Friday, December 29, 2006

Selamat Hari Raya Korban

Assalammualaikum,

Hallooooo,

Lagi 3 hari nak raya korban. Pada semua kengkawan aku ucap Selamat Hari Raya Korban. selamat berkorban k..........Apa yang korang korbankan hari raya ni? heheheh....Korbankan Shinji nak tak?
Oklah. Tak nak main-mainlah. Nanti ada orang marah. Alah..... Nak Raya ni, nanti kita minta maaflahkan?

Lepas raya ni nak tahun baru plak. Kejapnya aku dah nak tua. Tapi banyak yang aku tak buat lagi. Geramnya........Tapi tak apa, apapun banyak jugalah yang boleh aku boleh berpuas hati dengan hidup aku ni. Cukupke setakat berpuas hati?????......NO.....

Takkan nak capai semua sekali gus. Mestilah ada step by stepkan?.....Sabarrrrrr......So aku nak cepatkan step aku tahun depan. Semoga aku lebih tabah dan lebih banyak pencapaian yang aku akan capai.....InsyaAllah....

Raya ni jomla kita p beraya kat umah kengkawan. Shinji ajak p umah kawan karib dia. Nak p ke?????Rasa ramai yang juih mulut baca nikan....Jangan harap....P bakar keta dia bolehlah....
Raya tahun ni semua org aku maafkan kecuali dia....heheheh....nyampah aku.....

K lah. Tak nak ngarut banyak-banyak. Sebab nanti boring plak kan?

tata

Danisha-betweenus : Maafkan orang biar ikhlas datang dari hati kan????............





Tuesday, December 26, 2006

SOALAN BONUS

Assalamualaikum,

Halloooo….

Dah 4 hari tak tulis apa-apa untuk blog ni. Sibuk dengan kenduri dekat kampungla tapi aku rindu sangat merapu kat blog ni. Nak tulis macam-macam……

Baca comment kengkawan sedih la plak bila dengar ramai yang kena keja hari minggu ni n cuti krismas pun hancus….sob…sobb…. tabah ye…..Duit masuk ma…….

Hari tu sepupu aku kahwin. Tengok orang kahwin memang seronok. Bila time akad nikah tu terharu sangat. Macam aku plak pengantin perempuan. Sebak lebih-lebih bila tok kadi kata “SAH” dan saksi semua setuju dan angguk kepala…… tak tau apalah yang orang lain rasa. Tapi aku tengok pengantin perempuan tu pun sebak gak…

Hai…bila time kenduri dan jumpa adik-beradik asyik kena tanya soalan bonus saja. Rasanya kengkawan aku pun serupa bila tiba time yang sama. Betul tak ?????

BILA NAK KAHWIN????? Aku pun tak tau macamana nak jawap sebab belum ada lagi orang yang masuk meminang…..hehehe. Tapi kalau tanya soal cinta lagi susah nak jawap….bak kata kengkawan aku cinta ni complicated sangat. Yang paling penting bersedia ke aku nak jalani kehidupan rumahtangga. Walaupun umur dah meningkat jawapan aku sebenarnya AKU BELUM LAGI BERSEDIA……. Tanggungjawap pada keluarga banyak sangat dan nanti tanggungjawap pada suami dan keluarga pun banyak. Kalau campur dua-dua, wao….tak tertanggung rasanya…

Sepupu aku cakap bila dah berkahwin nilah baru kehidupan kita yang sebenar-benarnya akan bermula. Ngeri bunyinya kan? Tapi aku setuju gak sebab tu kita kena fikir betul-betul dulu bila nak setuju kahwin. Bukan main redah saja…

Banyak benda yang nak buat sebelum kahwin. Nak cari duit lebih untuk family dulu. Nak bagi strong dari segi kewangan dan mental. Sebab tu kalau kena overtime, keja je……heheheh. Macam aku ni lagi susah nak ot macam yang lain….. duit pun tak tau nak korek mana. Macamana nak kahwin ni?

