang bergenang di tubir mata cuba kutahan. Namun ingatanku terus mengingati mama. Rasa rindu menjengah walaupun baru dua hari lepas aku bersamanya. Mungkin juga kerana ketika ini kami sedang berkongsi satu rasa yang sama. Rasa perit dan kecewa………

Mama seorang ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak dengan sepenuh kudratnya. Mama bukan wanita berkerjaya atau seseorang yang berpelajaran tinggi tapi beliau seorang wanita yang mempunyai berbagai kebolehan serta sanggup melakukan apa sahaja untuk membesarkan kami.

Kesian mama. Hidupnya penuh dugaan. Sudah adat ibu tunggal, mama sering menjadi mangsa manusia-manusia dengki, hikporit, dan manusia yang pandai mengambil kesempatan. Sudahlah hidup dengan penuh dugaan, tidak adakah sekelumit rasa kasihan di hati mereka untuknya.

Usai bersembahyang, aku selalu ternampak mama menangis di hujung doanya. Memohon semoga Yang Esa memberikannya kesihatan yang baik, kekuatan kudrat dan hati serta ketabahan untuk mencari rezeki dan membesarkan kami. Alhamdullilah mama berjaya membesarkan kami berenam. Malah hidupnya juga lebih senang berbanding dulu. Walaupun sudah berusia tapi mama sentiasa ceria terutamanya dengan kehadiran 4 orang cucunya. Namun sehingga kini mama masih mahu berkerja. Tanggungjawap masih besar, katanya. Malah kudratnya masih kuat…mama oh mama

Tapi hari itu aku ternampak lagi mama berdoa lama di atas sejadah. Lama mama menahan sendunya. Airmatanya turun lebat membasahi telekung. Namun mulutnya tak henti berzikir. Kemudian dia mencapai kitab Allah. Mungkin dia ingin mencari sedikit ketenangan dan kekuatan untuk jiwanya yang kian parah. …

Rupanya berita itu sudah sampai ke telinganya. Tangisnya benar2 menyentuh kalbu. Kekecewaannya tidak dapat digambarkan. Tidak pernah aku lihat mama sebegitu. Dia bagaikan sudah tersungkur. Aku sendiri buntu untuk memujuk hati mama. Kalau aku sendiri pening dan kecewa, apatah lagi mama yang membesarkannya.

Ibu mana yang tidak berleter, ibu mana yang hanya akan berdiam diri seandai anaknya melakukan kesalahan, ibu mana yang akan membiarkan anaknya hidup menderita. Seorang ibu sanggup menggalas segunung bebanpun demi melihat anaknya bahagia. Entah disalah erti atau dipandang ringan. Kita kadang – kadang lupa diri, leka dan tega melihat dia bersusah kerana kita juga tak sesenang mana. Kita leka bergembira ketika dia berendam air mata. Kita tega mengecewakan dirinya daripada kita hidup tersiksa.
Kadang-kadang kita juga lupa, bahagia kita takkan kemana tanpa restu darinya.
Esok. Rabu 23 April hari lahir mama. Dengan keadaan mama sekarang, aku tahu hadiah kecil itu tak bisa mengubat hati mama. Namun aku mahu mama tahu, hadiah kecil itu tanda mama masih punya aku untuk menceriakan hari-harinya. Mama ada aku untuk menyayanginya Mama ada aku yang akan sentiasa bersamanya untuk melenyapkan hari-hari deritanya. Mama ada aku untuk berkongsi cerita suka duka hari-harinya.. dan mama sentiasa ada aku sampai bila-bila….. I REALLY LUV U, MAMA.........

Danisha-betweenus : Aku juga tahu dia benar sayangkan mama, cuma keadaan memaksa dirinya untuk membuat keputusan itu. Pesanku semoga dia dapat berfikir dengan lebih jelas dan matang. Percayalah tanpa restu ibu, keputusan itu akan memakan dirinya kelak. Berfikirlah mengikut naluri seorang ibu kerana dia juga seorang daripadanya……..

***********

8 comments:

Mak Su said...

tumpang ucap hepi besday kat mama ya... tahniah dan semoga dia panjang umur dan semoga anaknya dapat membahagiakan-nya

Super Nia Hana said...

aduhaii..nape watashi rasa cam sebak lak tetiba

Hazir.Haron said...

kim salam dekat mak yer danisha!
nanti wa datang beraya lagik...insyaAllah...

muadzlife said...

selamat hari lahir utk ibu danisha...

jadilah anak yang baik & solehah

Anonymous said...

salam danisha...Pu3 trasa pahit nya perjalanan hdup ibu danisha.. pu3 doakan moga ada rahmat dalam hidup danisha & kluarga.. Berdoalah & jgn putus harap pada allah..

Warna Diri said...

Aziah, sayu nyer eja baca hasil nukilan aziah kali nie :(. Tak pernah eja sangka perjalanan hidup mama aziah segentir yang aziah tuliskan, selama kita kenal....n I know u also share the same pain. Dont worry sweety, we all always be beside you...always :)

Butaseni@Wan Raja said...

kirim salam mama awak.awat tak bawak dai mai tgk show?

13may said...

selamat selamat :)