Okaylah. Aku pun tak nak cakap banyak-banyak pasal kahwin ni. Tension rasanya……KALAU TAK KAHWIN BOLEH TAK? Yer ke?........... huhuhuhuu .

Tata.
Danisha-betweenus : Selalunya orang yang tak rancang tu yang kahwin awal kan?.....yang bercinta sakan ni selalu jadi orang yang terakhir……….hmn

Thursday, December 21, 2006

Sayang Server

Assalammualaikum,

Hallooo.........
Dah dua hari termasuk hari ini aku tak bleh nak masuk blog ni. Server down giler. Hari ni tiba-tiba server ni jadi baik hati kejap. Alhamdullilah.....

Bestlah bila masuk blog ni dan ada kawan-kawan aku yang bagi comment. Thank Eja and yang dah gmok tu....hehehe... buka gemuklah tapi sasa....huhu.

Kalau ada antara kawan-kawan aku yang sibuk sampai kena keja hari minggu ni, aku pun sibuk gak tapi sempat cuti lagi....Jangan marah hah....biasalah bila dah nak hujung tahun ni. Banyak keja yang nak kena settle. Aku pun sibuk sampai 15 hb Januari 2007 ni...Lepas tu sempat la nak bernafas sikit dan cari baju untuk dinner...

Dinner company tahun 2006 tema ETNIK TRADISIONAL GLOBAL. KAwan-kawan ada idea tak????? Kalau ikut aku, nak pakai baju kurung moden jer. Biar nampak manis jer....tapi kalau ada idea lain pun okay gak kan????

Okaylah. Aku nak Chow Sin Chee dulu... Hari ini aku balik Penang..Tunggu aku yer. Kalau ader karpet merah hamparkanlah......

danisha-betweenus : Hati aku ni walang sangat. Serabut la. Tambahan lak bila tau IDOLA aku tak ada kat Malaysia. Wuaaaaaaaaaaaaa........



Tuesday, December 19, 2006

KAWAN-KAWAN

Hai, Tadi baru je habis tengok drama favourite aku….. Dunia Baru 2. Pada aku cerita ni best sangat. Tiap-tiap minggu aku ikut. Best tengok kisah kampus life, ada macam-macam message. Nilai persahabatan aku paling aku suka. Buat aku teringat zaman aku kat kampus dulu yang ceria dengan kawan-kawan. Buat assignment sama-sama, keluar ramai-ramai buat project paper tapi enjoy je lebih. Tapi tak lah lebih sangat. Yang penting assignment dan project lulus cemerlang… hehehe….yang best bila teringat naik kereta tak ada radio. Adalah pulak yang sudi nyanyi life… confident plak tu. selalunya aku n Mirul jer yang confident. Siap buat duet lagu Jika lagi….huhuhu….

Masa kita belajar memang banyak perlukan kawan-kawan. Nak study perlukan kawan. Kalau study sorang macam tak berkembang ilmu tu. Time makan sedap ke makan tengahari sorang kat kafeteria? Boringnya hidup. Bila kita sakit demam kawan-kawan ler yang nak tolong tengokkan. Bila tak nak makan ubat ada lah plak yang tolong ganti mak membebel. Kalau tak ubat tu sama saja jumlahnya sampai bila-bila. Betul tak??? Teringat bila kita ada masalah, kawan-kawan gak yang nak tolong dan jadi pendengar setia dan juga penghibur kita.Bukan kat kampus ja tapi sampai sekarang dunia aku pun tetap penuh dengan kawan-kawan. Makin berkembang plak tu…..

Kata orang kita kena pandai pilih kawan. Takut tersalah pilih lain jadinya. Betul ke????? Korang rasa???…….
Kalau tanya aku aku lebih suka nak cakap aku tak pernah pilih kawan. Semua yang aku kenal aku kawan jer. Tapi aku hati-hati lah juga kalau kawan-kawan yang jenis ambil kesempatan n bad… Tapi Alhamdullillah setakat ni tak adalah yang tarik aku ke ‘longkang’ walaupun ada banyak yang suka terjun sendiri dalam ‘longkang’. Sakit oooo jatuh longkang. Aku ada pengalaman dah. Kat depan umah kawan aku. Depan atuk dia plak tu….. malu siotttttttttt………..

Bila jumpa macam jenis kawan-kawan, banyak lagi yang kita tahu. Tak kiralah benda baik ke benda jahat, yang penting atas diri sendiri. Kenalah tahu apa yang baik untuk diri.

Kawan-kawan aku ada banyak jenis. Ada yang garang tapi baik hati, ada yang baik hati tapi kena buli, ada yang nampak senyap tapi tegas, ada yang nakal sangat tapi dia lah penyeri…… agaknya aku ni kategori mana kat mata kawan-kawan aku???

Kalau ikut banyak sangat ilmu baik dan jahat yang aku dapat dari kawan-kawan dari kecil sampai dah keja. Yang baik tu okay lah tapi kalau yang jahat tu aku buat pengalaman sendiri…tapi adalah juga antara kawan-kawan aku yang makan ikan dan ayam, ada juga yang makan orang… kawan macam ni kena hati-hati…..sapa ni????

Taknak lah cerita pasal kawan-kawan yang tak best sebab kawan-kawan aku semuanya best dan sempoi. Sebab tu aku buat blog ni. Nak cerita pasal ‘kita-kita’ and all the moment ‘BETWEEN US’. Minat kita, cita-cita kita, liku-liku hidup kita dan siapa kita untuk kita?????????? Heh… Apa tu???

Sikit tentang kawan-kwan aku …..aku suka dengar dia nyanyi lagu Anuar Zainlah…..Layan gila bila tengok dia nyanyi Bunga-Bunga Cinta…..macam sesuai jer dua orang ni duet Lagu Cinta Lagu Jiwa….Rocker nyanyi Akan ku Tunggu…..These Boots are make For Walking-teka sapa????……Ayu….Masri Manis….Cinta Gila…Ini semua lagu tema masing-masing. Apa lagu tema aku hah?????????.....Korang tahukan…

Walaupun suara aku tak sedap tapi aku tak kisah sebab kawan-kawan aku confident jer jaga hati aku ni. Konon sedaplah. Biar aku perasan sendiri tapi sebenarnya aku sedar diri. Walupun tak sesedap Siti Nurhaliza tapi korang mesti rindu kalau aku tak nyanyikan. Sebab itulah diri aku, yang suka nyanyi dan syok sendiri….Tau takpa….

Danisha-betweenus : Dari belajar sampai sekarang banyak kawan-kawan aku suka ‘karo’. Bleh release tension dan aktiviti rutin. Mungkin aku sendiri suka sebab tu kawan-kawan aku pun macam tu. Tapi banyak lagi yang kami buat bila jumpa. Makan misalnya…. Ada tempat favourite tau….Banyak topik yang kami debatkan….. sampai bergduh pun ada…tapi tetap mesra… rindunyaaaaaaaa…..

TATA….

Monday, December 18, 2006

Something Special

Assalammualaikum……


Hallooooo, this is my second day to write “something” in BETWEEN US.
Something’ here not just a ‘something’ but a very special thing I want to share with all of u.
So I named it SOMETHING SPECIAL.

Something yang saya nak share ni memang special sangat-sangat.
Hari ni special, orang yang saya nak cerita ni pun special. The most important thing dia ni memang banyak “SOMETHING SPECIAL”. Peningkan?????……….heheehe..berapa banyak special lah?…

Orang yang special ni sebenarnya dilahirkan pada hari ini..18.12.1976…HAPPY BIRTHDAY….MUAHHH
So hari ini genaplah dia 30 tahun……tapi yang penting dia ni masih maintain lagi. Tetap cantik, dan canggih macam dulu walaupun dah beranak satu.
Kata ibu yang melahirkan dia ni memang comel sangat masa kecil. Rambut yang kerinting, bulu mata yang lentik dan bercelak dan juga hidung yang tinggi dan chubby sikit. Comelnya dier……

Walaupun agak lasak sikit tapi dari kecil lagi dia ni memang rajin. Kiranya sampai sekaranglah dia rajin. Kalau tak, takkanlah mak mertua dia sayang sangat. Masa zaman sekolah dia ni ramai peminat. Sampaikan bekas my ex pun antara peminat dia. Tapi saya tak kisah sebab dia baik sangat. Bukan jenis yang amik kesempatan.

Antara adik beradik perempuan dalam keluarga memang diakui dia yang paling cantik. Mak dia pun cakap macamtu gak. Adik dia pun setuju gak. Dia ni pandai bergaya, dan jenis yang berkeyakinan. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting kita selesa dengan diri kita. Dia ni memang matang. Maklumlah terpaksa berhenti belajar dalam usia muda dan membantu keluarga. Tapi jangan tak tau dia ni pandai sebenarnya. Belajar sendiri tau. Tak sekolah sebab nak bekerja dan nak cari duit.

Persekolahan adik2 dia yang sama-sama menbantu sampai adik yang ketiga tu tamat belajar kat UiTM. Lepas tu dia baru dia kahwin. Besarnya pengorbanan dia kannn……

Kalau ader yang membaca dan kenal saya tentu dah dapat agak siapa orang yang special ni…..

Orang ni orang yang paling saya sayang…. Dia dialah kakak saya yang juga merupakan my BESTFRIEND, my image consultant, my mentor, my banking( huhu ), my spoke person and my EVERYTHING….sayangnya kat dia…. Sayang sangat….MUAHHHHHH..

So here…. Tak pastilah ada ke orang yang baca blog ni tapi may be one day dia sendiri yang terbaca I would like to apologize to her today. I’m really sorry to hurt her feeling…Maybe hari ini dia harap sangat saya call or wish dia tapi I just can’t……I’m sorry……Sayalah adik yang paling terukkan walaupun saya sedar sayalah adik yang paling dia sayang….Sorry Sis….

Sis….on Your Birthday adik harap semuanya berubah as u wish. Semoga Sis gembira bersama keluarga, panjang umur, murah rezeki and wishing u happily ever after….

I LUV U……..

Apa yang berlaku BETWEEN US hanya ‘kita-kita’ je yang tahu. Tapi apapun dia tetap insan yang paling special dalam hati saya. Insan yang saya sayang…..

Danisha betweenus : Something yang paling special pada my sis ni ialah dialah insan yang paling penyabar yang saya kenal. Mungkin sesape pun takkan terfikir betapa sabarnya dia ni……….

TATA

Sunday, December 17, 2006

Intro........between us

Assalammualaikum,

Halloooo, mcm banyak yang nak tulis tapi tak tahu plak kat mana nak mula......hmmnnnn......
BETWEEN US....saya create blog ni sebab nak suarakan rasa hati, cerita yang berlaku di kalangan kita. Juga nak kongsi suka duka bersama family dan kawan2 yang saya sayang. Mungkin saya perlukan comment, pendapat anda utk setiap yang saya tulis so jgn malu nak comment terutamanya kengkawan saya kat luar tu. Jujurlah.Inikan pendapat korang.

Tak nak tulis banyak kat intro ni sebab banyak lagi yang akan tulis nanti. Boring plak kan nak baca.....Ntah2 saya sendiri yang boring nak baca. Yelah asyik edit je text yang saya nak post kat blog ni. Tapi tak pa sebab dah minat.

Okaylah. Lunch hour dah nak habis. kat bwah tu belambak sangat keja menanti.....jumpa lagi......tata....